Wednesday, December 8, 2010
Zahid jangan minta maaf!!
Zahid tidak perlu memohon maaf dalam isu tidak ramai bilangan bukan Bumiputera menyertai Angkatan Tentera Malaysia. Kalau dah tidak ramai maksudnya jelas bahawa memang tidak ramai dan itu adalah fakta.
Jawapan yang Zahid bentangkan di dalam Dewan Rakyat di Parlimen adalah jawapan yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan dan perkara itu adalah jelas menunjukkan jawapan itu bukanlah jawapan peribadi Zahid yang disebut sesuka hati.
Tidak ramai bukan bumiputera menyertai Angkatan Tentera bukanlah salah Kementerian Pertahanan ataupun salah Zahid. Tidak ada orang menyuruh dan tidak orang yang menghalang mana-mana rakyat Malaysia untuk menyertai Angkatan Tentera.
Bahkan Kementerian Pertahanan sendiri telah banyak mengadakan 'road tour' untuk membuat pengambilan baru anggota tentera. Kalau dah bukan Bumiputera sendiri tidak berminat untuk menyertai angkatan tentera apa yang boleh Zahid buat waimah apa yang boleh Nik Aziz buat..
Kau orang dengarlah sendiri apa yang Zahid katakan dalam video dekat atas tu..Pakatan sengaja nak mempolitikkan isu itu. Biasalah dah nama pun pembangkang semua benda nak dipolitikkan. Kalau boleh musim hujan sekarang ini pun nak dijadikan isu sebagai modal politik.
Tak payah nak suruh Zahid minta maaf bahkan dia orang yang kena mohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak ramai puak dia yang tak mahu sertai Angkatan Tentera. Tugas angkatan tentera adalah menjaga keamanan negara, dari berdemo tengah jalan dan dalam masjid elok masuk tentera..nampak juga tanda sayang pada negara..
Bagi pihak Zahid aku memohon maaf kerana memang tidak ramai bukan Bumiputera yang menyertai Angkatan Tentera dan aku minta maaf pasal Zahid cuma kata semangat patriotik yang ada pada jiwa mereka tidak cukup tinggi bukan tak ada langsung!!!!!
Putar alam!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam,
ReplyDeletesaya dah tengok u-tube tu. datuk zahid memang tak harus minta maaf. memang bukan melayu kurang semangat patriotiknya kerana tidak menganggap malaysia sebagai negara mereka dengan sepenuh hati. elok jugak datuk zahid menyebut perkara ini agar menyedarkan mereka bahawa keselamatan negara perlu dibahui oleh semua kaum, bukannya diserahkan kepada orang melayu saja. itu pun kalau mereka ikhlas mengaku bahawa mereka juga ada rakyat malaysia!
bangsa lain pedulik apa dengan tugas mengawal negara? mereka dah serah kepada melayu. bangsa lain cuma tau nak buat duit dan cari harta. bayangkan kalau negara ni huru-hara, dapatkah mereka hidup aman dan mencari rezeki?
ReplyDeletesebab tu mereka biarkan melayu mundur sebagai 'jaga negara'!
Ada benar dengan komen-komen di atas. Bangsa lain mungkin lebih berminat untuk 'menjaga ekonomi' dari lain-lain perkara.
ReplyDeleteInilah dia menteri yang tidak mempunyai semangat juang yang tinggi. Menteri penakut kena gertak sikit sudah goyang. Macam mana boleh jd menteri pertahanan kalau jiwa pondan.
ReplyDeleteWoo keras ayat pondan tu bro aku tak rasa dia pondan cuma dalam politik banyak benda yang kena dipertimbangkan. Bukan boleh main terjah je
ReplyDelete