Thursday, December 9, 2010

Duit aku duit aku..duit engkau duit aku!!

Bila kerajaan pusat dikatakan tidak membayar royalti minyak kepada kerajaan Negeri Kelantan, satu Malaya puak Pakatan jaja kata kerajaan pusat kejam lah, tidak adil dan macam-macam lagi segala yang buruk dilontarkan kepada kerajaan pusat.

Rupanya dalam diam, negeri-negeri yang berada di bawah pentadbiran puak Pakatan dikatakan tidak mahu membayar duti hiburan kepada kerajaan pusat. Wang kutipan duti hiburan yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan pusat itu akan disalurkan kepada FINAS untuk pembangunan industri filem tanahair. Keengganan membayar duti hiburan oleh kerajaan negeri yang ditadbir oleh puak Pakatan itu mengakibatkan kerajaan pusat terpaksa membayar harga yang tinggi untuk pembangunan industri filem dan hiburan tanahair.

Negeri Kelantan mungkin terkecuali dalam membayar duti hiburan kerana Kelantan adalah serambi Mekah dan langsung tidak ada hiburan bahkan tak maju pun negeri tersebut jadi elok kita lupakan saja..tapi negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan seperti Selangor dan Pulau Pinang mungkin banyak duti hiburannya. Jadi kenapa enggan membayar duti tersebut kepada kerajaan pusat? Atau mungkinkah pusat hiburan di negeri tersebut beroperasi secara haram menyebabkan tidak ada kutipan duti hiburan yang dikutip oleh kerajaan negeri Pakatan? Soal duit semuanya mungkin!!!

Betullah seperti dalam dialog video di atas...INI TIDAK ADIL!! Kalau seperti yang didakwa kerajaan Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak adil kerana tidak membayar royalti minyak maka seharusnya kerajaan negeri yang diperintah Pakatan berlaku adil dengan membayar duti hiburan kepada kerajaan pusat.

Jangan menjadi ketam mengajar anak berjalan lurus..Duit aku duit aku, duit engkau duit aku jugak..mana ada jalan macam ni!!!

6 comments:

  1. Salam.
    Bro.Mintak keluarkan gambar
    "wajarkah kalimah allah dipijak" disebelah kiri tu bro.Nampak seperti anggota polis preman yang pakai VEST PDRM....
    Maaf bro kalau tersilap...nanti kena SPIN !

    ReplyDelete
  2. Ya tak Ya juga.
    Nampaknya anon 7:42 perihatin....
    bukan kiri,gambar kain rentang kanan tu !

    ReplyDelete
  3. Biasalah. Komunis memang macam tu.

    ReplyDelete
  4. duti takkan bayar pakai bunga emas bro mcm dolu2 tu kahkahkah

    ReplyDelete