Tuesday, April 5, 2011

Video seks: Peluang terhidang tidak digunakan?



Makin pelik nampaknya dengan apa yang berlaku berhubung isu video seks ini. Suatu ketika,Nuar Berahim tampil berani dan jantan ketika membuat laporan polis berhubung isu video ini.

Apabila video yang didakwa bahawa Nuar Berahim sebagai pelakunya ditayangkan di You Tube tidak ada sebarang tindakan oleh Nuar Berahim untuk membersihkan namanya..

Di dalam norma tabiee manusia, jika difitnah, manusia akan melakukan apa sahaja untuk membersihkan namanya. Tetapi sudah banyak peluang yang terhidang untuk Nuar Berahim membersihkan namanya namun tidak pula Nuar Berahim menggunakan peluang itu.

Baik..kita terima pakai dakwaan Pakatan bahawa ini adalah suatu konspirasi jahat untuk menjatuhkan Nuar Berahim..Tetapi kenapa Nuar Berahim tidak mahu menggunakan segala peluang yang ada untuk membersihkan namanya. Jika di dalam adat meminang..diam wanita adalah tanda setuju.

Hari ini, sekali lagi peluang terhidang di hadapan mata. Apabila wartawan bertanyakan sama ada isteri Nuar Berahim masih menyimpan jam itu, isterinya mengiakan tetapi jawapan yang diberikan itu di dalam nada yang cukup tidak meyakinkan. Kenapa tidak ditunjukkan sahaja jam itu kepada wartawan? Atau setidak-tidaknya belilah di mana-mana jam Omega jika itulah peluang yang ada untuk membersihkan nama suaminya? Kenapa tidak digunakan?

Rasanya, jika Nuar Berahim bersumpah, mungkin lebih dari 50 peratus rakyat Malaysia akan mempercayai bahawa Nuar Berahim dianiaya..soalnya..kenapa tidak digunakan peluang itu?

Isteri Nuar Berahim berkata bahawa bersumpah seperti yang ditanyakan oleh wartawan adalah sumpah cara UMNO..jadi kenapa tidak digunakan sumpah cara Pakatan? Kenapa tidak digunakan peluang itu? Bersumpahlah dengan cara apa sekalipun yang pokoknya haruslah menjunjung Al Quran kerana Al Quran akan kekal sebagai sebaik baik hakim selamanya..

Di dalam permainan bolasepak..tendangan penalti adalah suatu peluang untuk menjaringkan gol..Jika tidak gol..kesalahan itu boleh ditimbang dari pelbagai sudut..sama ada pemain itu lemah, lembab atau mungkin juga kehandalan penjaga gol itu sendiri...Soalnya peluang itu telah terhidang..untuk menang..peluang yang ada haruslah digunakan sebaik-baiknya..

4 comments:

  1. lihat wajah nurul izzah. senyum cover line. mak geabah gila dia boleh senyum mcm tu

    ReplyDelete
  2. jika jam itu jam hadiah dari Raja Arab Saudi..sepatutnya Jam itu diserahkan kpd Kerajaan/Perbendaharaan atau di buat deklarasi..terpulang kpd Kjaan samada Anuar boleh menyimpan jam itu.SPRM mesti mula kertas siasatan...tapi kalau dah pakai jam tu jangan lah bawak untuk pergi konkek...he he he

    ReplyDelete
  3. Lagi nak marah pertahankan lagi banyak video itu disebarkan dalam internet oleh puak2 UMNO, lebih baik dok diam2 - buat letih berbahas saja.
    Lebih baik Anwar dok senyap. Lama2 esok diam lah
    kes ini macam kes2 liwat yang lepas, tiada bukti yang kukuh dan logik langsung.....Selamat.

    ReplyDelete
  4. Lagi baik kalau 3 orang yang keluarkan video tu yang bersumpah laknat, pastu kita kena pastikan yang tiga orang yang bersumpah tu tak puasa tiga hari berturut-turut untuk batalkan sumpah, rasanya kalau macam tu lagi lah puak UMNO puas hati...amacam??

    ReplyDelete