Monday, December 26, 2011

Aspan Alias: Dapat kuah pun rahmat



Jebat agak tertarik dengan artikel yang dinukilkan oleh blogger tersohor Aspan yang berkisar kepada soal ayam dan kuah ayam.

Artikel yang menyifatkan pemimpin enak melayan kehendak tekak dengan membaham ayam sedangkan rakyat disudukan dengan kuah ayam ke dalam mulut. Ini adalah berikutan hal pemberian saguhati dan imbuhan oleh kerajaan kepada rakyat baru-baru ini.

Inilah halnya dengan perkataan 'beri salah tak beri salah'. Sudah acap kali Jebat mengatakan sama ada besar atau kecil nilai sesuatu yang diterima ianya tetap merupakan suatu NIKMAT yang harus DISYUKURI.

Adakah jika PAS atau Pakatan Rakyat memerintah, mereka akan sedia untuk mengagihkan gaji dan elaun-elaun sebagai pemimpin sama rata kepada rakyat? Mungkin nama Aspan juga akan turut tercicir dari kamus harian mereka. Itu lumrah. Siapa juga yang sudah berkuasa sedikit sebanyak akan terpalit dengan dosa melupakan kawan.

Kalau hal ayam dan kuahlah yang menjadi isunya, Jebat inginlah mencadangkan kepada seluruh negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan untuk memberikan mandat kepada setiap rakyat di dalam negerinya untuk menjadi penilai kepada sesuatu tender dan sebarang perbelanjaan kewangan negeri. Barulah dikatakan telus dan boleh diyakini. Diulang ingat, setiap rakyat diberikan kuasa penilai dan pemantau kepada perbelanjaan kewangan negeri. Tidak ada seorang yang terkecuali. Mampukah  dicadangkan perkara ini?

Jika begini isu yang dibawa, mungkin dari dulu tidak ada istilah orang miskin . Hidup sama rata dan sama rasa.

Dewan bahasa dan pustaka haruslah berkira-kira semula untuk menyemak perkataan 'miskin kaya' di dalam kamus mereka. Mungkin perlu dilupuskan dua istilah itu kerana selepas ini semua rakyat Malaysia hanya akan ada suatu taraf kehidupan. Tidak ada kaya dan tidak ada miskin.

Pada Jebat, ayam dan kuah ayam kedua-duanya adalah rezeki. Menolak kuah ayam hanya semata-mata mahukan ayam adalah perbuatan yang menolak rezeki.

Entahlah, mungkin saudara Aspan lebih dahulu makan kuah dari Jebat dan Jebat sekadar memberi pandangan sama seperti saudara Aspan yang melontarkan pandangannya.

Kadang-kadang masa makan roti canai, orang lebih mementingkan kuah dari ayam kerana bagi yang kurang mampu kuah ayam pun sudah besar nikmat dan nilainya.

Baca SINI

5 comments:

  1. kalau semua dapat ayam siapa nak hirup kuah?

    kalau rakyat dan pemimpin dapat sama banyak siapa nak jadi rakyat dan siapa nak jadi pemimpin?

    dalam konteks agama kalau semua dapat ayam siapa pulak yang dianggap layak jadi asnaf?

    fikir-fikirkan

    ReplyDelete
  2. mungkin aspan alias ni lebih rapat dengan pimpinan PR di negeri yg diperintah...eloklah
    dia cadangkan rakyat di bawah diberi lauk,pemimpin mereka diberi kuah jer!!!

    untuk perbandingan adakah rakyat negeri selangor
    sudah dapat air 20m2 percuma,TAWAS dan skim warga emas itu lauk yg hebat?

    ReplyDelete
  3. biasalah tak ramai yang akan berpuas hati, bila bagi betis dia nak peha bila bagi peha dia nak lagi atas, ha ha ha

    ReplyDelete
  4. biasala...semua dia tak pernah puas hati...

    spin span

    ReplyDelete
  5. salam,

    ramai yang dahulunya orang umno, menyokong kerajaan dan menghentam pembangkang, hidup mewah dan mendapat macam2 habuan daripada umno dan barisan nasional.

    tapi bila dah dapat, nak dapat lebh banyak. umpama diberi betis, nak peha.

    inilah antara orang2 seperti aspan ni. siapa bantu dia selama ini? pakatan rakyat ke?

    hanya kerana beberapa permintaannya ditolak oleh umno dan bn (dahulu dah banyak dapat), dia pun berpaling tadah dan menyokong pembangkang serta membaling batu ke arah umno.

    inilah lumrah kacang lupakan kulit. ramai orang seperti aspan ni...

    ReplyDelete