Monday, April 19, 2010

Hulu Selangor :Apa beza pernah minum dengan sudah berhenti minum?

Azmin Ali cabar BN untuk buktikan Zaid kaki botol? Pada asasnya, kita tidak perlu melayan cabaran si Azmin ni kerana hanya buang masa. Bila semalam Zaid kata yang dia memang pernah minum bahawasanya keadaan dan ketika minum itu diperakui oleh tuan punya badan. Seharusnya Azmin tanya pada si Zaid sendiri. Ke Azmin ada rasa segan silu nak berdepan empat mata dengan si Zaid yang diibaratkan seperti anak emas baru di dalam Pakatan?

Sebenarnya, cabaran Azmin ni ada udang yang tersembunyi. Azmin sudah ketinggalan bas di dalam Pakatan sejak kehadiran Zaid yang diwar-warkan akan menggantikan Nuar sekiranya apa-apa terjadi pada Nuar hasil perbicaraan kes liwatnya dengan Saiful. Keduanya, Azmin akan dilihat hero kepada Pakatan sekiranya tidak dapat dibuktikan kepada umum oleh BN bahawa Zaid memang pembotol tegar kerana isu botol ini amat merungsingkan Pakatan menjelang detik pembuangan undi pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 25hb ni. Jelas, Azmin mempunyai kehebatan bermain permainan serampang dua mata bilamana kedua-dua keadaan yang menangnya adalah AZMIN.

Ini politik dan bukan permainan silap mata. Dalam politik keadaan lebih handal berbanding permainan silap mata. Politik adalah suatu keadaan di mana memungkinkan yang mustahil. Jika isu botol ini mahu dibuktikan bermakna kita cuma memenangkan Azmin. Ini soal menanamkan persepsi rakyat terhadap isu. Sehingga ke hari ini, tidak ada gambar yang jelas yang membuktikan bahawa terlibatnya VVIP BN dengan perempuan Mongolia. Justeru, apa yang Zaid katakan bahawa dia sudah berhenti minum maka DETIK DAN KEADAAN DIA PERNAH MINUM ITU WUJUD.

Soal minum adalah soal minum. Mungkinkah bila berdepan dengan Allah kelak akan keluar perkataan 'ah itu dulu tapi aku dah berhenti minum'? Jadi soal politik tidak akan dapat mengatasi kekuasaan Allah. Apa perlunya dilayan cabaran Azmin yang hanya akan memenangkan Azmin. Kalau itu menjadi persoalannya...kita minta Azmin untuk mencabar Zaid untuk bersumpah untuk menafikan yang dia tidak pernah minum tetapi rasanya keadaan itu barang mana mungkin kerana BOSS AZMIN YANG SEMAKIN MELUPAKAN AZMIN PUN SAMPAI KE HARI NI TIDAK ANGKAT SUMPAH MENGATAKAN YANG DIANIAYA BILAMANA DITUDUH MELIWAT SAIFUL. Sampai bila kita mahu menafikan kehebatan mukjizat yang MERUPAKAN SEBAIK-BAIK HAKIM...Ini soal akidah.

9 comments:

  1. Ini lah masalahnya kalau jahil. Fahamkan dulu erti sumpah dalam perspektif Islam. Kenapa Anwar tak sumpah? Tanyalah Qardhawi yang melarang Anwar bersumpah.

    ReplyDelete
  2. Kenapa nak tanya Qardawi apa ulama di sini tak tau hukum dan sejak bila pula kiblat dah bertukar ke Qardhawi atau bila dah nak mampus baru nak cari ulama tersohor tetapi sebenar nya itu lah alasan orang yang terdesak.

    ReplyDelete
  3. Aku pelik ler, ulamak kat malaysia takde ke yg asyik nak dok refer qardhawi ni? qardhawi tu nabi ke sampai pendapat dia tak boleh disanggah?

    ReplyDelete
  4. Kita sebenarnya tak pernah dengar secara live pun apa yang Qardhawi cakap pasal kes Nuar Berahim. Entah ye entah tidak..cuma Nuar Berahim je yang kata Qardhawi sokong dia. Dalam Islam adalah tidak adil jika kita cuma mendengar sebelah pihak. Apa kata kita sarankan agar Saiful dibawa berjumpa dengan Qardhawi. Kalau boleh kita suruh kedua-duanya bersumpah di depan Qardhawi. Soalnya beranikah Nuar? Mesti sejuta alasan yang Nuar berikan. Atau cara yang mudah kita suruh Nuar bersumpah di masjid dengan menjunjung Quran. Aku nak tanya adakah Quran di Malaysia lain isi kandungannya dengan Quran di negara lain. Adakah mengucap dua kalimah syahadah di Malaysia juga lain jika dibandingkan di tempat-tempat lain? Adakah di dalam kubur nanti, malaikat akan menyoal dengan bahasa arab?Bagaimana dengan saudara anon 2.33 yang tidak tau berbahasa arab?Soalnya kembali kepada asas Islam: AJARAN DAN HUKUM ISLAM ADALAH SAMA DI SELURUH DUNIA. SYURGA DAN NERAKA JUGA ADALAH KETENTUAN ALLAH DAN ATAS DASAR APA YANG NIK AZIZ BOLEH MENJAMIN MASUK KE SYURGA? SAUDARA ANON 2:33..ADAKAH TENTU SAUDARA AKAN MASUK KE SYURGA?

    ReplyDelete
  5. hari ini dalam sinar keluar kenyataan Nik Aziz sokong pada Zaid...Pada masa dulu pernah Nik Aziz cakap, pada Tuaku Abdul Rahman suruh dia samak sebab Dr Mahathir salam tangan Tuaku Abdul Rahman.Sekarang ni Nik Aziz salam tangan Zaid Ibrahim kaki minum,kaki pompuan....hahahaha...(Kena Balik)

    ReplyDelete
  6. Kalau hukum islam sama di mana sahaja, mengapa kerajaan BN tak laksana Hudud macam di Arab Saudi?

    Kenapa Pemimpin Islam Malaysia (PM DSNajib) tak laksana Islam pada keluarganya, terutamanya rambut mengerbang rosmah tu?

    Islam Malaysia, isteri PM boleh cium pipi Jantan lain, ish... apa hukum islam yang patut kita kenakan pada isteri PM?

    Ha..ha... itulah Islam BN...islam UMNO.... Islam jahil hipokrit... mempergunakan nama Islam.... keh..kehh...kehhh

    Ulama Islam Mashitah pakai tudung makin lama makin pendek, menonjol dua bukitnya...., bibir merah menyala... hehehe... ISLAM UMNO...

    ReplyDelete
  7. Jangan terlalu menilai orang dari segi luaran...Bahkan untung nasib saudara di akhirat kelak pun belum tentu mana halatujunya..Tidak ada yang terjamin masuk ke syurga melainkan cuma omongan Nik Aziz berhubung undi PAS masuk ke syurga. Soal menjalankan hukum hudud di Malaysia...saudara kena mentarbiahkan saudara sekutu PAS, Karpal Singh..PAS sendiri tidak mampu menahan asakan berhubung hukum hudud..Dan saya sendiri masih ternanti-nanti bila Kelantan hendak melaksanakan hukum Hudud. Jangan sekadar suka mengintai-intai kesalahan orang lain kerana kelak kesalahan saudara turut diintai semasa di akhirat.

    ReplyDelete
  8. Kalau dulu sebut hudud, Karpal kata "langkah mayat aku dulu". Setidak-tidaknya, skrg ni PAS berjaya sedikit demi sedikit melembutkan hati golongan kafir ni. Cuma tunggu UMNO jer berubah. Teringat suatu ketika dahulu, UMNO @ BN mempersendakan hudud dengan propaganda "Sup Tangan". Paling hina, persendaan itu datangnya dari UMNO @ Islam sendiri.

    ReplyDelete
  9. Hehehe...seingat aku belum ada puak DAP masuk Islam dengan cara PAS mentarbiah mereka..yang ada cuma PAS dikudakan DAP..itu yang jelas..

    ReplyDelete