Monday, April 5, 2010

Hulu Selangor: Membuat cadangan tidaklah sesukar membuat keputusan

Selagi tak sampai tarikh 15 April di mana Timbalan Presiden UMNO akan mengumumkan nama calon yang akan diletakkan sebagai ayam sabung BN di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor selagi tulah banyak kepala yang mutar ligat mencongak siapa yang akan jadi calon. Ada yang menggesa UMNO meletakkan calonnya dan Presiden seumur hidup MIC pulak siang siang lagi dah pukul rebana kata MIC akan meletakkan calonnya kerana ianya satu tradisi. Jadi siapa yang handal menjadi nujum di dalam pemilihan calon ni? Secara sedar atau tidak kita membuka ruang pada puak sebelah sana..Esok masa kempen mesti puak sebelah sana akan guna isu ni..

Kita ambil pendekatan macam ni...Andaikata calon BN merupakan calon dari UMNO mesti puak sebelah sana akan bakar semangat kaum-kaum India di sana kata UMNO merampas kerusi tradisi dia orang..Andaikata calon yang kita ketengahkan merupakan calon dari MIC, mesti puak sebelah sana akan pukul canang pada pengundi Melayu kata Barisan Nasional tidak memperdulikan kemahuan pengundi Melayu..Ini yang jelas..Jadi kenapa mesti kita semua terikut-ikut dan membuka ruang kepada puak sebelah sana membelasah kita di dalam isu pemilihan calon ni?

Tadi aku mendapat perkhabaran dari kawan-kawan di Hulu Selangor..Khabarnya, 42 orang yang ada kedudukan di Hulu Selangor dah hantar surat permohonan kepada pucuk pimpinan supaya meletakkan calon UMNO di Hulu Selangor. Kenapalah mesti kita memeningkan kepala pucuk pimpinan..Susahlah kalau dalam perang ada ramai komander..Kalau dah ramai komander mesti berpecah belah segala bala tentera. Apa kata kita serahkan soal calon ni kepada Presiden Barisan Nasional untuk putuskan..Sebagai tentera, benar kita boleh mencadang tetapi keputusan akhir tetap datangnya daripada komander. Belum apa apa lagi Menteri Besar Selangor dah sahut kemelut yang melanda blogger-blogger yang sealiran kita. Dengan bangga dia kata PKR tidak akan terburu-buru memilih calon untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ni..Nampak sangat macam kita yang menghadapi masalah dalam memilih calon sedangkan PKR tenang-tenang sahaja. Mainan persepsi ni kan makanan dia orang jadi apalah gunanya orang mengantuk disorongkan bantal.

Sayugia..kepada sabahat-sahabat...kita serahkan soal pemilihan calon ni kepada Presiden..siapa pun yang beliau putuskan sebagai calon haruslah kita sambut dengan dada yang lapang..Yang hitam manis atau yang sawo matang...dacing juga menjadi penimbang...Membuat cadangan tidaklah sesukar membuat keputusan..Jangan ditambah beratkan kepala Presiden..

6 comments:

  1. Salam Jebat,

    Kawan setuju dgn artikel tuan ini...

    Kekadang kita kena juga berfikir, khususnya penyokong-penyokong UMNO, apakah UMNO hanya mahu mencapai kemenangan di P94 saja ?

    Tidakkah UMNO akan menghadapi p/raya yg paling besar di PRU13.... UMNO memerlukan sokongan serta kesetiaan parti-parti komponen dlm BN untuk menerajui kerajaan, bagaimanakah kalau parti-parti dlm BN yg mewakili kaum-kaum bukan Melayu sudah tidak yakin pada UMNO ?

    Kawan rasa sikap tamak, perlu dihindarkan dlm PRK P94.... renungilah... waima siapa saja yg dipilih, sikap setia kawan perlu kita pegang dan hurmati....

    Itu hanya pandangan kawan, kalau boleh diterima sahabat-sahabat semua yg cintakan UMNO...

    ReplyDelete
  2. aku sokong siapa saja calon BN...ORG2 melayu dah benci pakatan haramjadah..tgk al-juburi dah meluat... kaki penipu punya org...

    ReplyDelete
  3. mudah-mudahan pucuk pimpinan akan bijak membuat keputusan..terima kasih yang gambi

    ReplyDelete
  4. kalau lu the real mc coy of jebat, lu mesti agree dgn MIC as a candidate for P94 by-election. jebat..org umno dah terlebih makan tahi lah..

    ReplyDelete
  5. siapa pun yang Presiden Barisan Nasional putuskan sebagai calon gua setuju dan akan sokong habis-habisan..yang penting kemenangan mutlak milik Barisan Nasional..

    ReplyDelete
  6. saudara jebat yg hebat,
    artikel tuan hamba yg ke sekian kali pertama-tamanya ini dilihat amat molek, bernas, cerdik, bestari...yang pasti tiada unsur `munafiq'! alhamdulillah, semoga tuan hamba teruskan perjuangan suci untuk agama, rakyat dan negara. andai sekadar untuk Melayu sahaja..maka kufur munafiq lah sifatnya. dlm Islam tiada perjuangan yg berteraskan kaum..!dlm konteks Malaysia (negara Islam, pemerintah Islam, majoriti rakyat Islam - walaupun ramai yg kufur & munafiq) perjuangan mesti berteraskan NEGARA. ajak kengkawan kaji konsep negara secara halusi & selaraskan dlm perspektif Malaysia. insya-Allah tuan hamba diberi hidayah..Amin.

    ReplyDelete