Monday, June 14, 2010

Asyiknya Melayu

Sudah agak lama aku tidak menukilkan apa apa di ruangan ini...Sejak selesai pilihanraya kecil Sibu, aku mengambil pendekatan untuk menjadi Melayu yang tidak bersuara kerana di luar sana sudah terlalu banyak Melayu yang bersuara biarpun bersuara semata mata untuk menoreh hati Melayu lain hanya kerana mengejar kuasa.

Kembali untuk membangkitkan semangat, aku mengambil keputusan untuk meninjau keadaan semasa persidangan di Parlimen hari ini. Mudah mudahan selepas kata sepakat diperolehi oleh ahli ahli Parlimen Melayu dari PAS dan UMNO berhubung kecaman terhadap kekejaman Israel, amat besar harapan aku untuk terus melihat pimpinan Melayu UMNO dan PAS bersatu atas nama Melayu. Mungkinkah akan ada harapan ke arah itu?

Meleset dan kembali membangkitkan rasa gelora aku bilamana semasa persidangan Parlimen tadi, Melayu terlalu angkuh menghentam Melayu. Melayu PAS terlalu angkuh dan bangga diri bila dapat menghentam pimpinan UMNO yang pastinya adalah Melayu. Tidak pulak ada kedengaran Kit Siang menghentam Soi Lek, tidak ada pulak dengar Karpal menghentam Samy Vellu. Yang ada cuma Melayu hentam Melayu.

Seakan menjadi satu budaya baru sekarang ini, setiap kali menyebut perkataan kerajaan dari mulut pimpinan pembangkang, yang disebut ialah : Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Apa yang perlu disebut perkataan tersebut? Mudah..sejak dari dulu..Barisan Nasional kuat dan utuh kerana UMNO..Pakatan masih belum mampu merobek Barisan Nasional kerana adanya UMNO..Menyedari akan perkara pokok itu tentulah untuk merobek Barisan Nasional perlulah digoyahkan UMNO sebagai akar tunjang..Runtuh UMNO..runtuh Barisan Nasional..dan Melayu PAS perlu sedar sekiranya runtuh UMNO maka runtuhlah Melayu..Segagah mana PAS boleh mempertahankan Melayu? Nuar Berahim mencadangkan agar Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri..PAS kelu tak bersuara..Melayukah PAS? Hukum hudud yang mahu dilaksanakan PAS sudah boleh dianggap sebagai lagenda..Mana asasnya PAS memperjuangkan Melayu Malaysia?

Suka aku bertanya kepada pimpinan PAS...dalam Barisan Nasional mungkinkah semuanya cuma UMNO yang silap?Maksumkah pimpinan MCA, MIC dan maksumkah pimpinan PKR dan DAP sehingga seperti tidak tampak cacat celanya dan tidak langsung boleh ditegur? Mungkin PAS terlupa bahawa dulunya Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu...tentunya PAS kenal mana yang Melayu dan mana yang mengkudakan Melayu...

2 comments:

  1. Oleh kerana sikap dendam kesumat yang teramat sangat di dalam jiwa pemimpin PAS maka mereka buta kepada bangsa lain yang memperkudakan mereka.

    Will scroundrels be fair in their probe?

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya melayu PAS dan melayu UMNO tidak akan bersatu melainkan di haramkan parti PAS dan PKR

    ReplyDelete