Thursday, December 29, 2011

Pesanan buat Zahid Hamidi



Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi berkata beliau akan menjemput pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat untuk berjumpa dengannya bagi membincangkan hal-hal kelengkapan senjata negara yang sering diputarbelitkan pimpinan Pakatan Rakyat.

Kenyataan  Zahid itu disambut oleh ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang berkata beliau dan rakan-rakannya bersedia untuk berjumpa Zahid asalkan Zahid telus dan tidak berselindung apa-apa jua perkara berkenaan tender pembelian senjata itu yang disifatkan mereka ada kalanya terlalu mahal.

Sukalah Jebat mengingatkan pada Zahid. Tindakan Zahid ini adalah ibarat 'orang mengantuk disorongkan bantal' buat pimpinan Pakatan Rakyat. Zahid perlu sedar, pimpinan Pakatan Rakyat dengan apa cara sekalipun akan menidakkan kemampuan yang sedang Zahid laksanakan untuk mengemudi Kementah.

Harap-harapnya Zahid tidak lupa bagaimana kemampuan kapal selam Scorpene dihentam teruk oleh pimpinan Pakatan. Kapal selam yang didakwa tidak boleh menyelam itu akhirnya melambai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk merasai sendiri kehebatan kapal selam milik TLDM itu. Tetapi apakah kita  dapat melihat keikhlasan Guan Eng untuk mengakui kemampuan kapal selam itu? Adakah Guan Eng mengadakan sidang akhbar untuk memperbetulkan keceluparan mulut pimpinan Pakatan? Adakah kenyataan rasmi yang mengiakan kemampuan kapal selam itu oleh mana-mana pimpinan Pakatan? Yang ada hanyalah isu mengapa blogger GOMO dibenarkan untuk menaiki kapal selam itu.

Soal kelengkapan senjata ini adalah soal keselamatan negara. Zahid jangan terlalu ghairah untuk membuka pintu kepada mana-mana individu yang kita tidak kenal 'luar dan dalam' mereka. Jangan terlalu ghairah untuk berpolitik, aspek kerahsiaan terlondeh begitu sahaja. Zahid telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan dan tentunya kita tidak meragui sumpah itu tetapi pintu pintu yang sedang dibuka oleh Zahid membolehkan siapa sahaja untuk mengetahui kerahsiaan negara dengan lebih jelas. 

Zahid boleh berkata 'inilah senjata yang saya baru beli dari langit' tetapi barang harus diingat oleh Zahid sebaik mana pun yang dilakukan kebusukkan jua yang diintai mereka.

1 comment:

  1. Betul aku setuju. Tak payah lah nak layan sangat pembangkang ni,lagi depa rasa depa yang betui.Macam mintak approve pulak dengan tony puaka ni.

    ReplyDelete