Kalau aku bertanya pada kawan-kawan yang tak ambil tahu pasal politik, dia orang akan cakap malas nak ambil tahu pasal politik. Dia orang kata dulu politik untuk menjaga keharmonian negara tetapi politik sekarang dah jadi lain..politik untuk isi perut..politik yang dah menghuru harakan minda rakyat.
Mana tidaknya, ahli politik bercakar sama sendiri. Masing-masing nak tunjuk bagus walhal tak ada apa pun yang di buat. Semua yang dibuat hanya untuk karier politik masing-masing. Karier politik bermakna periuk nasi dia orang.
Keadaan jauh berbeza dengan zaman Tun Mahathir. Macam-macam yang dibuat oleh Tun Mahathir untuk negara. Siapa yang lupa dengan kemegahan KLCC, KLIA, Sepang F1 Circuit dan macam-macam lagi. Semuanya untuk Malaysia. Sekarang apa yang kita boleh banggakan?
Bangsa Melayu makin berpecah..Nak disatukan pun ada Melayu yang kata tak payah. Pasal kalau bersatunya Melayu, maka akan ada pemimpin Melayu yang miss periuk nasi. Soalnya, mana yang lebih penting?Nasib bangsa Melayu atau nasib seorang pemimpin Melayu?
Kesian tengok Perdana Menteri. Bersusah payah nak bangunkan negara yang majoritinya Melayu tetapi Melayu jugak yang jadi penghalang. Harga barang makin naik..rakyat dah mula mengeluh. Biarpun kita faham ada sebab tertentu kenapa harga dinaikkan.
PAS kata nak buat negara kebajikan. Itu manifesto masa pilihanraya. Di Selangor, Pakatan memerintah. Takkan PAS nak buat negara kebajikan, Selangor sebagai rakan politik tak mahu memberi kebajikan pada rakyat Selangor. Ini menjadi kayu pengukur. Tapi bila fikirkan balik, dah nama pun orang politik, cakap memang murah. Harga ayam dah naik RM 7 sekilo. Kerajaan Selangor tak nak beri subsidi ke pada rakyat Selangor kalau kata tindakan kerajaan Barisan Nasional pasal subsidi ni salah? Air macam mana di Selangor?Air di Selangor dah macam belacan rasanya. Ada yang kata jumlah klorin tak cukup masa penyulingan air pasal syarikat bekalan air tak mampu nak tampung jumlah pemberian air percuma?Mana yang betul aku pun tak tahu. Kepala otak aku makin lama makin buntu.
Sudah-sudahlah dengan politik. Rakyat jangan terus dibiarkan tertekan. Orang politik mungkin tak tahu dengan kesusahan yang dihadapi rakyat sekarang. Orang politik gaji dan kantungnya besar tak macam rakyat marhaen yang terpaksa fikirkan semua benda. Raya pun dah hampir..orang politik rasa ke debar seperti mana yang kami rakyat rasakan? Anak-anak dah mula menadah tangan minta dibelikan baju raya. Kalau orang politik tak mahu fikirkan ini semua, elok berhenti je jadi pemimpin.
Kita harap Barisan Nasional akan lebih tegas dalam hal politik. Jangan biarkan puak sebelah sana buat sesuka hati. Kalau dah diberi kuasa tapi tak gunakan kuasa, itu salah guna kuasa juga namanya.
Sebelum jebat berbicara tentang air selangor, cuba jebat kaji apa yang berlaku disebalik isu air tersebut. Bukankah abang handsome Khir toyo yang telah menjahanamkan air Selangor dengan menandatangani kontrak hingga tahun 2024??? yang membenarkan SYABAS menaikkan tarif air supaya membebankan rakyat?? Sekarang...SYABAS (yang dibelakangnya UMNO) cuba memporak perandakan isu air (dengan harapan rakyat percaya @ mungkin mereka ingat rakyat selangor ni bodoh boleh di tipu senang senang..) Sekarang, tinjauan saya di Selangor, rata-rata rakyat faham dengan isu air tersebut. Kerajaan PR terpaksa menghadapi pelbagai peninggalan "busuk" Barisan Nasional... dan sebab itulah, tinjauan rambang saya terhadap pandangan rakyat selangor ialah..."keadaan hanya boleh berubah jika BN dijatuhkan bukan sahaja di peringkat negeri, tetapi diperingkat Pusat". Kasihan BN, nampaknya rakyat lebih bijak mindanya berbanding pemimpin BN yang masih tak habis-habis menipu rakyat...ingat rakyat BODOH ker???
ReplyDeleteMahathir bagus??? KLCC, MSC, dan lain-lain pembangunan??? Mahathir dapat nama, Pak Lah & Najib pening kepala nak bayar hutang....
Isu air adalah satu isu yang boleh dirundingkan lagi. Rakyat masih lagi menikmati bekalan air. Tapi isu penindasan terhadap rakyat secara terang-terangan adalah yang sukar aku terima. Contohnya:
ReplyDeletePenutupan (yang diisytihar tak tutup kononnya) IKYS menutup peluang anak negeri yang tak mampu untuk meneruskkan pendidikan mereka sedangkan mereka adalah aset negeri masa depan.
YB = Yang Bingai @ Bangang
Menantu Hantu di Tendang Terajang
Masuk UiTM ler...dah ada program mengubah destini anak bangsa....macam-macam ada....
ReplyDeletePiiirahhh...
ReplyDeleteNajib = retorik
DSAI = orator
2x5=10