Thursday, July 29, 2010

Segala yang hebat ada di Melaka


Tahniah pada kerajaan negeri Melaka. Agak kagum bila negeri yang serba serbi kurang dari segi faktor alam yang boleh menyumbang kepada perkembangan ekonomi, Melaka masih gah di mata rakyat Malaysia. Melaka menjadi antara negeri termaju di Malaysia dan antara negeri penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Dari zaman purba sejarah, Melaka begitu tersohor di mata dunia hingga menyebabkan menjadi 'ayam buruan' para penjajah. Pun begitu, rakyat Melaka bermati-matian mempertahankan Melaka. Kalau tidak kerana pembelot yang datang ke Melaka, nescaya Melaka masih gagah hingga ke hari ini. Kalau ditanya rakyat Melaka betapa cintanya pada Melaka, pastinya akan keluar perkataan SEGALANYA UNTUK MELAKA.

Siapa yang lupa kehebatan Tun Tuah memperdaya Tun Teja, kehebatan Tun Tuah merampas Taming Sari, darah kehebatan itu diteruskan oleh pimpinan-pimpinan Melaka pada hari ini. Siapa yang tidak kagum dengan kehebatan Dato' Seri Ali Rustam. Tidak dibenarkan bertanding, tapi masih menunjukkan taat setia pada parti. Siapa yang tidak berasa sedih dengan setianya YB Datuk Idris Haron terhadap parti biarpun cuma menduduki jawatan Timbalan Menteri untuk seketika? Tidakkah Melayu di negeri lain ingin mencontohi Melayu Melaka?

Di sebalik kekurangan faktor alam semulajadi untuk menjana ekonomi, Melaka sudah ada Lapangan Terbang Antarabangsa, kadar pengangguran sekitar 1.3% sahaja, sudah ada limpahan hotel hotel bertaraf 6 bintang, akan ada monorel yang menjadi pengangkutan awam..ini semua bukti kehebatan Melayu Melaka. Tidakkah Melayu di negeri negeri yang lebih besar dan kaya dengan alam semulajadi mencontohi Melaka?

Taatnya Tun Tuah pada rajanya..begitulah taatnya rakyat Melaka pada Ketua Menterinya. Ahli UMNO Melaka memberontak bila Tok Ali tidak dibenarkan bertanding, tapi Tok Ali jua yang mententeramkan rakyatnya.

Mudah-mudahan Melaka akan terus harmoni dan terus gemilang...SEGALANYA UNTUK MELAKA!

1 comment: