Wednesday, April 7, 2010

Hulu Selangor:Mari kita bertenang

Kau orang tentu ingat cerita P.Ramlee 'Seniman Bujang Lapok'..masa screen test tu Aziz Satar ada cakap 'wah..betul punya marah orang tu'..Macam tulah kisah di Hulu Selangor sekarang ni..Rata-rata sahabat bloggers dan UMNO Hulu Selangor marah dengan keputusan Najib yang mengumumkan kerusi di Hulu Selangor akan dikekalkan untuk MIC. Sampai ada yang tergamak kata Najib dengan kata-kata yang tak sepatutnya.

Ini yang aku pelik..sebagai ketua Najib berhak membuat keputusan. Rata-rata bloggers sudah beri pandangan dan cadangan tentang calon di Hulu Selangor ni tetapi kenapa bila Najib buat keputusan ramai yang hendak melenting dan melolong macam orang di rasuk hantu.

Untuk orang UMNO..ingatkah lagi dengan slogan 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'? Mana setia tuan-tuan dan puan puan pada pemimpin tuan-tuan dan puan-puan? Tidakkah boleh bertenang dengan keputusan yang Najib ambil?Apakah hanya kerana pandangan tuan-tuan dan puan-puan tidak didengar maka haruslah beralih kiblat? ADAKAH SEORANG AYAH HARUS DISALAHKAN SEKIRANYA MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TERBAIK UNTUK ANAKNYA BIARPUN KEPUTUSAN ITU TIDAK SELARI DENGAN KEHENDAK DAN KEMAHUAN ANAKNYA? KEPUTUSAN SEORANG AYAH HANYA AKAN TERBUKTI BAIK UNTUK ANAKNYA DIKALA ANAKNYA SUDAH BESAR DAN BERJAYA DI DALAM HIDUP.

Susah ke untuk kita bersatu di dalam ketika kita menghampiri detik pembuangan undi di Hulu Selangor? Mengapa harus kita bersorak marah dengan keputusan Najib yang memberi ruang kepada Fuckatan mentertawakan kita? Tidakkah kita sedar...Zulkifli Nordin dipecat dari parti kerana menghentam dasar dasar kawannya di dalam parti...Adakah pemecatan Zulkifli ini dihentam oleh blogger-blogger sebelah sana?Adakah suara-suara dari pencacai Fuckatan yang menghentam Fuckatan dengan tindakan ini? Semua orang tahu bahkan kita jugak tahu, tidak ada pencacai Fuckatan yang menghentam parti mereka sebaliknya mengatakan tindakan parti mereka memecat Zulkifli adalah tindakan yang betul?

Jadi secara warasnya kita mesti menyokong tindakan Najib..Kita harus percaya tindakan Najib itu dibuat setelah memikirkan semasak-masaknya...Hulu Selangor dan UMNO Hulu Selangor...bertenanglah..mari kita kembali kepada matlamat asal...

9 comments:

  1. Tengok muka samy tak malu dan pelirniavel pun saya sudah cukup menyampah macamana saya nak sokong.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya kita kena faham dengan Najib yang tersepit..Antara amanah dan nafsu yang meluap-luap..Amanah kerana Najib merupakan Presiden kepada parti yang mementingkan setiakawan dan perjanjian yang terdahulu..Nafsu pulak nafsu orang Hulu Selangor yang mahukan calon UMNO..benarlah Najib tersepit..Pilihan yang pasti menggusarkan Najib..Kita tidak hanya boleh melihat kepada Hulu Selangor bahkan kita kena melihat kepada seluruh negara..apakah pandangan rakyat di tempat lain sekiranya Najib menidakkan amanah yang dipikulnya?Sama-samalah kita bertenang..kalau ikutkan hati saya juga mahukan seperti yang saudara mahukan tetapi setia dan ke dilemaan pemimpin kita haruslah sama kita fikirkan...

    ReplyDelete
  3. baguslah kalau macam tu... macam mana masa kalah kelmarin, MIC, GERAKAN dan PPP nak keluar dari BARISAN? Pengumuman Najib ni sebenarnya nak pujuk depa supaya setia ya?

    Kalau inilah gaya pujukannya, jawabnya tak lama lagi, Melayu Malaysia sama lekehlah dengan Melayu Singapura.. selamatlah dengan semangat setiakawan yang KONON-KONONNYA TU!

    ReplyDelete
  4. Salam cucu tok wan...ada benar apa yang suadara cakapkan..dan macam yang seperti yang saya cakapkan..jauh dari kecil hati saya..saya juga punya kemahuan yang mendalam agar diletakkan calon UMNO di Hulu Selangor...tetapi keputusan yang Najib buat haruslah kita hormati..dan kita tidak punya banyak pilihan selain dari membantu parti khususnya Najib..memang saya juga agak kecewa dengan keputusan Najib tetapi saya cuba bertenang dan fokus kepada matlamat..apapun terima kasih cucu tok wan..moga jangan ada retak sesama kita..

    ReplyDelete
  5. bro jebat...

    tapi suara dan denyutan grasrott tu yang paling penting...

    nanti DS Najib kemana, UMNO pun kemana..
    orang dok sokong perkasa pulak..
    masa tu, presiden BN pun x leh kata apa.

    just my 2 sen...

    ReplyDelete
  6. Bro Jebat,
    Ini ke "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" ? Takpelah kalau ini caranya kita tengok P94 ni rakyat akan bersuara supaya didahulukan. Asyik mengalah & setiakawan pun tak guna juga kalau kawan tak setia. Bak kata mat salleh, "A friend in need is a friend indeed" which is tak nampak pun muka diorang ni bila UMNO memerlukan sokongan dari "kawan yang setia" dalam BN. Kiranya nak jaga hati sekutu, hati rakyat digilis hancur dengan batu? Takpe atas kertas undi nanti kita tau! Remember, to the decision maker, they have not so much to lose, becoz it's just another seat (sbb tu buat decision main-main), tapi untuk rakyat kecik macam kita, we'll be losing all in either way. So, alang-alang menyeluk pekasam, biarla sampai ke pangkal lengan. Kalo dah 2-2 calon parti pun tak bleh diharap, baik kita bedal aje..all in all suara rakyat takde sapa pun yang nak dengar!!

    ReplyDelete
  7. Salam sahabat-sahabat yang menghantarkan komen di sini berhubung calon di Hulu Selangor..Ada benarnya apa yang sahabat-sahabat katakan..secara peribadi saya bersetuju dengan pandangan sahabat-sahabat semua..cuma sukar untuk kita terangkan hal ini kepada pucuk pimpinan..rasanya berminggu sebelum pengumuman ini dibuat kita telah berhempas pulas cadangkan kepada PM untuk meletakkan calon UMNO di Hulu Selangor..bahkan sampai keluar gelaran AKU (asalkan UMNO) di blog2 sahabat2..tetapi apakan daya kita bila PM mengambil langkah sebaliknya..apa yang mampu kita buat pada masa ini banyaklah bersabar..dan jangan sampai kita membelakangkan matlamat perjuangan kita..salam perjuangan dan terima kasih pada sahabat2..

    ReplyDelete
  8. bro gua rasa najib nak tengok sejauh mana MT dan timbalannya ikhlas bekerja untuk dia...sb tu najib letak MIC juga.gua tgk PM ngan Tpm lain macam ja...macam tak sebulu.

    ReplyDelete
  9. bro jebat,

    kami yang dok di bawah nie, x patut disalahkan bila da jika BN di takdirkan kalah.
    Ini kerana di pucuk itu sendiri gagal memahami atau menjiwai aspirasi di akar umbi.

    Mungkin lagi satu protes undi pada BN lagi sekali akan berlaku. Sekali gus membuktikan MIC sudah tidak relevan lagi.

    just may 2 sen.

    ReplyDelete