Thursday, December 16, 2010
Parlimen atau tadika?
Kalau beginilah perangai wakil rakyat aku rasa aku ingin menawarkan diri untuk menjadi calon di dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Tak ada standard langsung kalau wakil rakyat berperangai macam budak hingusan.
Konon-kononnya hendak menjadi Perdana Menteri, konon-kononnya hendak menjadi Menteri, kalau amarah dan emosi diri sendiri tidak dapat dikawal, bagaimana hendak menjadi pemerintah? Lagipun, orang yang suka marah-marah ini suka mendengar bisikan syaitan dan iblis. Kalau setakat ujian digantung dari menghadiri sidang parlimen pun tidak terbentung macam mana kalau ujian memerintah negara. Itu belum lagi di dalam kubur.
Rasanya, kalau dialah Perdana Menteri kita, suara rakyat apakah akan didengar? Dalam kelompok yang kecil di dalam Parlimen pun tidak mahu didengar, puluhan juta suara rakyat bagaimana? Adakah dia sentiasa betul? Adakah dia bersifat maksum? Bayangkan kalau orang-orang sebegini mewakili Malaysia ke dalam persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu. Alangkah malunya!!!!
Mereka kata perbuatan menggantung Ketua Pembangkang adalah direka-reka. Tetapi melihat kepada sepanduk yang ada pada masa kekecohan itu, boleh dijangka kemarahan itu sudah siap dirancang. Adakah kemarahan spontan sebegitu boleh disertakan dengan sepanduk?Jadi siapa yang mereka-reka keadaan ini?
Jangan fikir rakyat akan simpati dengan kamu dalam keadaan sebegini. Bahkan rakyat meluat dan malu wakil rakyat mereka berperangai kebudak-budakan.
Jika rasa parlimen sudah tidak dipercayai dan tidak lagi demokratik, jangan sibuk-sibuk menawarkan diri menjadi Ahli Parlimen lagi. Tidak ada orang yang suruh kamu menjadi Ahli Parlimen bahkan kamu sendiri yang terhegeh-hegeh menawarkan diri. Rakyat yang mengundi kamu minta diperjuangkan nasib mereka di Parlimen. Pernahkah kamu menyuarakan masalah pengundi-pengundi di kawasan kamu?
Jangan buat isu baru..isu liwat belum selesai dan isu Wikileaks kamu belum beri jawapan lagi..Aku takkan lupa dengan isu-isu itu. Kalaulah usaha ini sekadar untuk mengalihkan perhatian, lupakan saja.
Apapun tahniah kepada Speaker Dewan kerana tetap dengan keputusannya. Bertindak tegas di masa akan datang pastinya dapat menjamin keharmonian dewan. Jangan biarkan kaduk naik junjung!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment