Monday, July 5, 2010

PERKASA: Ekstrimis celaka?

PEMUDA MCA SELAR PERKASA:EKSTRIMIS CELAKA INI PATUT DI TAHAN ISA

Kenyataan yang di atas tu bukan aku atau atuk aku yang cakap dan tulis tapi aku terbaca di http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10909 Kau orang boleh klik untuk baca lebih lanjut.

Kalau ye pun marah sama Ibrahim Ali dan PERKASA takkan sampai nak keluar perkataan celaka. Bagi orang Melayu perkataan celaka tu satu perkataan yang cukup menyakitkan halwa telinga bila didengar.

Kenapa harus Pemuda MCA mengeluarkan kenyataan terbuka yang jelas akan memporak porandakan. Kenyataan Ibrahim Ali adalah bersifat pandangan peribadi dan tidak seharusnya Pemuda MCA melenting secara terbuka. Jika Pemuda MCA mahukan supaya kerajaan mengambil kira sensitiviti Pemuda MCA, maka sewajarnya Pemuda MCA juga mengambil kira sensitiviti di dalam penggunaan bahasa. Tidakkah secara matangnya di dalam politik, Pemuda MCA menggunakan pendekatan perbincangan bersama Pemuda UMNO untuk menasihati PERKASA jika sekiranya PERKASA di dapati bersalah di dalam mengeluarkan kenyataan.

Apa yang Pemuda MCA lakukan ini hanya akan menambahkan kejengkelan rakyat terhadap Barisan Nasional. Sama ada Pemuda MCA sedar akan keadaan ini atau tidak, tidaklah kita ketahui. Hakikatnya tidak salah jika Pemuda MCA mempertahankan ketuanya tetapi biarlah dengan perkataan yang sempurna..soalnya sehingga ke hari ini..kita masih belum nampak Pemuda UMNO mempertahankan UMNO. Siapa yang separuh masak?

2 comments:

  1. memang tak boleh harap langsung KP Umno aka si Kitol

    ReplyDelete
  2. PAYAH LA KLU DPT K.P LONGLAI BEB!. BILA KEPALA ORG MELAYU KENE PIJAK2 OLEH BANGSA LAIN, DH XDE SAPE BLH DI HARAPKN KECUALI PERKASA

    ReplyDelete