Wednesday, December 28, 2011

Ketua Pemuda MCA keluar parti..keluarlah



Kalau diikutkan kepada kata-kata berkenaan si Luncai 'luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan..biarkan'. Alkisahnya jugalah yang berlaku kepada Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Eng Hiap Boon yang bertindak keluar dari parti. Maka kata-kata yang sesuai ialah 'biarkan..biarkan'.

Sesungguhnya Barisan Nasional tidaklah memerlukan mana-mana ahli yang tidak setia kepada perjuangan parti. Tidak ada siapa yang tahu apa yang bersarang di minda Ketua Pemuda MCA itu tetapi atas apa jua alasannya beliau seharusnya mengutamakan perjuangan parti lebih-lebih lagi di saat Barisan Nasional sedang menghadapi ujian yang getir menjelang pilihanraya umum yang akan datang.

Di dalam mencari momentum kemenangan untuk mengembalikan Pulau Pinang kepada kuasa pemerintahan Barisan Nasional tentunya keadaan ini sedikit merencatkan kelicinan jentera MCA di Pulau Pinang dan sebagai seorang ketua tentulah beliau faham bahawa tindakan itu jelas merugikan parti.

Tetapi apa jua alasannya, Barisan Nasional Pulau Pinang khususnya MCA Pulau Pinang tidak perlu menoleh ke belakang atau mengambil tindakan memujuk beliau untuk kembali bersama kerana gerak kerja pilihanraya adalah bermatlamatkan kemenangan menyeluruh calon tanpa mengambil kira kepentingan peribadi mana-mana individu.

Laman blog STOPTHELIES mengulas isu ini dengan cukup menarik dengan kemungkinan kaitan ianya berlaku kerana ada campurtangan mantan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang dikhabarkan cukup resah akan kehilangan kerusi Parlimen Pandan yang disandangnya kerana ahli-ahli MCA tahu Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang itu mempunyai hubungan yang cukup akrab bersama Tee Keat.

Apa jua analisis yang cuba dibuat berhubung penarikan dan perletakkan jawatan ini, Barisan Nasional khususnya MCA di bawah kemudi Chua Soi Lek harus lebih bersedia menangani sebarang permasalahan dalaman parti kerana pilihanraya umum ke 13 nanti adalah medan terbaik kepada MCA untuk merapatkan kembali saf-saf kaum Cina yang sedikit robek kerana propaganda DAP.

Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya kerana kemenangan di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti bukanlah sekadar sesuatu yang diangankan tetapi harus dizahirkan dengan majoriti 2/3. Tiada kompromi.

1 comment:

  1. chua soi lek tu pelakon porno.semua org tak suka.tade sebarang aktiviti.semua nak mengharapkan umno.bukan salah KP tu, tapi slah soi lek

    ReplyDelete