Wednesday, December 7, 2011
Lembu tidak pernah mengembek!!!
Jika dihitung dari segi minggu rasanya sudah berminggu-minggu isu NFC diperkatakan. Modal besar kepada Pakatan untuk terus mencemar kredibiliti Barisan Nasional khususnya UMNO. Tanyalah kepada takdir Tuhan mengapa suami Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat berada di NFC. Jika bertanya kepada Sharizat tentulah jawapan beliau berbeda dengan jawapan pimpinan Pakatan, sebaiknya bertanya pada hukum takdir mengapa suami beliau berada di NFC.
Lumrah kepada Pakatan jika ada ruang untuk menyesakkan kepala UMNO tentulah ruang itu diguna sebaik mungkin tetapi mengapa ruang yang digunapakai untuk menyesakkan kepala UMNO itu terselak lebih luas dengan adanya kemahuan Bung Mokhtar dan terbaru Syed Ali yang mahu mendesak Sharizat meletakkan jawatan sebagai Menteri?
Adakah dengan meletakkan jawatan suatu jaminan kepada Sharizat khususnya UMNO untuk menjadi tampak bersih di mata rakyat? Adakah dengan meletak jawatan, pimpinan Pakatan akan mengunci rapat mulut mereka untuk menidakkan peluang dan ruang yang ada pada mereka untuk menghentam UMNO?
Kita lihat sahaja kepada Pakatan Rakyat dengan mengambil kira contoh yang hampir serupa dengan kes Sharizat. Ramai di antara kita telah menonton video yang mendakwa Nuar Berahim sebagai pelaku seks di video itu tetapi sebutlah nama pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju bahawa pelaku di dalam video itu adalah Nuar Berahim Anugerah Tuhan? Jawapannya, TIDAK ADA.
Hadi Awang yang didakwa sebegitu warak pun mengambil jalan mudah politik dengan menidakkan perkara itu sehingga berkata video adalah besi yang tidak sewajarnya dijadikan saksi. Begitulah semangat juang di antara pimpinan Pakatan Rakyat. Bersatu apabila diserang dan bersatu juga apabila menyerang. Selari dan sehati.
Nuar Berahim memutar ligat satu Malaya untuk menafikan beliau adalah pelaku di dalam video itu dan panglima-panglima perang dalam Pakatan menghunus pedang mempertahankan Nuar Berahim tetapi siapa pula di dalam Barisan Nasional khususnya UMNO yang sedia untuk digelarkan panglima perang mempertahankan Sharizat?
Belum sebulan, Presiden UMNO mendefinikasi ahli UMNO sebagai orang UMNO tampaknya ahli UMNO ada yang belum bersedia untuk menjadi orang UMNO. Muafakat.
Tanyalah pada Johari Bedul adakah beliau bersetuju jika dikatakan beliau pada mulanya telah bersetuju bahawa pelaku dalam video seks itu adalah Nuar Berahim? Tunggulah sampai matahari terbit dari Barat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam tuan,
ReplyDeleteMohon izin utk linkkan blog saya di sini. Blog tuan tekah saya linkkan di blog 1 saya. Moga kita dpt bertukar2 maklumat. Terima kasih. Slmt berjuang.
# Link blog saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com
Saudara IBM..blog tuan telah di link kan..terima kasih
ReplyDelete