Friday, June 18, 2010

Bila Najib berjalan sendirian

Betapa baik dan hebatnya pun Tok Najib kalau sering dibiarkan sendirian tidak ada gunanya. Betapa baik dan hebatnya program program yang Tok Najib cuba lakukan apalah gunanya sekiranya beliau berjalan sendirian. Sejak menjadi Perdana Menteri, Tok Najib sering bersendirian menghadapi asakan dari Pakatan. Tidak ada kelibat kelibat bapak bapak Menteri yang mempertahankan Tok Najib. Kalau ada pun yang dilihat mempertahankan Tok Najib cuma dari orang nombor dua..Timbalan Perdana Menteri.

Bapak bapak Menteri yang lain ke mana ghaibnya..Terlalu asyik dengan kedudukan atau takut untuk bersuara kerana khuatir sekiranya tersilap dan terlepas cakap maka akan kehilangan kerusi sebagai Bapak Menteri?Jika kebijaksanaan diambil sebagai kayu pengukur untuk menjadi Bapak Menteri apa yang perlu dikhuatirkan? Soalnya benarkah kebijaksaan diambil kira untuk menjadi Bapak Menteri?Bijakkah Bapak Bapak Menteri?

Sayangnya Tok Najib tidak ada Panglima Perang yang boleh mempertahankannya..Kalau ada pun sekadar Pemberi Amaran Tegar...Bila bila masa amaran boleh ditarik balik bila diasak..

Sudah banyak siri pilihanraya kecil...tidak semua muka Bapak Bapak Menteri yang kelihatan membantu Tok Najib..Kalau nak dikira harga minyak mahal untuk ke kawasan pilihanraya rasanya Bapak Bapak Menteri tidak perlu fikirkan itu semua..Kalau nak dikira bilik hotel mahal..rasanya Bapak Menteri tidak pernah fikirkan urusan itu semua..Jadi apa yang sebenarnya...Malas atau tak tahu nak buat apa bila ke medan pilihanraya..Soalnya kenapa?Rasa kekok untuk duduk bersama rakyat di warong warong kopi dan menjamah goreng goreng pisang yang sedikit dihinggapi lalat di kampung? Atau perlukah dibentangkan permaidani merah untuk menyambut Bapak Menteri di kawasan pilihanraya? Bila menang, Bapak Menteri akan cakap..inilah kehebatan kita..Bukan ke yang teruk membantu adalah jentera jentera yang siap siaga meninggalkan keluarga berminggu minggu untuk berjuang demi parti tercinta?

Tun Mahathir secara sini kata sekarang masa yang sesuai untuk diadakan pilihanraya umum?Bapak Menteri yang bijak bijak jangan pula anggap yang Tun Mahathir cakap itu satu fakta sebaliknya anggap saja satu sindiran untuk Bapak Bapak Menteri yang bijak..Garu-garu kepala, siapa yang popular...Tok Najib atau BN yang popular?

3 comments:

  1. Salam brader jebat...mmg apa yg sdra sebut itu kelihatan benar....apa masalahnya ?

    Dah tu ada pulak menteri buat kenyataan umum yg akhirnya sakitkan Tok Najib...semacam tiada kawalan...agaknya ini bayangan bala yg lebih besar akan sampai

    Agaknya kita pun tidak boleh mendahului Allah tetapi kena waspada & kaji diri juga

    ReplyDelete
  2. Sebagai suatu peringatan kepada semua bahawa yang bijaksana hanya Allah..

    ReplyDelete
  3. Elizebeth sanggup duduk di tempat awam hanya membantu mendaftar pengundi baru. Menteri UMNO hinga kerantin tak nampak kelibat. Hendak ke remaja Cina mengundi BN? Sedangkan pelajar-pelajar universiti dah di racun fikiran mereka oleh pensyarah-pensyarah yang berfahaman kiri.

    agbr47: Melayu yang menghancurkan Melayu.

    ReplyDelete