Tuesday, August 31, 2010

Melayu: Semakin tak waras

Tadi dengan sedikit rezeki yang lebih yang dianugerahkan pada aku dapat juga akhirnya membawa keluarga aku berbuka puasa di luar. Bukan di hotel mewah tapi di pasaraya yang agak besar di Selangor. Rezeki keluarga bulan Ramadhan dan rezeki anak anak. Terima kasih Tuhan atas rezeki yang kau berikan pada aku.

Selepas berbuka puasa, aku memandang keluar dari pusat membeli belah tu. Dan seperti lazim malam malam yang semakin hampir dengan hari raya dan tambahan pula malam merdeka, aku dapat lihat kilauan bunga api menerangi awan malam. Bukan sedikit jumlahnya. Rasanya, pertunjukan bunga api percuma tu berlangsung sekitar 10 minit. Banyak wang yang dibakar. Kaya pulak Melayu dengan pesta bunga api.

Aku sengeh sendirian bila kenangkan sikap Melayu. Gula naik 20 sen sekilo, Melayu menjerit macam nak kiamat esok. Agaknya dengan pembakaran bunga api sebanyak tu, berapa ratus ringgitlah yang dibelanjakan. Melayu bersorak kegembiraan dengan bunga api tu. Tidak ada langsung rungutan walaupun membakar wang ratusan ringgit.

Kalau dikirakan nisbah kenaikan harga gula dengan pesta bunga api tu, rasanya akan melibatkan ratusan kilogram gula. Petrol naik 5 sen, Melayu menjerit lagi..Alangkah sempitnya fikiran kita dengan merungut pada benda yang tak sepatutnya sedangkan bergembira pada benda yang membazir. Ada pula puak yang 'menyiram minyak' pada kemarahan Melayu berhubung kenaikan harga gula sebanyak 20 sen dan petrol sebanyak 5 sen. Nak serah memorandum, nak suruh rakyat tukar kerajaan lah..macam macam benda yang tak waras.

Kenapa puak puak pemertintah di Selangor tidak menasihatkan supaya orang orang Selangor tidak membazir wang dengan pembakaran bunga api yang melibatkan ratusan ringgit? Kenapa kerajaan Selangor tidak terus memberi subsidi kepada rakyat Selangor sekiranya mengatakan tindakan kerajaan pusat menstruktur semula subsidi sebagai satu langkah yang silap? Harga barang di Selangor tetap sama macam di negeri lain. Kita mahu lihat pimpinan Selangor jangan hanya mencari salah orang lain tetapi tidak mengambil sebarang langkah untuk membantu rakyat Selangor. Kepimpinan melalui teladan. Jangan cakap saja berdegar degar tetapi macam tin kosong.

Rakyat Selangor pasti akan membawa perubahan di dalam pilihanraya ke 13 kelak. Tunggu dan lihat sajalah. Mata yang memandang kadangkala membawa kekhilafan, justeru dacing akan pasti menjadi penimbang yang sebaiknya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

3 comments:

  1. YA, aku setuju, membakar bunga api itu membazir. Maka samalah juga, menyambut merdeka itu membazir, betapa banyak bendera digunakan, kemudiannya habis upacara sambutan di bukit jalil, bendera bersepah merata-rata. Belum dikira pembaziran kerajaan menampung belanja elektrik stadium, saguhati peserta, pembaziran tenaga kerja berlatih berbulan-bulan, ada jugak mercun dan bunga api bukan sahaja di negeri-negeri pakatan rakyat tetapi juga negeri kerajaan barisan nasional.

    Kalau nak kata rakyat bodoh bising kenaikan harga gula dan petrol, memang satu tindakan yang bijak. Kalau rakyat yang susah, kenaikan petrol & gula, berkadar langsung dengan kenaikan belanja rakyat. Kalau bab mercun dan bunga api, tak kena mengena dengan belanja rakyat. Kalau kerajaan Selangor bakar mercun & bunga api pun, rakyat yang berpendapatan rendah tumpang gembira boleh tengok free. Almaklumlah, duit tak cukup nak bawa keluarga melancong, so ada jugak aktiviti boleh bawa anak-anak tengok bunga api, dapat juga gembirakan hati anak-anak walaupun tak dapat bawa anak-anak ke luar negara, macam mantan MB selangor...boleh enjoy-enjoy pergi disneyland...

    Yang pasti, sejak pakatan memerintah selangor, mak bapak yang banyak anak nak masuk Universiti dah senang hati, dapat duit daripada kerajaan negeri; orang-orang kampung yang susah tak perlu lagi susah hati nak ulang alik pergi hospital ambil ubat sakit perut cirit birit kerana minum air telaga, sekurang-kurangnya dengan subsidi air RM11 sebulan, cukuplah untuk air bersih buat minum keluarga, nak basuh baju tak per...air telaga boleh guna; kalau dulu, zaman BN, tiap kali pilihanraya adun janji nak bina surah yang lebih baik, namun rakyat tunggu punya tunggu tak muncul-muncul...tapi kini rakyat tak perlu tunggu, eh banyak surau - surau baru yang muncul; kalau dulu mak bapak, datuk-nenek mati, kalut anak cucu kumpul duit untuk urusan jenazah, tapi kini anak-cucu tak yah risau...Khalid Gagap tu dah bagi peruntukan untuk pengkebumian...; kalau dulu zaman BN rakyat shah alam ramai yang rugi kerosakan harta benda akibat banjir, tapi kini rakyat tidur lena, Khalid Gagap tu juga dah korek sungai & bina benteng banjir; kalau dulu susah hati nak kena bayar duit mengaji agama kalau nak dapat ilmu lebih, tapi sekarang tak payah, merata-rata ada pengajian agama & bahasa arab percuma; kalau dulu banyak projek-projek terbengkalai yang menyakitkan mata, kini rakyat terkejut, eh bila pulak ada bangunan kat sini, eh bila pulak ada gerai makan kat sini....dan banyak lagi yang tidak terkata...

    Ya...pilihanraya seterusnya rakyat akan bertindak...... bertindak untuk menghapuskan terus kemenangan calon-calon BN yang ada sekarang....

    Sedarlah.... anda cuba memburuk-burukkan Selangor, tapi rakyat selangor sendiri yang tahu apa yang berlaku.... Rakyat faham, perubahan yang baik sedang berlaku sedikit demi sedikit kerana kotoran yang ditinggalkan oleh kerajaan BN, bukannya senang untuk dicuci.... PR tengah cari formula terbaik untuk menanganinya....

    ReplyDelete
  2. Anon 8:32 am..anda pengundi di Selangor, saya juga pengundi di Selangor..kita pangkah mana yang kita mahu pada PRU 13 nanti..Anda setuju dengan PR saya setuju dengan BN..Kita tengok sajalah nanti ..Orang Selangor pastinya takkan akan membuat kesilapan yang serupa macam pilihanraya umum ke 12 lalu..

    ReplyDelete
  3. Anonymous said...

    Yaa....hidup BN...

    Kita sokong kenaikan harga gula..
    Kita sokong kenaikan harga petrol..
    Kita sokong judi bola...
    Kita sokong penghapusan air percuma 20m padu jika BN memerintah..
    Kita sokong penghapusan anak ke universiti, wang saguhati warga tua, wang khairat kematian...undilah Barisan Nasional supaya lebih banyak wang rakyat dirompak...lebih banyak harta melayu dikikis....biarkan Melayu makin layu....
    Marilah sama-sama kita ulangi kesilapan kita memilih BN selama 50 tahun merdeka....

    ReplyDelete