Sunday, August 29, 2010

Petua untuk tidak kena saman ekor



Ramai orang yang susah hati bila polis kata akan kekalkan saman ekor sampai ada yang nak jadi hero nak kumpulkan pesalah trafik untuk buat bantahan pasal saman ekor. Aku tak berapa nak susah hati pasal saman ekor ni pasal setahu aku lah, aku bawak kereta selalu patuh pada undang undang. Yang susah hati ni pasal orang yang tak berapa nak faham pasal undang undang jalan raya dan orang yang tak berapa nak ada tamaddun. Pesalah ni sama macam orang yang sembahyang tak ikut rukun. Bawak kereta membuta tuli macam jalanraya bapak dia punya bila dah kena saman nak salahkan orang lain pulak.

Jadi secara mudahnya, kalau tak nak kena saman ekor ikut je petua ni : JANGAN BERPERANGAI MACAM BINATANG YANG BEREKOR DI ATAS JALANRAYA...NAK BERPERANGAI MACAM TU SILA IKUT GAMBAR DI ATAS...DUDUK ATAS POKOK...Lu pilihlah nak macam manusia atau binatang..

4 comments:

  1. Inilah masalahnya bila kau tak faham isu. Yang orang tak setuju ialah bila saman ekor tu kena pada nombor kereta kita padahal kita tak pernah lalu pun kat jalan tersebut. Misalnya, penipuan plat no kereta, adakah aku patut bayar saman bila plat no kereta aku diciplak oleh motor atau kereta lain. Nak minta gambar pun kena bayar jugak. Abis tu, adilkah saman ekor yang ada sekarang ni???? Aku boleh terima kalau saman ekor tu dikirimkan sekali dengan gambar secara percuma supaya yang kena saman betul-betul pasti yang itu adalah keretanya yang sah....

    ReplyDelete
  2. http://zahrainmp.blogspot.com/2010/08/nasib-melayu-di-pulau-pinang.html

    ReplyDelete
  3. Apa masalahnya anon 8.23 pm..kalau rasa tidak salah tak ada apa yang perlu digusarkan..kalau rasa saman tu bukan milik kau terangkan pada balai polis yang berkenaan yang kereta kau tak pernah lalu dekat situ. Inilah masalahnya bila takut tak bertempat..buktikan saje pada pihak polis yang kau tak lakukan kesalahan tu. Aku pernah ada masalah seperti yang kau takutkan ni. Kereta aku pernah diklon dan aku dapat 20 saman ekor lebih yang dilakukan di Kelantan. Aku telah ke balai polis di Kelantan dan jelaskan pada dia orang dan sah bukan aku yang buat kesalahan tu. Jangan takut kalau tak salah anon. Yang gabra kerbau ni kenapa?

    ReplyDelete
  4. Ha..ha.. polis kelantan baik-baik... macam mana pun, ianya menyusahkan kau jugak nak kena gi balai polis, habis minyak, habis masa.... aku dulu nak dapat gambar untuk buktikan betul ker aku yang drive, siap kena bayar RM 10. RM10 mungkin sikit bagi menteri-menteri yang naik mercedes & BMW, tapi untuk orang yang naik keta kancil penuh anak-anak, RM10 boleh beli beras untuk makan anak bini tiga empat hari.

    Carilah kaedah yang lebih baik kalau nak menyaman....

    ReplyDelete