Showing posts with label Ong Tee Keat. Show all posts
Showing posts with label Ong Tee Keat. Show all posts
Wednesday, December 28, 2011
Ketua Pemuda MCA keluar parti..keluarlah
Kalau diikutkan kepada kata-kata berkenaan si Luncai 'luncai terjun dengan labu-labunya..biarkan..biarkan'. Alkisahnya jugalah yang berlaku kepada Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang Eng Hiap Boon yang bertindak keluar dari parti. Maka kata-kata yang sesuai ialah 'biarkan..biarkan'.
Sesungguhnya Barisan Nasional tidaklah memerlukan mana-mana ahli yang tidak setia kepada perjuangan parti. Tidak ada siapa yang tahu apa yang bersarang di minda Ketua Pemuda MCA itu tetapi atas apa jua alasannya beliau seharusnya mengutamakan perjuangan parti lebih-lebih lagi di saat Barisan Nasional sedang menghadapi ujian yang getir menjelang pilihanraya umum yang akan datang.
Di dalam mencari momentum kemenangan untuk mengembalikan Pulau Pinang kepada kuasa pemerintahan Barisan Nasional tentunya keadaan ini sedikit merencatkan kelicinan jentera MCA di Pulau Pinang dan sebagai seorang ketua tentulah beliau faham bahawa tindakan itu jelas merugikan parti.
Tetapi apa jua alasannya, Barisan Nasional Pulau Pinang khususnya MCA Pulau Pinang tidak perlu menoleh ke belakang atau mengambil tindakan memujuk beliau untuk kembali bersama kerana gerak kerja pilihanraya adalah bermatlamatkan kemenangan menyeluruh calon tanpa mengambil kira kepentingan peribadi mana-mana individu.
Laman blog STOPTHELIES mengulas isu ini dengan cukup menarik dengan kemungkinan kaitan ianya berlaku kerana ada campurtangan mantan Presiden MCA, Ong Tee Keat yang dikhabarkan cukup resah akan kehilangan kerusi Parlimen Pandan yang disandangnya kerana ahli-ahli MCA tahu Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang itu mempunyai hubungan yang cukup akrab bersama Tee Keat.
Apa jua analisis yang cuba dibuat berhubung penarikan dan perletakkan jawatan ini, Barisan Nasional khususnya MCA di bawah kemudi Chua Soi Lek harus lebih bersedia menangani sebarang permasalahan dalaman parti kerana pilihanraya umum ke 13 nanti adalah medan terbaik kepada MCA untuk merapatkan kembali saf-saf kaum Cina yang sedikit robek kerana propaganda DAP.
Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya kerana kemenangan di dalam pilihanraya umum ke 13 nanti bukanlah sekadar sesuatu yang diangankan tetapi harus dizahirkan dengan majoriti 2/3. Tiada kompromi.
Wednesday, October 19, 2011
Kalau dah benci apa boleh buat
Jika pasangan bercinta gagal mengakhirkan cinta mereka ke jinjang pelamin maka orang akan berkata tidak ada jodoh di antara mereka dan jika pasangan yang sudah berkahwin gagal mempertahankan perkahwinan mereka orang akan berkata bahawa jodoh mereka tidak panjang.
Desas desus yang mengatakan bekas Presiden MCA, Ong Tee Keat akan meninggalkan parti itu dan menyertai parti pembangkang sudah semakin kuat menggegarkan gegendang telinga seperti yang di laporkan STOPTHELIES dan BUJAI . Mungkin kerana sudah tidak serasi atau Tee Keat sudah menemui 'cinta' baru yang menjanjikan bulan dan bintang kepada beliau.
Entah apa yang berlegar di kepala Tee Keat hingga menyebabkan beliau ingin mengambil keputusan untuk meninggalkan MCA (jika benar) tidaklah kita ketahui. Tetapi kita harus sedar, tewasnya Tee Keat di dalam perebutan kerusi Presiden kepada Soi Lek memungkinkan Tee Keat akan turut terlepas kerusi Parlimen Pandan yang disandangnya.
Mungkinkah Tee Keat akan mengikuti jejak langkah Chua Jui Meng menyertai PKR? Kita akan sama-sama tunggu sejauh manakah kesetiaan Tee Keat kepada MCA dan Barisan Nasional.
Adakah Tee Keat akan mengutamakan perjuangannya bersama MCA atau akan lebih mengutamakan kepentingan politik peribadi?
Kita tidak mengharapkan apa-apa kepada mana-mana pemimpin yang mengutamakan kepentingan peribadi dan sesuailah jika kita katakan kepada mereka 'Datangmu tidak pernah diundang dan pergimu tak pernah dihalau'
Tepuk dada tanya selera!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)