Setiausaha Politik...jawatan besar di Pejabat bapak Menteri..Dulu masa kecik kalau aku dengar nama Setiausaha Politik boleh jadi gerun satu badan dan boleh tabik spring dibuatnya..Suatu ketika dulu semasa zaman sekolah pernah aku terserempak dengan seorang Setiausaha Politik, Setiausaha Politik sapa tah aku pun tak tahu...Nampak dia aku jadi gerun dan terasa besarnya jawatan yang disandang..mungkin kerana terlalu hampir dengan bapak Menteri..Itu dulu...sekarang sudah lain dan ramai orang yang dah mungkin lupa wujudnya jawatan itu di pejabat bapak Menteri.
Dah banyak siri pilihanraya kecil berlangsung..kelibat Setiausaha Politik jarang jarang benar kelihatan..Benar..tugas Setiausaha Politik adalah membantu bapak Menteri mereka tapi rasanya tak salah kalau Setiausaha Politik membantu parti. Ada orang kata Setiausaha Politik ni membantu bapak Menteri tapi dalam pilihanraya kecil..kelibat bapak Menteri yang lebih kerap nampak dari kelibat Setiausaha Politik sendiri. Apa tugas Setiausaha Politik sebenarnya pada masa ni?Aku keliru..takkan dengan jawatan yang sebesar itu tidak ada apa yang disumbangkan.
Ada orang kata ada segelintir Setiausaha Politik kerjanya mengangkat beg bapak Menteri..Kalau betullah keadaan tu dah jadi peon pulak Setiausaha Politik..Tapi bila fikirkan balik..ramai Timbalan Menteri pun orang tak kenal inikan pulak Setiausaha Politik..
Kita nak tengok bila Setpol Setpol ni akan lebih agresif untuk membantu parti...Kalau jawatan sebesar tu tapi sibuk mengangkat beg eloklah serahkan pada orang lain yang lebih bersedia untuk memberi idea idea bernas..
aduhai bila sebut setpol ini aku rasa amboi susah juga nak rapat dengan depa kalau tak nama jawatan utama dalam umno.tobat depa tak layan.talipon pun tak jawap.bila jawap tanya pula you ni sapa.kalau orang biasa nak ngadu hal sikit tak layan langsung.ini pengalaman yang cukup manis dgn setpol ini.apa nak buat aku hanyalah ada satu undi.itu pun 5 tahun sekali.
ReplyDelete