Tuesday, August 17, 2010

Ini sudah lebih


Ini sudah lebih sampai ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus didesak dikurangkan secara berperingkat. Ini sudah macam Belanda dapat tanah, sudah diberi betis nakkan peha pulak. Mana semangat setiakawan MCA dalam Barisan Nasional sampai berani menyentuh sensitiviti kaum bumiputera. Sampai terkeluar ayat yang MCA tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam memperjuangkan hak kaum mereka.

PAS nak sokong puak sebelah mana?Kalau PAS rasa mereka ni Melayu dan Islam kita mintak PAS beri pandangan pasal isu ini. Ini bukan lagi politik kepartian tetapi sudah jadi politik bangsa. Mudah-mudahan PAS tak lupa mereka dari bangsa apa. Kita nak tengok sama ada pimpinan PAS akan berkorban karier politik mereka dalam mempertahankan hak bumiputera atau terus berangan angan untuk ke Putrajaya tanpa mengambil kira kepentingan bangsa.

Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS..takkanlah tak mahu bersuara tentang perkara ini. Kalau bertegang urat leher sesama Melayu, sesama sendiri boleh takkan bila hak bangsa mahu dirobek Pemuda UMNO dan Dewan Pemuda PAS jadi tunggul mati tak mau bersuara. KJ dah jadi anak jantan dengan masuk askar wataniah, Nasaruddin Tantawi takkan harap serban besar je atas kepala..bersuaralah dalam membela kepentingan bangsa.

Pun begitu segala tindakan harus ibarat menarik rambut dalam tepung. Biarlah dengan cara diplomasi terkawal kerana nilai keharmonian dan keamanan Malaysia harus menjadi agenda yang perlu dititikberatkan. Melayu tetap menjunjung adat.

6 comments:

  1. SLM BRO..PAS MANE ADE BANGSA? DIORANG SKRG ANTARABANGSA SAMPAI DH JD BANGSAT! MCM SI RAWA CKP ARITU KONON2 NK BELA BANGSA MELAYU LA PULAK. MIMPI APE TETIBA JEK NK BELA? SELAMA NI LANGSUNG X HIRAU PUN PSL ORG MELAYU KENE HALAU KT PENANG TU. TU LE PETANDA PAS TERDESAK! MAIN POLITIK BANGSAT MENGHALALKAN CARA!! HARKK PTUIHH!!

    ReplyDelete
  2. Eh...betul ke ada ekuiti bumiputera 30%??? Bukan ke puak-puak UMNO yang memiliki ekuiti tersebut semuanya ALIBABA??? Ha...ha...ha... satu lagi sandiwara BN untuk meraih undi kaum cina yang beralih arah ke Pakatan Rakyat. Kekadang kesian tengok BN yang masih ingat rakyat bodoh & percaya sandiwara tersebut. Selamat BE END....

    ReplyDelete
  3. kenapa anon terlalu buruk sangka..Melayu mcm ko le yang menjahanamkan bangsa..bongok tahap cipan

    ReplyDelete
  4. Eh...nape buruk sangka pulak???? Realiti....Terbukti.....
    Siapa yang dok bagi muka kat bangsa cina sejak dulu lagi??? Siapa yang dok bagi harta negara kat kaum cina???? BUkit Genting tu??? Siap yang dok hapus bahasa Melayu?? SIapa yang nak hapus Sekolah Agama???? Siapa yang buka kuota MRSM kepada bangsa cina & India??? Siapa yang buka kuota Matrikulasi kepada bangsa cina & India??? SIapa yang hapuskan sistem Kuota Universiti tetapi digantikan dengan Meritokrasi??? SIapa yang hapuskan biasiswa untuk org melayu seperti termaktub dalam perlembagaan??? Kenapa pulak anon di tuduh menjahanamkan bangsa??? Bukankan ini semua adalah satu lag hasil "kerajaan Barisan Nasional???". Siapakan yang bongok tahap CIpan????? hehehe....anda meludah ke langit....

    ReplyDelete
  5. Bhaii..
    UMNO ni emosional sangat lah.. Belum cukup matang berpolitik, mgkin sebab mostly of the `menatang' kot.. Sket2 13 Mei, sket2 Raja2 Melayu la.. itu la.. ini la..
    Sampai bila Perlembagaan tu nak dijunjung..? Memanglah UMNO suka Perlembagaan tu tak berubah supaya rakyat selama-lamanya di tipu di kencing!

    ReplyDelete
  6. Cara - cara UMNO sayang raja-raja Melayu:
    1. Panggil raja "Natang"
    2. Lucut kekebalan raja-raja
    3. Jadikan raja Boneka.....

    Tahniah UMNO, andalah pejuang bangsa Melayu TULEN!!!

    ReplyDelete