Kalau dulu penuh bangga orang Melayu menyebut perkataan inilah Tanah Melayu..hari ini orang orang Melayu sendiri yang mula menghukum Melayu. Entah di mana silapnya bila Melayu lupa bahawa Melayu cuma tinggal kuasa. Kalau hendak dibandingkan kuasa ekonomi Melayu dengan bangsa lain mungkin Melayu sudah tidak terjangkau untuk mencapai apa yang orang lain capai. Kalau ada pun Melayu yang berdaya saing di dalam ekonomi, semuanya hanyalah dengan bantuan kerajaan yang tuannya Melayu.
Baik dari kontraktor kelas A hinggalah ke kelas F Melayu, majoritinya hidup dengan tender tender kerajaan. Kalau tidak mungkin dah lama gulung tikar. Dengan hanya kemampuan itu sahajalah Melayu masih bernafas, itupun ada Melayu yang tak sedar diri dengan apa yang telah kerajaan Melayu buat untuk Melayu.
Beberapa siri pilihanraya kecil sebelum ini jelas menampakkan bahawa Melayu sudah tidak lagi mempunyai kuasa penentu undi kemenangan. Apa tidaknya, Melayu sudah terpecah tiga..UMNO, PAS dan PKR. Itu belum lagi mengambil kira Melayu yang tanpa segan silu mengibar bendera roket. Lihat sahaja bagaimana melimpah ruah rezeki kaum lain bila adanya pilihanraya kecil. Bukan soal ratusan ringgit tetapi mencecah kepada angka jutaan ringgit. Walhal Tanahnya Melayu dan pimpinannya juga adalah Melayu. Tetapi Melayu terpaksa merayu untuk mendapat kuasa di tanahairnya sendiri.
Yang tinggal hanyalah kampung kampung Melayu. Itupun ada kampung Melayu yang hendak diserahkan kepada bangsa lain untuk dimajukan. Mungkin kerajaan Melayu sudah lupa dengan peribahasa ' seperti Belanda dapat tanah' dan peribahasa 'sikit sikit lama lama jadi bukit'. Mungkinkah akan runtuh bukit Melayu?
No comments:
Post a Comment