Melayu kalau tak dipelihara dan disedarkan secara segera lambat laun akan jadi kerbau balau. Sejak pilihanraya umum 2008 yang lepas sampailah ke hari ini, Melayu terus berbalah. Pasal semua nak jadi hero, semua nak jadi pejuang kononnya, semua macam bagus, walhal sebenarnya Melayu sedang menjadikan diri mereka sebagai kerbau balau. Kerbau balau yang tak berapa nak pandai nak bergerak kalau tidak dirotan dan disuruh. Kerbau balau yang sentiasa mengunyah rumput di padang dan di bendang, mengembung dan mengenyangkan perutnya.
Nasib kerbau balau akan lebih teruk, bila hidung ditindik dan ditarik ke sana ke mari oleh orang lain. Ada juga pertandingan laga kerbau, kerbau yang bertarung, orang lain yang dapat laba hasil judi. Orang Melayu boleh berjudi ke?Kalau orang Melayu tak boleh berjudi..siapa yang tagih laba dari hasil perjudian tu?Kesian nasib kerbau, calar balar berlaga tapi orang lain yang menagih laba. Kerbau tetap makan rumput di padang dan bendang.
Kalau kerbau dan lembu orang selalu gandingkan dengan tindik di hidung, Melayu juga sering dikaitkan orang dengan bangsa yang mudah lupa. Kalau dah sama sering dikaitkan, sudahnya Melayu dan kerbau balau akan sentiasa objek yang ditarik hidungnya.
Bila Melayu nak sedar?
macam mana tak bergaduh sesama Melayu..UMNO dok pulun projek kat kroni saje beb.. Cakap jer berdegar2 tp huh.. tak serupa bikin beb!
ReplyDeleteBagi tau aku berapa ekoq Menteri yg tak makan rasuah? Berapa kerat KSU yang bebas dari rasuah? Cakap Bro..cakap..
Mangsa orang politik = rakyat marhein.
Mangsa Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam = bangla-bangla kat bawah la...
anon
ReplyDeletekeadaan di kelantan lebih teruk kroninya berkenaan projek2 kerajaan negeri. bantai hulu hilir kata kroni, diri sendiri yg lakukan, macam org kentut, tak ngaku lepas tu tuduh org.
Dulu kes kepala lembu, sekarang kerbau pulak, umnoBn memang suka binatang, harap perangai tak sebegitu.
ReplyDeletesalam ramadan, dah berapa juz baca Al-Quran?
Kalau suka binatang tak semestinya perangai mcm binatang..yang jelas kalau menuduh orang itu jauh lebih berdosa besar..munafik tu apa?baca Al Quran kalau hati kurang bersih pun apalah maknanya..
ReplyDeleteklu mcmtu pupusla org melayu.mana2 bloq org melayu je gaduh.tuduh sana tuduh sini.dlm paper harakah sy tgk paling kuat menghina dn menuduh org melayu.citela hal lain,ttg masa dpn ke?
ReplyDelete