Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Berfikir sebelum berkata dan sarang tebuan jangan dijolok.
Setelah memanggil Menteri Besar Perak dengan gelaran Hitam Metalik timbul pula gelaran baru kepada negeri Perak. Kali ini DAPigs mengambil pendekatan menyeluruh dengan menggelar seluruh negeri Perak sebagai Darul Kartun. Negeri Perak yang rasminya di panggil Perak Darul Ridzuan terus-terusan dicalar burukkan oleh DAPigs.
Mungkin DAPigs sendiri kurang arif dengan negeri Perak lantaran menyebabkan mereka dengan mudah membahasakan apa sahaja pada negeri Perak termasuklah yang buruk-buruk.
Jebat asal dari Melaka, tidak punya sultan tetapi sukalah Jebat menerangkan maksud yang terkandung di dalam bendera negeri Perak.
Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan hitam.
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.
a. Warna putih : melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
b. Warna kuning : melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan.
c. Warna hitam : melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir Perak Darul Ridzuan.
Dengan mengambil kira maksud-maksud yang terkandung di dalam warna bendera negeri Perak tentulah Baginda Sultan dan kerabatnya merupakan tunjang yang membawa kepada pembentukkan negeri Perak.
Apabila DAPigs menggelar negeri Perak sebagai Darul Kartun tentulah sedikit sebanyak atau mungkin keseluruhan mencemar institusi DiRaja Perak yang mulia.
Siapa yang rasis di sini? Bukankah DAPigs sebelum ini lantang mahu mewujudkan negara republik buat Malaysia?
Selagi adanya Sultan di Malaysia mana mungkin Malaysia menjadi sebuah negara republik. Itu yang menjadi sawang di dalam kepala DAPigs.
Rakyat Perak jika anda bercadang menyokong DAPigs tentunya anda sedang bercadang untuk mencemar institusi yang menjadi tunjang dan tulang belakang untuk orang-orang Melayu.
No comments:
Post a Comment