Wednesday, December 14, 2011

Salehuddin.. ucapkan terima kasih pada MCA

Semalam Jebat telah menulis berkenaan artikel yang mengatakan Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Mertajam Chong Eng yang didedahkan STOPTHELIES suatu ketika dahulu merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman. Dalam pada kesibukkan menghentam MCA, kedua-duanya pernah mendapat perhatian dan keprihatinan MCA yang amat jelas memperjuangkan kepentingan kaum Cina.

Tampaknya slogan 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri sudah dipraktikkan oleh MCA lama dahulu bahkan ianya akan terus menjadi teras kepada kesatuan hati dan perjuangan Barisan Nasional yang mengambil berat akan kepentingan semua kaum tanpa mengenepikan hak-hak istimewa orang-orang Melayu. MCA faham dan seluruh komponen BN faham akan perkara ini dan atas sebab itulah MCA menghormati UMNO sebagai tunggak kepada kekuatan Barisan Nasional.

Kenapa Jebat mengatakan MCA sudah menjalankan Gagasan 1 Malaysia sejak dahulu. Sebabnya ialah anda kenal kepada lelaki ini di bawah ini?


Siapa yang tidak kenal Salahuddin Ayub yang juga mendapat jolokan sebagai Din Puduraya oleh blogger GOMO. Entah mengapa gelaran itu diberikan kepada beliau tidaklah Jebat ketahui. Mungkin GOMO lebih tahu.

Hari ini STOPTHELIES sekali lagi membuat pendedahan yang amat memeranjatkan. Sebabnya? Salehuddin adalah BEKAS PELAJAR KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN di dalam bidang PENTADBIRAN pada tahun 1982-1983.

Jika hendak dinilai dengan karisma dan watak warak yang dibawa Salehuddin tentulah ramai akan beranggapan bahawa Salahuddin belajar di Universiti di Mesir tetapi rupanya beliau adalah pelajar di kolej di Genting Kelang/Setapak. Hebat perubahan wajah yang dibawa Salahuddin.

Tidak mengapalah semuanya sudah ditakdirkan Tuhan dan sebagai manusia kita harus tahu mensyukuri nikmat.

Cuma Jebat sukalah mengingatkan kepada semua bahawa sedangkan kucing kenal dan ingat akan jasa tuannya inikan pula kita manusia.

Kolej Tunku Abdul Rahman seperti yang umum tahu adalah tajaan MCA dan Salehuddin sebagai orang yang mengamalkan dasar dan perjuangan Islam tentulah tahu bagaimana untuk mengucapkan TERIMA KASIH.

Setidak-tidaknya tahu bagaimana untuk tidak menghentam MCA.

No comments:

Post a Comment