Showing posts with label MCA. Show all posts
Showing posts with label MCA. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Ketua Pemuda MCA keluar parti..keluarlah



Kalau diikutkan kepada kata-kata berkenaan si Luncai 'luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan..biarkan'. Alkisahnya jugalah yang berlaku kepada Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Eng Hiap Boon yang bertindak keluar dari parti. Maka kata-kata yang sesuai ialah 'biarkan..biarkan'.

Sesungguhnya Barisan Nasional tidaklah memerlukan mana-mana ahli yang tidak setia kepada perjuangan parti. Tidak ada siapa yang tahu apa yang bersarang di minda Ketua Pemuda MCA itu tetapi atas apa jua alasannya beliau seharusnya mengutamakan perjuangan parti lebih-lebih lagi di saat Barisan Nasional sedang menghadapi ujian yang getir menjelang pilihanraya umum yang akan datang.

Di dalam mencari momentum kemenangan untuk mengembalikan Pulau Pinang kepada kuasa pemerintahan Barisan Nasional tentunya keadaan ini sedikit merencatkan kelicinan jentera MCA di Pulau Pinang dan sebagai seorang ketua tentulah beliau faham bahawa tindakan itu jelas merugikan parti.

Tetapi apa jua alasannya, Barisan Nasional Pulau Pinang khususnya MCA Pulau Pinang tidak perlu menoleh ke belakang atau mengambil tindakan memujuk beliau untuk kembali bersama kerana gerak kerja pilihanraya adalah bermatlamatkan kemenangan menyeluruh calon tanpa mengambil kira kepentingan peribadi mana-mana individu.

Laman blog STOPTHELIES mengulas isu ini dengan cukup menarik dengan kemungkinan kaitan ianya berlaku kerana ada campurtangan mantan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang dikhabarkan cukup resah akan kehilangan kerusi Parlimen Pandan yang disandangnya kerana ahli-ahli MCA tahu Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang itu mempunyai hubungan yang cukup akrab bersama Tee Keat.

Apa jua analisis yang cuba dibuat berhubung penarikan dan perletakkan jawatan ini, Barisan Nasional khususnya MCA di bawah kemudi Chua Soi Lek harus lebih bersedia menangani sebarang permasalahan dalaman parti kerana pilihanraya umum ke 13 nanti adalah medan terbaik kepada MCA untuk merapatkan kembali saf-saf kaum Cina yang sedikit robek kerana propaganda DAP.

Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya kerana kemenangan di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti bukanlah sekadar sesuatu yang diangankan tetapi harus dizahirkan dengan majoriti 2/3. Tiada kompromi.

Wednesday, December 14, 2011

Salehuddin.. ucapkan terima kasih pada MCA

Semalam Jebat telah menulis berkenaan artikel yang mengatakan Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng yang didedahkan STOPTHELIES suatu ketika dahulu merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman. Dalam pada kesibukkan menghentam MCA, kedua-duanya pernah mendapat perhatian dan keprihatinan MCA yang amat jelas memperjuangkan kepentingan kaum Cina.

Tampaknya slogan 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri sudah dipraktikkan oleh MCA lama dahulu bahkan ianya akan terus menjadi teras kepada kesatuan hati dan perjuangan Barisan Nasional yang mengambil berat akan kepentingan semua kaum tanpa mengenepikan hak-hak istimewa orang-orang Melayu. MCA faham dan seluruh komponen BN faham akan perkara ini dan atas sebab itulah MCA menghormati UMNO sebagai tunggak kepada kekuatan Barisan Nasional.

Kenapa Jebat mengatakan MCA sudah menjalankan Gagasan 1 Malaysia sejak dahulu. Sebabnya ialah anda kenal kepada lelaki ini di bawah ini?


Siapa yang tidak kenal Salahuddin Ayub yang juga mendapat jolokan sebagai Din Puduraya oleh blogger GOMO. Entah mengapa gelaran itu diberikan kepada beliau tidaklah Jebat ketahui. Mungkin GOMO lebih tahu.

Hari ini STOPTHELIES sekali lagi membuat pendedahan yang amat memeranjatkan. Sebabnya? Salehuddin adalah BEKAS PELAJAR KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN di dalam bidang PENTADBIRAN pada tahun 1982-1983.

Jika hendak dinilai dengan karisma dan watak warak yang dibawa Salehuddin tentulah ramai akan beranggapan bahawa Salahuddin belajar di Universiti di Mesir tetapi rupanya beliau adalah pelajar di kolej di Genting Kelang/Setapak. Hebat perubahan wajah yang dibawa Salahuddin.

Tidak mengapalah semuanya sudah ditakdirkan Tuhan dan sebagai manusia kita harus tahu mensyukuri nikmat.

Cuma Jebat sukalah mengingatkan kepada semua bahawa sedangkan kucing kenal dan ingat akan jasa tuannya inikan pula kita manusia.

Kolej Tunku Abdul Rahman seperti yang umum tahu adalah tajaan MCA dan Salehuddin sebagai orang yang mengamalkan dasar dan perjuangan Islam tentulah tahu bagaimana untuk mengucapkan TERIMA KASIH.

Setidak-tidaknya tahu bagaimana untuk tidak menghentam MCA.

Wednesday, October 19, 2011

Kalau dah benci apa boleh buat



Jika pasangan bercinta gagal mengakhirkan cinta mereka ke jinjang pelamin maka orang akan berkata tidak ada jodoh di antara mereka dan jika pasangan yang sudah berkahwin gagal mempertahankan perkahwinan mereka orang akan berkata bahawa jodoh mereka tidak panjang.

Desas desus yang mengatakan bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan meninggalkan parti itu dan menyertai parti pembangkang sudah semakin kuat menggegarkan gegendang telinga seperti yang di laporkan STOPTHELIES dan BUJAI . Mungkin kerana sudah tidak serasi atau Tee Keat sudah menemui 'cinta' baru yang menjanjikan bulan dan bintang kepada beliau.

Entah apa yang berlegar di kepala Tee Keat hingga menyebabkan beliau ingin mengambil keputusan untuk meninggalkan MCA (jika benar) tidaklah kita ketahui. Tetapi kita harus sedar, tewasnya Tee Keat di dalam perebutan kerusi Presiden kepada Soi Lek memungkinkan Tee Keat akan turut terlepas kerusi Parlimen Pandan yang disandangnya.

Mungkinkah Tee Keat akan mengikuti jejak langkah Chua Jui Meng menyertai PKR? Kita akan sama-sama tunggu sejauh manakah kesetiaan Tee Keat kepada MCA dan Barisan Nasional.

Adakah Tee Keat akan mengutamakan perjuangannya bersama MCA atau akan lebih mengutamakan kepentingan politik peribadi?

Kita tidak mengharapkan apa-apa kepada mana-mana pemimpin yang mengutamakan kepentingan peribadi dan sesuailah jika kita katakan kepada mereka 'Datangmu tidak pernah diundang dan pergimu tak pernah dihalau'

Tepuk dada tanya selera!!!

Wednesday, October 12, 2011

Guan Eng DAPigs : Terlupa atau buat-buat lupa?



Tidak mungkin Guan Eng terlupa bagaimana lancangnya mulut bila berkata Johor adalah sebuah negeri yang tidak selamat untuk dilawati. Tetapi hari ini, Guan Eng dikatakan akan memberikan ceramah di Segamat, sebuah daerah di dalam negeri Johor.

Jika benarlah Johor tidak selamat, mengapa dan dari manakah datangnya keberanian Guan Eng untuk berucap di situ? Secara mudahnya, keberanian Guan Eng jelas membayangkan betapa Johor tidak seperti yang dianggap dan diperkatakan beliau. Setidak-tidaknya, Guan Eng harus bimbangkan keselamatan dirinya daripada api kemarahan rakyat Johor kepadanya. Tetapi dek kerana sudah biasa dengan budaya Melayu kerana berasal dari Melaka. Guan Eng tahu, orang-orang Melayu adalah suatu bangsa yang amat mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Ligat minda mencongak-congak apa yang cuba Guan Eng buktikan dengan menghadirkan diri di Johor malam ini, adakah sekadar ingin menunjukkan yang beliau adalah anak jantan? Sekadar merasakan api yang sedang marak harus disiram minyak supaya terus hangus? Atau Guan Eng tahu, jika berlaku kekerasan kepada beliau malam ini, ianya hanya akan membuktikan pada seluruh negara dan Singapura bahawa Johor memang sebuah negeri yang tidak selamat untuk dilawati? Inilah permainan politik  yang harus segera dikhabarkan kepada rakyat Johor.

Sebenarnya, memang Johor tidak ada ruang untuk dilawati, bukan untuk pelancong tetapi untuk DAPigs lebih-lebih lagi Guan Eng.

Monday, October 3, 2011

Bajet: Lu sakit otak atau gila?



Gua terus terang cakap dah tahap tak boleh nak tengok muka budak penjubo tegar dari utara tu. Macam taik gua tengok.

Wah nak bentangkan bajet pulak hari ni dia..Bajet nak sewa hotel kat Thailand ke? Lu siapa weh nak bentangkan bajet? Lu ingat ada orang peduli dengan bajet lu. Kenapa lu dah macam sasau? Banyak sangat keluar air? Atau makin sasau pasal video kongkek lu nak keluar satu lagi?

Macam bagus je lu..Kalau lu lupa gua nak ingat kan lu sikit..Lu tu bekas banduan..sedar sedarlah diri tu sikit. Jangan nak tunjuk lu macam bagus. Taik tetap taik..

Blogger DET kata  akan ada persamaan antara bajet budak penjubo ni dengan bajet yang akan PM bentangkan. Ada musang berbulu babi dari Pejabat Perdana Menteri. Betul kah ni? Bocorkan teks ucapan PM?

Pegi mampus dengan tu semua. Gua kalau budak penjubo tu cakap 100 patah perkataan...600 billion perkataan gua tak caya..Pendek kata..sampai mampus gua tak percaya dengan budak kaki jubo ni. Lidah dia dah tak boleh nak lurus..Tulah asyik menjubo je..

HamPAS cepat cepat buat hudud..dan manusia yang pertama kena sula di Malaysia ni adalah penjubo tegar dari utara yang namanya...Papa Hebat Anugerah Syaitan..Kah Kah Kah..

Bajet yang akan dibentangkan oleh penjubo tegar hari ni bertajuk .. 1 Jubo : Berjubo di Malaysia, Thailand juga tidak dilupakan.

Monday, September 26, 2011

Melayu belajar Bahasa Mandarin dan Tamil?



Hmmm..Agak menarik topik yang sahabat blogger Just Read utarakan hari ni. Gua tak terkejut kalau ada yang cakap gua nak menyokong Just Read atas sebab-sebab tertentu. Biasalah hati manusia, kadang-kadang lebih busuk dari bangkai.

Berbalik kepada cadangan Just Read supaya pelajar-pelajar Melayu mempelajari Bahasa Mandarin dan Tamil. Secara dasarnya gua setuju dengan cadangan tu. Gua dulu pun belajar Mandarin masa dekat ITM tapi pasal tak berlatih cakap lama-lam lupa macam tu jek. Rugi.

Sebenarnya banyak kelebihan kalau kita dapat menguasai lebih dari satu bahasa. Nak cari peluang kerja senang dan yang penting tak senang kena kencing. Untuk konsep Gagasan 1 Malaysia, gua rasa elok jugak kalau cadangan ni diketengahkan. Cuma buat masa ni, tak perlulah Bahasa Mandarin dan Tamil ni menjadi subjek wajib lulus untuk pelajar-pelajar Melayu. Sekadar untuk faham dan boleh bertutur biarpun dengan bahasa pasar pun dah memadai.

Cuma gua nak tanya pada Just Read, apakah kerajaan dah bersedia untuk kehilangan populariti daripada kaum Melayu jika perkara ni dilaksanakan? Mungkin pelajar-pelajar Melayu akan rasa terbeban dengan pertambahan mata pelajaran? Mungkin bilangan guru-guru terpaksa ditambah? Mungkin ada puak politik di luar sana akan bijak mengambil kesempatan untuk kepentingan politik? Mungkin??? Bla..Bla..Bla..macam macam jenis mungkin yang harus difikirkan dulu.

Gua rasa cadangan ini baik cuma masa yang hendak dilaksanakan harus difikirkan sebaiknya Gua rasa sekarang bukan masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

Nak tahu lanjut baca kisah Just Read...SINI...

Thursday, September 8, 2011

Buku di pasaran : Mat Sapu memerdekakan DAPigs



“Saya menyokong cadangan PAS supaya kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji semula sejarah pejuangan kemerdekaan negara kita agar mereka yang telah benar-benar menyumbang kepada usaha tersebut dapat dikenali, dihormati dan diberi pengiktirafan yang sewajarnya,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini.


Nyonya cun, Teresa Kork sudah pandai bersuara pulak dalam hal sejarah kemerdekaan. Lu tak payah nak memekak lah nyonya. Lu pegi check volume speaker dekat masjid kuat atau perlahan. Nanti lu memekak lagi kata volume speaker masjid kuat kacau orang mahu tidur. Nanti sejarah boleh ingat lu sebagai pejuang volume speaker. Kah Kah Kah..


Kalau Mat Indera tu komunis apa lu cuba buat pun orang-orang Melayu takkan lupa Mat Indera tu komunis. itu sejarah orang-orang Melayu. Yang mati di Bukit Kepong pun polis Melayu. Lu jangan nak suruh kepala otak orang Melayu lupa tu semua.


Apa pun agenda DAPigs mahu bawak balik bapak segala komunis, Chin Peng ke Malaysia tidak akan berjaya. Askar-askar dan polis takkan lupa sapa itu Chin Peng, bapak komunis.


Kalau lu lupa atau lu sengaja mau lupa, gua mau kasi tau sama lu, UMNO, MCA dan MIC yang terlibat dalam memperjuangkan kemerdekaan. DAPigs ada ka? Takde kan..jadi lu jangan memekak. 


Gua cadangkan pada nyonya ni buat satu buku sejarah yang bertajuk " Mat Sapu yang memerdekakan DAPigs"..Kasi Mat Sapu pulak jadi Mat Indera..bapak penjilat komunis.

Thursday, June 30, 2011

BERSIH: Kesian UMNO wehh



Barisan Nasional terdiri daripada berapa parti komponen? Jawabnya: Banyakkkkkkkkk

Yang bekerja bagai nak rak setiap kali pilihanraya parti mana? Jawabnya: UMNOOOOOO

Yang menang banyak kerusi semasa Pilihanraya Umum 2008 parti mana? Jawabnya UMNOOOO

Yang kena balun dengan Pakatan Haram Jadah parti mana? Jawabnya: UMNOOOOO

Yang mempertahankan Barisan Nasional parti mana? Jawabnya: UMNOOOOO

Yang menggerakkan Patriot parti mana? Jawabnya: UMNOOOOO

Yang paling Nuar Berahim benci parti mana? Jawabnya UMNOOOOO

Yang bagai nak rak cuba menghalang BERSIH parti mana? Jawabnya: UMNOOOOO

Betul ke Barisan Nasional banyak parti komponen? Jawabnya: Rasa-rasanya macam banyak

MCA dan MIC...lu apa bikin?

p/s: Kalau ada puak sebelah sana yang kata UMNO merosakkan negara dan punca segalanya..Gua pulak jawab: Kepala abah kau!!!

Friday, January 21, 2011

Tenang: Lautan Biru Dacing





Lautan biru menyelubungi proses penamaan calon bagi Pilihanraya Kecil Tenang sebentar tadi.
Semangat 1 Malaysia jelas terpancar di kalangan ahli-ahli Barisan Nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum yang hadir untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim.

Keadaan ini jelas meresahkan puak perut hijau yang kalau sebelum ini begitu gah dengan bilangan penyokong setiap kali pilihanraya kecil diadakan.

Tidak seperti biasa, tidak ada sorakan angkuh dari puak perut hijau. Lesu dan tidak bermaya langkah mereka di Tenang.

Semangat sudah dirasakan, jentera Barisan Nasional harus bergerak sederap seirama untuk memenangkan calon Barisan Nasional.

Jika semangat beginilah semangat yang ditunjukkan tidak mustahil untuk mendapatkan keinginan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional yang mahukan Barisan Nasional menang dengan majoriti 5000 undi.

Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air..ayuh kita dayung sama-sama....Lautan Biru pasti tenang di Tenang...

Tuesday, December 28, 2010

Setiausaha Politik: Wujudkah lagi?


Orang yang paling kanan di dalam Pejabat Menteri adalah Setiausaha Politik atau gelarannya SUPOL.

Kalau Menteri tidak ada di Pejabat dengan SUPOL lah orang ramai berurusan. Soalnya masih relevankah SUPOL pada masa ini?

Aku masih ingat sewaktu aku kecil di kampung, SUPOL Tan Sri Aishah Ghani, Datuk Basri Bajuri telah melawat kampung aku. Masa itu, seluruh kampung aku riuh memperkatakan tentang Datuk Basri. Dah macam Menteri pula taraf SUPOL pada masa itu. Sehingga ke hari ini aku masih ingat nombor plate,warna dan jenis kereta yang dipandu oleh SUPOL itu. Begitulah gahnya SUPOL pada masa itu. Penuh dengan karisma.

Sekarang ni SUPOL sudah semakin tenggelam. Di dalam Pilihanraya Kecil, penglibatan SUPOL macam hidup segan mati tak mahu. Kalau tak silap aku masa Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, SUPOL ada buat 'bilik gerakan' dan aku sempat meninjau bilik gerakan tersebut. Kosong dan longlai tidak ada pengisian dan gerakan.

Jadi apa fungsi SUPOL pada masa ini? Sekadar mengangkat sumpah di hadapan Perdana Menteri? Sekadar menjadi tukang angguk kepada Menteri? Atau sekadar bergaya melaram dengan Perdana V6?

Aku jadi keliru dengan fungsi SUPOL..Tidak pernah kelihatan SUPOL menghiasi pentas-pentas ceramah di dalam mana-mana pilihanraya. Suka tak suka aku kena akui, Ezzam Mohd Nor bekas SUPOL Nuar Berahim memang hebat dan selayaknya menjadi SUPOL. Sayangnya, boss beliau pula hanyut.

SUPOL SUPOL yang lain mana arah tujunya. Persatuan SUPOL masihkah wujud lagi? Kalau boleh, kita minta bapak-bapak Menteri pilihlah individu yang benar-benar layak menjadi SUPOL. Kalau rakyat tidak kenal SUPOL kita masih boleh terima tetapi kalau pengundi kawasan Menteri sendiri tidak kenal SUPOL Menteri tersebut...PARAH!!!

Tuesday, August 17, 2010

Ini sudah lebih


Ini sudah lebih sampai ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus didesak dikurangkan secara berperingkat. Ini sudah macam Belanda dapat tanah, sudah diberi betis nakkan peha pulak. Mana semangat setiakawan MCA dalam Barisan Nasional sampai berani menyentuh sensitiviti kaum bumiputera. Sampai terkeluar ayat yang MCA tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam memperjuangkan hak kaum mereka.

PAS nak sokong puak sebelah mana?Kalau PAS rasa mereka ni Melayu dan Islam kita mintak PAS beri pandangan pasal isu ini. Ini bukan lagi politik kepartian tetapi sudah jadi politik bangsa. Mudah-mudahan PAS tak lupa mereka dari bangsa apa. Kita nak tengok sama ada pimpinan PAS akan berkorban karier politik mereka dalam mempertahankan hak bumiputera atau terus berangan angan untuk ke Putrajaya tanpa mengambil kira kepentingan bangsa.

Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS..takkanlah tak mahu bersuara tentang perkara ini. Kalau bertegang urat leher sesama Melayu, sesama sendiri boleh takkan bila hak bangsa mahu dirobek Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS jadi tunggul mati tak mau bersuara. KJ dah jadi anak jantan dengan masuk askar wataniah, Nasaruddin Tantawi takkan harap serban besar je atas kepala..bersuaralah dalam membela kepentingan bangsa.

Pun begitu segala tindakan harus ibarat menarik rambut dalam tepung. Biarlah dengan cara diplomasi terkawal kerana nilai keharmonian dan keamanan Malaysia harus menjadi agenda yang perlu dititikberatkan. Melayu tetap menjunjung adat.

Sunday, July 18, 2010

Subsidi: Mana ada benda free dalam dunia

Harga petrol dan beberapa barang lain telah dinaikkan berikutan penstrukturan semula subsidi oleh kerajaan. Kali ni petrol naik tak banyak cuma 5 sen per liter. Tak macam zaman Pak Lah dulu yang naik amat mendadak sampai hampir menjadikan Malaysia seperti 'kiamat' kecil. Nampaknya Najib lebih rasional dalam memperjuangkan nasib rakyat.

Kau orang dekat luar sana, jangan nak melenting membuta tuli dengan kenaikan sebanyak 5 sen ni. Kalau kau orang tak keberatan nak mengundi untuk rancangan realiti TV sebanyak 50 sen per sms, apalah sangat dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen. Kalau kau orang pergi karaoke dan mampu bayar beratus ratus ringgit apalah sangat dengan kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen. Kalau mampu beli rokok yang dah hampir 10 ringgit sekotak untuk mempercepatkan kau orang mati, apalah sangat petrol naik sebanyak 5 sen untuk isi tangki minyak kereta kau orang untuk bawa keluarga pergi bersiar- siar.

Dalam dunia tak ada benda yang free. Ada ke Santa Claus yang suka suka bawa guni kasi hadiah? Nak kawin pun kena bayar..Nak berak kat Puduraya pun kena bayar?Konsep dia..Kalau tak mau bayar, berak je kat rumah..Itu pun masih kena bayar bil air walaupun Selangor janji nak kasi air free tapi haram tak ada.

Aku setuju sangat rakyat Malaysia ni disedarkan dengan penstrukturan semula subsidi. Dah berpuluh tahun rakyat Malaysia terlalu menjadi rakyat yang hanya tunggu untuk disuap. Berdikarilah sikit sampai bila nak harapkan kerajaan. Kalau rasa tak mampu elok ubah cara hidup. Tak perlu nak befoya foya dan membazir kalau rasa kenaikan 5 sen membebankan. Tak perlu duduk dekat restoran mamak berjam jam setiap malam kalau riuh rendah bising dengan kenaikan harga gula.

Pembangkang bising dan tunjuk handal macam lah dia boleh tadbir sebaik kerajaan Barisan Nasional. Di Selangor masa buat manifesto pilihanraya 2008 macam macam janji, sudahnya rakyat tetap ke Pejabat Pos bayar bil, tetap terbeban dengan perbelanjaan yang tinggi. Cakap memang mudah dan murah.

Bahasa mudah...tak ada benda yang free dalam dunia..Ini cuma masalah masa, lama lama dah biasa taklah memekak macam sekarang..Dulu pun hantaran kawin cuma 5 ribu ringgit, sekarang dah jadi 10 ribu. Tapi kalau dah rasa kemaruk nak kawin 20 ribu ringgit hantaran pun langgar je..Kalau dah nama keperluan, perlu kita hadapi apa jua keadaan.

p/s: Pimpinan parti politik baik kerajaan dan pembangkang, jangan pandai bercakap. Sama samalah sesuaikan diri dengan keadaan. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Monday, July 5, 2010

PERKASA: Ekstrimis celaka?

PEMUDA MCA SELAR PERKASA:EKSTRIMIS CELAKA INI PATUT DI TAHAN ISA

Kenyataan yang di atas tu bukan aku atau atuk aku yang cakap dan tulis tapi aku terbaca di http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10909 Kau orang boleh klik untuk baca lebih lanjut.

Kalau ye pun marah sama Ibrahim Ali dan PERKASA takkan sampai nak keluar perkataan celaka. Bagi orang Melayu perkataan celaka tu satu perkataan yang cukup menyakitkan halwa telinga bila didengar.

Kenapa harus Pemuda MCA mengeluarkan kenyataan terbuka yang jelas akan memporak porandakan. Kenyataan Ibrahim Ali adalah bersifat pandangan peribadi dan tidak seharusnya Pemuda MCA melenting secara terbuka. Jika Pemuda MCA mahukan supaya kerajaan mengambil kira sensitiviti Pemuda MCA, maka sewajarnya Pemuda MCA juga mengambil kira sensitiviti di dalam penggunaan bahasa. Tidakkah secara matangnya di dalam politik, Pemuda MCA menggunakan pendekatan perbincangan bersama Pemuda UMNO untuk menasihati PERKASA jika sekiranya PERKASA di dapati bersalah di dalam mengeluarkan kenyataan.

Apa yang Pemuda MCA lakukan ini hanya akan menambahkan kejengkelan rakyat terhadap Barisan Nasional. Sama ada Pemuda MCA sedar akan keadaan ini atau tidak, tidaklah kita ketahui. Hakikatnya tidak salah jika Pemuda MCA mempertahankan ketuanya tetapi biarlah dengan perkataan yang sempurna..soalnya sehingga ke hari ini..kita masih belum nampak Pemuda UMNO mempertahankan UMNO. Siapa yang separuh masak?

Friday, June 18, 2010

Bila Najib berjalan sendirian

Betapa baik dan hebatnya pun Tok Najib kalau sering dibiarkan sendirian tidak ada gunanya. Betapa baik dan hebatnya program program yang Tok Najib cuba lakukan apalah gunanya sekiranya beliau berjalan sendirian. Sejak menjadi Perdana Menteri, Tok Najib sering bersendirian menghadapi asakan dari Pakatan. Tidak ada kelibat kelibat bapak bapak Menteri yang mempertahankan Tok Najib. Kalau ada pun yang dilihat mempertahankan Tok Najib cuma dari orang nombor dua..Timbalan Perdana Menteri.

Bapak bapak Menteri yang lain ke mana ghaibnya..Terlalu asyik dengan kedudukan atau takut untuk bersuara kerana khuatir sekiranya tersilap dan terlepas cakap maka akan kehilangan kerusi sebagai Bapak Menteri?Jika kebijaksanaan diambil sebagai kayu pengukur untuk menjadi Bapak Menteri apa yang perlu dikhuatirkan? Soalnya benarkah kebijaksaan diambil kira untuk menjadi Bapak Menteri?Bijakkah Bapak Bapak Menteri?

Sayangnya Tok Najib tidak ada Panglima Perang yang boleh mempertahankannya..Kalau ada pun sekadar Pemberi Amaran Tegar...Bila bila masa amaran boleh ditarik balik bila diasak..

Sudah banyak siri pilihanraya kecil...tidak semua muka Bapak Bapak Menteri yang kelihatan membantu Tok Najib..Kalau nak dikira harga minyak mahal untuk ke kawasan pilihanraya rasanya Bapak Bapak Menteri tidak perlu fikirkan itu semua..Kalau nak dikira bilik hotel mahal..rasanya Bapak Menteri tidak pernah fikirkan urusan itu semua..Jadi apa yang sebenarnya...Malas atau tak tahu nak buat apa bila ke medan pilihanraya..Soalnya kenapa?Rasa kekok untuk duduk bersama rakyat di warong warong kopi dan menjamah goreng goreng pisang yang sedikit dihinggapi lalat di kampung? Atau perlukah dibentangkan permaidani merah untuk menyambut Bapak Menteri di kawasan pilihanraya? Bila menang, Bapak Menteri akan cakap..inilah kehebatan kita..Bukan ke yang teruk membantu adalah jentera jentera yang siap siaga meninggalkan keluarga berminggu minggu untuk berjuang demi parti tercinta?

Tun Mahathir secara sini kata sekarang masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya umum?Bapak Menteri yang bijak bijak jangan pula anggap yang Tun Mahathir cakap itu satu fakta sebaliknya anggap saja satu sindiran untuk Bapak Bapak Menteri yang bijak..Garu-garu kepala, siapa yang popular...Tok Najib atau BN yang popular?

Sunday, June 6, 2010

Hilangkah Setiausaha Politik?

Setiausaha Politik...jawatan besar di Pejabat bapak Menteri..Dulu masa kecik kalau aku dengar nama Setiausaha Politik boleh jadi gerun satu badan dan boleh tabik spring dibuatnya..Suatu ketika dulu semasa zaman sekolah pernah aku terserempak dengan seorang Setiausaha Politik, Setiausaha Politik sapa tah aku pun tak tahu...Nampak dia aku jadi gerun dan terasa besarnya jawatan yang disandang..mungkin kerana terlalu hampir dengan bapak Menteri..Itu dulu...sekarang sudah lain dan ramai orang yang dah mungkin lupa wujudnya jawatan itu di pejabat bapak Menteri.

Dah banyak siri pilihanraya kecil berlangsung..kelibat Setiausaha Politik jarang jarang benar kelihatan..Benar..tugas Setiausaha Politik adalah membantu bapak Menteri mereka tapi rasanya tak salah kalau Setiausaha Politik membantu parti. Ada orang kata Setiausaha Politik ni membantu bapak Menteri tapi dalam pilihanraya kecil..kelibat bapak Menteri yang lebih kerap nampak dari kelibat Setiausaha Politik sendiri. Apa tugas Setiausaha Politik sebenarnya pada masa ni?Aku keliru..takkan dengan jawatan yang sebesar itu tidak ada apa yang disumbangkan.

Ada orang kata ada segelintir Setiausaha Politik kerjanya mengangkat beg bapak Menteri..Kalau betullah keadaan tu dah jadi peon pulak Setiausaha Politik..Tapi bila fikirkan balik..ramai Timbalan Menteri pun orang tak kenal inikan pulak Setiausaha Politik..

Kita nak tengok bila Setpol Setpol ni akan lebih agresif untuk membantu parti...Kalau jawatan sebesar tu tapi sibuk mengangkat beg eloklah serahkan pada orang lain yang lebih bersedia untuk memberi idea idea bernas..

Monday, April 19, 2010

Hulu Selangor :Apa beza pernah minum dengan sudah berhenti minum?

Azmin Ali cabar BN untuk buktikan Zaid kaki botol? Pada asasnya, kita tidak perlu melayan cabaran si Azmin ni kerana hanya buang masa. Bila semalam Zaid kata yang dia memang pernah minum bahawasanya keadaan dan ketika minum itu diperakui oleh tuan punya badan. Seharusnya Azmin tanya pada si Zaid sendiri. Ke Azmin ada rasa segan silu nak berdepan empat mata dengan si Zaid yang diibaratkan seperti anak emas baru di dalam Pakatan?

Sebenarnya, cabaran Azmin ni ada udang yang tersembunyi. Azmin sudah ketinggalan bas di dalam Pakatan sejak kehadiran Zaid yang diwar-warkan akan menggantikan Nuar sekiranya apa-apa terjadi pada Nuar hasil perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful. Keduanya, Azmin akan dilihat hero kepada Pakatan sekiranya tidak dapat dibuktikan kepada umum oleh BN bahawa Zaid memang pembotol tegar kerana isu botol ini amat merungsingkan Pakatan menjelang detik pembuangan undi pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 25hb ni. Jelas, Azmin mempunyai kehebatan bermain permainan serampang dua mata bilamana kedua-dua keadaan yang menangnya adalah AZMIN.

Ini politik dan bukan permainan silap mata. Dalam politik keadaan lebih handal berbanding permainan silap mata. Politik adalah suatu keadaan di mana memungkinkan yang mustahil. Jika isu botol ini mahu dibuktikan bermakna kita cuma memenangkan Azmin. Ini soal menanamkan persepsi rakyat terhadap isu. Sehingga ke hari ini, tidak ada gambar yang jelas yang membuktikan bahawa terlibatnya VVIP BN dengan perempuan Mongolia. Justeru, apa yang Zaid katakan bahawa dia sudah berhenti minum maka DETIK DAN KEADAAN DIA PERNAH MINUM ITU WUJUD.

Soal minum adalah soal minum. Mungkinkah bila berdepan dengan Allah kelak akan keluar perkataan 'ah itu dulu tapi aku dah berhenti minum'? Jadi soal politik tidak akan dapat mengatasi kekuasaan Allah. Apa perlunya dilayan cabaran Azmin yang hanya akan memenangkan Azmin. Kalau itu menjadi persoalannya...kita minta Azmin untuk mencabar Zaid untuk bersumpah untuk menafikan yang dia tidak pernah minum tetapi rasanya keadaan itu barang mana mungkin kerana BOSS AZMIN YANG SEMAKIN MELUPAKAN AZMIN PUN SAMPAI KE HARI NI TIDAK ANGKAT SUMPAH MENGATAKAN YANG DIANIAYA BILAMANA DITUDUH MELIWAT SAIFUL. Sampai bila kita mahu menafikan kehebatan mukjizat yang MERUPAKAN SEBAIK-BAIK HAKIM...Ini soal akidah.

Sunday, April 18, 2010

Hulu Selangor : Sandiwara Pakatan Rakyat yang menipu Rakyat

1) Bila ADUN BN lompat parti masuk ke Pakatan, Pakatan kata itu hak ADUN dan itulah demokrasi yang halal tetapi bila ADUN Pakatan lompat parti masuk ke BN, Pakatan kata itu haram dan mempersendakan rakyat

2) Bila Mufti Perak sokong PAS, Pakatan kata Mufti Perak lah ulama terbilang tetapi bila Mufti Perak tegur PAS, Mufti Perak di maki hamun

3) Bila Pakatan menang dalam pilihanraya, bagai nak gila Pakatan puji Suruhanjaya Pilihanraya tetapi bila Pakatan kalah, Suruhanjaya Pilihanraya menjadi bahan yang dipersalahkan.

4) Semasa Pakatan memerintah Perak, Sultan Perak dikata paling adil tetapi bila Pakatan hilang kuasa di Perak, bekas Menteri Besar sanggup sembah derhaka

5) Sebelum berkuasa, beria-ia mahu melaksanakan hukum hudud tetapi apabila ditegur oleh Karpal Singh, hukum hudud disimpan rapi di dalam almari

6) Bila Pakatan buat demonstrasi, Pakatan kata itulah demokrasi tetapi bila BN buat demonstrasi, isu perkauman pula yang Pakatan mainkan

7) Bila Pakatan menang pilihanraya, Pakatan kata itulah demokrasi tetapi apabila kalah, Pakatan kata ada pengundi hantu

8) BILA ORANG UMNO MEMBACA AL-QURAN, PAKATAN KATA ITU HIPOKRIT TETAPI APABILA ORANG DAP BACA AL-QURAN (DI DUN PERAK) PAKATAN PUJI MELANGIT SAMPAI ADA YANG DIIBARATKAN SEPERTI SEORANG KHALIFAH

9) Bila UMNO ajak PAS berdamai, PAS kata pergi jahanam tetapi bila orang kafir DAP ajak bersatu PAS terus setuju biarpun dahulu PAS kata DAP seperti syaitan

10) BILA MULAKAN CERAMAH, BACA BISMILLAH DAN MEMUJI NABI TETAPI MASA TENGAH CERAMAH, HABIS SEMUA DI MAKI

Orang Hulu Selangor bahkan rakyat Malaysia perlu sedar bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya menipu rakyat dan Pakatan Rakyat tiada pendirian yang jelas. Pakatan Rakyat kempenkan 'Selamatkan Malaysia' dan aku nak tanya Pakatan apa yang perlu diselamatkan? Sebenarnya kita kena selamatkan Malaysia dari pembohong besar yang membuat Pakatan jahat terhadap rakyat. Orang Hulu Selangor renung-renungkanlah...

Monday, March 29, 2010

Hulu Selangor : Tugasan pertama Chua Soi Lek

Tahniahlah kepada Chua Soi Lek kerana menang jawatan Presiden MCA semalam. Moga MCA kembali aman..Menang...menanglah jugak..tapi perlu sedar pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor jugak kita perlu menang.

Aku dah rindu nak tengok MCA bersibuk-sibuk macam UMNO buat kerja dalam mana mana pilihanraya..MIC pun perlu kerja kuat...kalau ikut tradisi kerusi tu kerusi MIC..Jangan atas nama kerusi jek..tapi kerja kenalah buat.

Kalau sebelum ni gerak kerja MCA dan MIC agak kabur dalam mana mana pilihanraya, aku harap dengan Presiden MCA yang baru ni gerak kerja dalam pilihanraya akan ditingkatkan. Apalah guna menang jawatan Presiden kalau sunyi dan sepi. MIC bila pulak nak tukar Presiden?

Kawasan Parlimen ni kawasannya luas..Kalau setakat ada 1 bilik gerakan baik tak payahlah kan..Setakat melepaskan batuk ditangga orang tengok pun meluat..Kalau nak buat..buat betul betul.

Aku nak tengok macam mana Presiden MCA yang baru ni buat gerak kerja..Jentera jentera pilihanraya MCA pun aku nak tengok jumlahnya..Aku cakap ni pasal nak tengok keberkesanan Presiden baru MCA...jangan aku cakap macam ni..MIC tidur sampai berdengkur di Hulu Selangor..Biarpun kuda tua yang masih menerajui MIC itu bukanlah alasan..kalau dah rasa tak larat..eloklah berundur.

Apapun aku masih berpendapat...jauh lebih elok sekiranya BN meletakkan calon UMNO di Hulu Selangor..Bukan aku yang cakap tapi pengundi yang cakap..AKU (Asalkan UMNO) kata Agendadaily...