Elok benarlah kalau Dato' Razali mengetuai jentera pilihanraya untuk Pemuda BN di Hulu Selangor.Orangnya berbudi bahasa dan ketokohan beliau amat jelas dan tidaklah mustahil untuk beliau meraih sokongan pengundi muda di Hulu Selangor. Di dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang, Dato' Razali telah menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi di mana semasa kekecohan di Teluk Kemang pada malam sebelum hari pembuangan undi, Dato' Razali tetap setia dan teguh duduk di Command Centre yang tidak jauh dari tempat kekecohan itu berlaku. Sikap dan kepimpinan seperti inilah yang kita tagih dari seorang ketua (malangnya Naib Ketua) yang tidak lari meninggalkan anak-anak buahnya. Khabarnya ada Ketua Pemuda yang suka lari meninggalkan anak-anak buahnya. Sampai digelar Ketua Pemuda Pampers..Siapalah agaknya tu..
Apapun, kita sama-sama lihat bagaimana sokongan yang akan diterima oleh Dato' Razali daripada Ketua-Ketua Pemuda komponen BN yang lain.Jangan hanya sibuk minta kerusi untuk parti tapi malas nak turun padang buat kerja. Dah diberi kerusi sewajarnya turun padang dengan penuh semangat...MCA pulak macam mana?Dah ada Presiden yang baru takkan semangat masih nak ditahap lama..Kemelut dalaman MCA pun dah selesai..Apa lagi..Harap-harap tidak ada alasan untuk tidak membantu BN di Hulu Selangor. Kita tengok sajalah nanti berapa banyak bilik gerakan MCA dan MIC akan mewarnai Hulu Selangor..
p/s: Tadi aku ke Kuala Kubu Bahru nampak seorang pemimpin bukan Melayu parti yang tu sedang sibuk bercakap dengan jentera pilihanrayanya..Jenteranya pulak dari kalangan orang Melayu..Terhangguk-hangguk kepala jenteranya mendengar arahan dari pemimpin tuh..Eloklah..Melayu ramai yang macam ni..tanah tergadai pun tak apa janji hati puas..Melayu kan memang suka memberontak membuta tuli..
No comments:
Post a Comment