Tuesday, December 27, 2011
Demo 901 dipercepatkan tarikhnya
Tuesday, April 5, 2011
Video seks: Peluang terhidang tidak digunakan?
Makin pelik nampaknya dengan apa yang berlaku berhubung isu video seks ini. Suatu ketika,Nuar Berahim tampil berani dan jantan ketika membuat laporan polis berhubung isu video ini.
Apabila video yang didakwa bahawa Nuar Berahim sebagai pelakunya ditayangkan di You Tube tidak ada sebarang tindakan oleh Nuar Berahim untuk membersihkan namanya..
Di dalam norma tabiee manusia, jika difitnah, manusia akan melakukan apa sahaja untuk membersihkan namanya. Tetapi sudah banyak peluang yang terhidang untuk Nuar Berahim membersihkan namanya namun tidak pula Nuar Berahim menggunakan peluang itu.
Baik..kita terima pakai dakwaan Pakatan bahawa ini adalah suatu konspirasi jahat untuk menjatuhkan Nuar Berahim..Tetapi kenapa Nuar Berahim tidak mahu menggunakan segala peluang yang ada untuk membersihkan namanya. Jika di dalam adat meminang..diam wanita adalah tanda setuju.
Hari ini, sekali lagi peluang terhidang di hadapan mata. Apabila wartawan bertanyakan sama ada isteri Nuar Berahim masih menyimpan jam itu, isterinya mengiakan tetapi jawapan yang diberikan itu di dalam nada yang cukup tidak meyakinkan. Kenapa tidak ditunjukkan sahaja jam itu kepada wartawan? Atau setidak-tidaknya belilah di mana-mana jam Omega jika itulah peluang yang ada untuk membersihkan nama suaminya? Kenapa tidak digunakan?
Rasanya, jika Nuar Berahim bersumpah, mungkin lebih dari 50 peratus rakyat Malaysia akan mempercayai bahawa Nuar Berahim dianiaya..soalnya..kenapa tidak digunakan peluang itu?
Isteri Nuar Berahim berkata bahawa bersumpah seperti yang ditanyakan oleh wartawan adalah sumpah cara UMNO..jadi kenapa tidak digunakan sumpah cara Pakatan? Kenapa tidak digunakan peluang itu? Bersumpahlah dengan cara apa sekalipun yang pokoknya haruslah menjunjung Al Quran kerana Al Quran akan kekal sebagai sebaik baik hakim selamanya..
Di dalam permainan bolasepak..tendangan penalti adalah suatu peluang untuk menjaringkan gol..Jika tidak gol..kesalahan itu boleh ditimbang dari pelbagai sudut..sama ada pemain itu lemah, lembab atau mungkin juga kehandalan penjaga gol itu sendiri...Soalnya peluang itu telah terhidang..untuk menang..peluang yang ada haruslah digunakan sebaik-baiknya..
Monday, February 21, 2011
Merlimau: Mat Sabu dicabar
Beranikah Mat Sabu bertanding di Merlimau? Persoalannya, semua mengetahui bahawa Mat Sabu sudah menjadi Quran buruk di dalam PAS. Nasibnya tak ubah seperti Sam Ketot di dalam PKR yang tidak diyakini lagi untuk menjadi pejuang mereka.
Mat Sabu samalah seperti Sam Ketot yang sekadar menjadi penghias platform ceramah tetapi tidak diyakini untuk diketengahkan di dalam mana-mana Pilihanraya. Jadi calon? Jauh panggang dari api.
Eloklah Mat Sabu berundur dari politik. Orang sudah terlalu masak dengan kelentong dan temberang Mat Sabu.
Bahkan orang Merlimau sudah arif dengan putar belit yang pemimpin Pakatan laungkan setiap kali ceramah di Merlimau.
Tiada ruang buat Pakatan di Merlimau.
Monday, January 10, 2011
Sudah tenang mari kita fokus ke Tenang

Alhamdulillah selesai sudah kemelut yang melanda Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Rasanya tidak perlu diungkit atau dibahaskan lagi.
Perlu kita sedar ada 'medan tempur' yang sedang menunggu kita di Tenang. Daripada kita bergolak sesama sendiri alangkah eloknya jika kita bergerak sederap seirama memperjuangkan kemenangan Barisan Nasional sekaligus membentuk keyakinan di dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.
Isu-isu yang berbangkit pada masa ini adalah 'modal ciptaan' puak sebelah sana sebagai bahan kempen murahan di dalam menarik perhatian pengundi Tenang. Perlu kita tangani setiap isu ini dengan bijak dan waras.
Sebut sahaja setiap apa yang berlaku dewasa ini pastinya puak Pakatan jelmakan dengan agenda politik yang akan menguntungkan mereka. Apa sahaja yang berlaku seolah-olah Barisan Nasional punya angkara. Jangkaan mereka cukup jauh di dalam merencanakan agenda politik murahan mereka.
Ibarat tin kosong, puak Pakatan haruslah sentiasa 'membunyikan dan menyanyikan' sebarang lagu untuk terus kekal di hati rakyat jika tidak momentum pergerakan mereka akan lenyap di telan masa. Justeru itulah, Pakatan terpaksa menyanyi dan terus menyanyi sebelum mereka tersembam ke bumi.
Kita sama-sama hadapi mainan politik murahan ini dan jangan kita turut sama mengalunkan lagu sumbang nyanyian Pakatan.
Ayuh..kita lakar sejarah seterusnya di Tenang..Insyaallah Barisan Nasional akan tenang-tenang saja di Tenang..
Friday, December 24, 2010
1 hari tak perlu 100 hari
Kenapa nak tunggu sehingga 100 hari..kasi saja sekarang kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan..kita lihat sama ada kerajaan negeri Pakatan mampu melaksanakan atau tidak perkara yang diwar-warkan ini.
Bila Pakatan kata nak tunggu 100 hari terkenang pulak dengan Nuar Berahim dengan kes liwatnya. Memang suka tangguh-tangguh. Kalau betul anak jantan buat sahaja sekarang tak perlu nak tunggu 100 hari.
Cikgu-cikgu dekat luar sana jangan jadi bodoh nak percaya cakap Pakatan. Lepas beri RM 500 pada guru banyak pulak golongan lain yang akan menuntut RM 500 pada kerajaan. Polis,tentera, bomba, Pertahanan Awam tidakkah berkhidmat kepada negara? Adilkah jika kita sekadar memberi pada guru imbuhan RM 500 itu?
Itu sekadar strategi Pakatan nak menarik perhatian guru-guru. Lepas ini Pakatan akan berjanji pula kepada pihak lain..Beri pada semua pihak sekadar nak tarik undi lama lama memang sah akan bangkrap dan muflis.
Adakah anda di luar sana akan memufliskan negara dengan mendengar janji kosong Pakatan?
Tuesday, December 21, 2010
Alahai Pakatan Aladdin

Kencing dan kencinglah lagi..Apa pula yang Pakatan janjikan pada rakyat?Janji 100 hari yang diikrarkan di dalam Konvensyen yang entah apa-apa sekali lagi Pakatan menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat.
Nak struktur pelbagai aspek ekonomi dalam tempoh 100 hari setelah menawan Putrajaya? Lawak bodoh apa yang Pakatan sedang dendangkan ini? Tidak ada seorang pakar ekonomi dalam dunia pun yang boleh mencorakkan ekonomi dalam tempoh 100 hari. Tanyalah mana-mana economist atau setidak-tidaknya remisier berhubung perkara ini.
Berapa lama kita ambil tempoh nak bina Lebuhraya Utara-Selatan? Berapa lama kita bina Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang?Berapa lama kita bina Jambatan Pulau Pinang..waimah kes liwat Nuar Berahim pun lebih dari 100 hari.
Apa yang Pakatan dendangkan hanyalah untuk meraih undi rakyat yang semakin berkurangan terhadap mereka. Setidak-tidaknya untuk meraih undi di dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang.
Nak naikkan gaji, nak hapuskan tol..cakap memang murah dan macam tin kosong. Kalau dengan mendapatkan nasihat Penasihat Ekonomi Selangor dengan elaun RM 1 macam inilah kesannya.
Sama sahaja seperti seorang ayah yang bergaji RM 1000 (macam aku) menjanjikan hendak membeli Ferrari kepada anaknya..Sudahnya ayah dan seluruh keluarga mati kebulur tidak makan..
Atau kepada yang muda dan sedang bercinta..semuanya dijanjikan kepada pasangan kekasih..Kekasih nak bunga dibelikan bunga..nak phone baru pun sanggup ditunaikan..Sudahnya, si lelaki makan maggi di rumah..Kononnya kerana sayang..Samalah seperti Pakatan..kononnya sayang pada rakyat..Sudahnya dengan rakyat dengan negara sekali bangkrap..
Mungkin Pakatan akan minta doa dari wali selipar Nik Ajis untuk panggil Aladdin..gosok-gosok lampu, keluar jin maka ekonomi Malaysia akan mampu dicorakkan dalam tempoh 100 hari..Kelakar memang kelakar..jangan gosok keluar koch keretapi pulak sudah...kalau keluar wanita bertuala merah lagi haru..
Pakatan Alladin..memang mengharukan..!!!!!!
Friday, August 7, 2009
Astro oh Astro
Tapi yang agak memeranjatkan apabila baru baru ini Astro telah menaikkan harga bagi pakej siaran sukan sebanyak RM10-11. Yang tidak menariknya Astro menaikkan harga pakej ini tanpa makluman terlebih dahulu dan hanya menyertakan sedikit kertas penyata berhubung kenyataan menaikkan harga pakej tersebut. Alasan yang diberikan oleh Astro ialah berkenaan kenaikkan kos menyelenggara dan kos tetap yang menyebabkan Astro terpaksa menaikkan harga tersebut.
Ada benarnya mungkin Astro terpaksa menaikkan harga kerana faktor faktor tersebut tetapi mengapa tiada makluman awal yang boleh disebarkan kepada pengguna seperti penyiaran di dalam televisyen ataupun radio bahkan suratkhabar. Ini menunjukkan Astro tidak mengambil kira kepentingan penggunanya memandangkan Astro adalah kuasa monopoli di dalam bidang ini. Suka disarankan agar kerajaan mengambil inisiatif untuk menggubal suatu undang undang di parlimen agar Astro boleh dikawal dan tidak mengambil sikap sesuka hati. Yang terbeban adalah rakyat.
Yang hairannya kali ini rakyat tidak memberontak sepertimana rakyat memberontak semasa kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 70sen tempoh hari. Pelik tapi benar.
Tuesday, July 21, 2009
Siapa baling batu dan siapa sembunyi tangan?

Mati itu kehendak Allah s.w.t jua..Apa kena mengena mati dengan politik? Apa kena mati dengan menuduh bahawa ianya rencana yang telah dirancangkan? Benar ianya rencana yang telah dirancangkan tetapi bukan manusia yang merencanakannya selain dari rencana Allah yang telah ditetapkan dari azali.
Satu dosa yang amat besar apabila menuduh orang yang belum dapat dipastikan kesalahannya sebagai pembunuh. Tidakkah orang orang PAS yang mengaku alim untuk menasihatkan sekutunya itu untuk tidak terus menuding jari kepada Barisan Nasional? Bagaimana hendak menegakkan negara Islam sekiranya perkara asas seperti ini pun tidak mampu diterjemahkan oleh PAS?
Rencana yang dirancangkan ini mungkinkah bertujuan untuk menutup siri kelemahan yang terdapat di dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang mula goyah atau yang lebih utama adalah untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada terus memperkatakan tentang kes Anwar Ibrahim dan kes Lim Guang Eng di Pulau
Jangan hairan sekiranya mabuk ini berpanjangan Pakatan Rakyat akan katakan bahawa orang yang meninggal setiap hari adalah angkara Barisan Nasional jua. Orang gila akan berkata bahawa tiap tiap warna itu adalah hijau biarpun hakikatnya warna yang sebenar adalah biru. Perangai orang gila usah dihiraukan dan diendahkan.