Wednesday, July 21, 2010

UMNO PAS: Kena ada syarat ke?

Aku pun heran bila nak buat kerjasama antara UMNO dan PAS kena ada syarat. Soalnya ikhlas ke nak buat kerjasama ni?Kerjasama untuk orang orang Melayu ke kerjasama apa sampai nak bersyarat-syarat.

Sampai orang perantara untuk kerjasama pun nak dipertikaikan. Kalau Mufti Perak dikatakan tak relevan jadi orang tengah siapa pulak yang layak?Kapal, Khalifah Guan Eng atau Mokhtar?

Sepatutnya kerjasama untuk memperjuangkan nasib orang orang Melayu ni ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Orang Melayu dah macam lemas dengan politik orang orang Melayu sendiri. Padahal tuan punya tanah adalah orang orang Melayu tapi Melayu seakan minoriti dalam negara sendiri. Sapa punya pasal?Orang politik punya pasal sampai Melayu pecah belah masuk longkang.

PAS jangan ingat orang UMNO tak Islam pulak..Jangan ingat baiah hanya ada dalam PAS..Orang Melayu dalam konteks Malaysia adalah orang Islam dan sebagai orang Islam baiahnya adalah sama iaitu dua kalimah syahadah. Jadi apa beza orang Melayu PAS dan orang Melayu UMNO?

Sekarang aku pulak nak letak syarat pasal kerjasama UMNO PAS ni. Syaratnya UMNO PAS perlu bekerjasama untuk memperjuangkan nasib orang orang Melayu tanpa syarat.Kalau bersyarat baik tak payah kerjasama macam badan koperat pulak bersyarat-syarat..Kalau koperat aku faham lah pasal kejar keuntungan..Ke dia orang pun sama je???

2 comments:

  1. TU KEJESAMA YG X PNH BUAT KEJE SAMA2 BROO..SEBLAH PIHAK KATA NAK..SBLAH PIHAK LG KATE X NAK..JGN MENGHARAP SGT BEB. SAMPAI AYAM BEBINI KUCING LA KITA KENE TUNGGU! HUHUHU

    ReplyDelete
  2. Laaa..dulu bukan ker sekali PAS dah tolong UMNO?? Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO hanya mencari PAS pabila sudah terdesak...Habis manis sepah di buang... Aku sokong kata-kata Nik Aziz, Bangsa tidak boleh membawa manusia ke syurga Allah.. Hanya Islam yang membawa manusia ke syurga. So dari dulu lagi (zaman Allahyarham Fadzil Noor)dah kata, kalau UMNO sanggup mengubah dasar dari dasar kebangsaan kepada dasar Islam, PAS sanggup bubar dan beserta dengan UMNO. Bertahun-tahun PAS dok tunggu, bayangan ISLAM dalam UMNO masih kabur. Hatta Presiden UMNO sendiri tak mampu mendidik isterinya ke arah jalan yang mendapat keredhaan Allah, cam mana nak pimpin negara Islam????

    ReplyDelete