Agak bodoh kalau tuan rumah terpaksa meminta izin tetamunya untuk tidur di bilik tidur utama. Agak bodoh bila tuan punya tanah kena minta izin penyewa tanah untuk melihat geran tanahnya. Tuan tanah kedaung yang bodoh atau diperbodohkan?
Namanya Tanah Melayu..Yang tuan punyanya adalah Melayu. Kalau dulu masa pilihanraya..kuasa undi Melayu menjadi kuasa penentu tetapi hari ini Melayu melukut di tepi gantang apabila terpaksa merayu rayu kepada bukan Melayu untuk memberi undi kepada Melayu. Mana perginya Melayu. Terpecah 3 kerana semua gila pada kuasa, mabuk pada tuntutan duniawi sampai terlupa pada perjuangan bangsa dan memartabatkan bangsa. Inilah akibatnya bila Melayu tak sedar diri dan meroyan mengejar kuasa.
Kalau rosaknya Melayu bukan kerana orang lain tetapi akibat khianat Melayu sendiri. Jangan esok dah terbenjol baru riuh nak tengadah. Melayu dah lupa akan sejarah, Melayu dah tidak cinta pada datuk neneknya. Yang Melayu kemarukkan adalah kuasa. Pergi jahanam dengan bangsa, pergi jahanam dengan kedaulatan..Itu pegangan Melayu sekarang. Apabila yang bukan Melayu bertepuk tangan melihat Melayu terpecah, ada pula Melayu yang bangga kata Melayu yang lain kafir dan sesat. Bangsatkah Melayu?
Kalau macam nilah cara Melayu..Pasti Melayu akan jahanam..Kalau esok lusa anak cucu bertanya siapa yang rosakkan Melayu, kita jawab sahaja pada mereka bahawa Melayu yang jual Melayu.. Melayu jangan lupa yang Melayu inilah akan berdepan soal kubur, Melayu ini juga yang akan dibelasah di dalam kubur sampai terpekik terlolong, jangan pulak pada masa itu nanti masih nak kata aku Melayu yang tak sesat sedangkan ada Melayu lain yang lebih sesat. Terang BULAN pun rasanya nanti tak mampu nak menerangkan kegelapan kubur. Atas dunia...masih merasakan bahawa kudrat itu sendiri yang punya..lupa akan asal usul zat..Jadi tahi sembelit lah jawabnya.
Adakah di alam barzakh, masih nak di adakan jawatan Presiden dan Naib Naib Presiden..Kegilaan apakah ini?Sampai bila Melayu nak jadi bangsat?
SLM BRO...KETUANAN MELAYU DH SAMPAI KE PENGHUJUNG?..KEMUNGKINAN TU ADA. ITU PN KLU ORG MELAYU MASIH TIDO LG LAAA...ADOIYAIII
ReplyDeletecakap macam orang melayu yang bukan islam je. selagi Melayu menerima Islam sebagai hiasan saja maka melayu tak akan bersatu sampai bila-bila. Sedarlah! melayu UMNO yang mengamalkan SEKULAR masih bertelingkah maka Melayu harus Insaf hanya Islam yang dapat membawa perpaduan.
ReplyDelete