Showing posts with label Presiden BN. Show all posts
Showing posts with label Presiden BN. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

Pesanan buat sahabat sahabat blogger


Semua teka teki berhubung pembubaran parlimen sudah berakhir.

Sekarang masa untuk kita 'berperang' melenyek lenyek kebejatan puak sebelah sana.

Bukan bidang kuasa kita untuk mempersoalkan siapa yang akan diangkat sebagai calon dan siapa yang bakal di gugurkan.

Siapa pun calonnya, kita pastikan kemenangan mutlak akan berpihak kepada kita.

Engkarnya kita bererti kita sedang mempersendakan dan menjadi sebahagian daripada perosak.

Bersedialah untuk dilabelkan sebagai pengkhianat sekiranya anda mengingkari perintah panglima perang kita, Presiden parti.

Sunday, January 16, 2011

Apabila Najib bersuara


Aneh tetapi kelakar pula bila membaca beberapa buah blog yang mula mempersoalkan kemampuan Najib di dalam soal memilih calon untuk menentang calon PAS di Tenang.

Apa yang tidak benar dengan kenyataan Najib yang mahukan calon yang boleh menang untuk diletakkan sebagai calon BN di Tenang? Ada pula yang mempersoalkan kemampuan Najib untuk melaksanakan hasrat beliau yang mahu meletakkan calon yang boleh menang kerana wujudnya dakwaan akan ada campur tangan daripada isteri beliau, Rosmah Mansor.

Sebagai Presiden parti bukan sahaja BN malah semua pimpinan parti akan meletakkan calon yang boleh menang sebagai calon..Ada ke pucuk pimpinan parti yang mahu meletakkan calon yang akan kalah sebagai calon? Mungkinkah PAS akan meletakkan Normala Sudirman sebagai calon di Tenang sekiranya PAS sudah mengetahui Normala akan kalah di situ?

Ada blog pula yang mendakwa bahawa isteri Najib akan menjadi penentu kepada soal calon yang akan diletakkan sebagai calon BN di Tenang. Di mana logik dakwaan blog sebegini? Kenalkah blogger tersebut secara peribadi kepada isteri Najib? Kalau setakat dengar-dengar elok lupakan saja dakwaan tersebut. Persepsi minda tidak akan dapat mengetahui apa yang sebenarnya sedang berlegar di kepala Najib. Bahkan minda yang sedang bermain di kepala orang yang hampir dengan kita pun sukar untuk ditelah. Apatah lagi minda di kepala Najib yang tidak pernah kita temui secara empat mata..Jangkaan atau telahan tidak selalunya betul.

Kepada blogger yang mempersoalkan kemampuan Najib inginlah kita bertanya..Hebat sangatkah mereka sampai mahu mempersoalkan kemampuan Najib yang telah terbukti berjaya..setidak-tidaknya berjaya menjadi Presiden parti bahkan menjadi Perdana Menteri..apa yang saudara boleh banggakan dengan diri saudara?

Cakap memang murah..Mengkritik lebih mudah dari membuat keputusan..

Monday, April 5, 2010

Hulu Selangor: Membuat cadangan tidaklah sesukar membuat keputusan

Selagi tak sampai tarikh 15 April di mana Timbalan Presiden UMNO akan mengumumkan nama calon yang akan diletakkan sebagai ayam sabung BN di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor selagi tulah banyak kepala yang mutar ligat mencongak siapa yang akan jadi calon. Ada yang menggesa UMNO meletakkan calonnya dan Presiden seumur hidup MIC pulak siang siang lagi dah pukul rebana kata MIC akan meletakkan calonnya kerana ianya satu tradisi. Jadi siapa yang handal menjadi nujum di dalam pemilihan calon ni? Secara sedar atau tidak kita membuka ruang pada puak sebelah sana..Esok masa kempen mesti puak sebelah sana akan guna isu ni..

Kita ambil pendekatan macam ni...Andaikata calon BN merupakan calon dari UMNO mesti puak sebelah sana akan bakar semangat kaum-kaum India di sana kata UMNO merampas kerusi tradisi dia orang..Andaikata calon yang kita ketengahkan merupakan calon dari MIC, mesti puak sebelah sana akan pukul canang pada pengundi Melayu kata Barisan Nasional tidak memperdulikan kemahuan pengundi Melayu..Ini yang jelas..Jadi kenapa mesti kita semua terikut-ikut dan membuka ruang kepada puak sebelah sana membelasah kita di dalam isu pemilihan calon ni?

Tadi aku mendapat perkhabaran dari kawan-kawan di Hulu Selangor..Khabarnya, 42 orang yang ada kedudukan di Hulu Selangor dah hantar surat permohonan kepada pucuk pimpinan supaya meletakkan calon UMNO di Hulu Selangor. Kenapalah mesti kita memeningkan kepala pucuk pimpinan..Susahlah kalau dalam perang ada ramai komander..Kalau dah ramai komander mesti berpecah belah segala bala tentera. Apa kata kita serahkan soal calon ni kepada Presiden Barisan Nasional untuk putuskan..Sebagai tentera, benar kita boleh mencadang tetapi keputusan akhir tetap datangnya daripada komander. Belum apa apa lagi Menteri Besar Selangor dah sahut kemelut yang melanda blogger-blogger yang sealiran kita. Dengan bangga dia kata PKR tidak akan terburu-buru memilih calon untuk bertanding di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ni..Nampak sangat macam kita yang menghadapi masalah dalam memilih calon sedangkan PKR tenang-tenang sahaja. Mainan persepsi ni kan makanan dia orang jadi apalah gunanya orang mengantuk disorongkan bantal.

Sayugia..kepada sabahat-sahabat...kita serahkan soal pemilihan calon ni kepada Presiden..siapa pun yang beliau putuskan sebagai calon haruslah kita sambut dengan dada yang lapang..Yang hitam manis atau yang sawo matang...dacing juga menjadi penimbang...Membuat cadangan tidaklah sesukar membuat keputusan..Jangan ditambah beratkan kepala Presiden..

Wednesday, March 31, 2010

Hulu Selangor:Kesetiaan ahli dan penyokong BN amat ditagih

Pilihanraya kecil Hulu Selangor bakal menyaksikan pertembungan antara kemahuan diri dan kesejahteraan parti. Kalau ikutkan hati dan nafsu yang melonjak..aku rasa dan hampir pasti semua di antara kita mahukan calon dari UMNO dinamakan sebagai calon di Hulu Selangor. Itu suara dan kemahuan hati. Tapi bila direnungkan dan setelah berbincang dengan ramai kawan..nampaknya kepentingan parti secara keseluruhan iaitu BN harus menjadi pegangan dan matlamat kita.

Kita harus bertanding di Hulu Selangor sebagai parti Barisan Nasional. Atas dasar setiakawan dan menjunjung tradisi yang telah tercipta kerusi di Hulu Selangor harus kita kembalikan kepada MIC. Itu tradisi. Dan di dalam keadaan politik sekarang yang tidak menentu, kita diasak oleh Pakatan dan kita tidak mahu kebuntuan dan kecelaruan ini terus melonjak dengan menidakkan kebolehan dan kerusi yang sememangnya disandang oleh MIC. Jangan hanya kerana kita teremosi kita melupakan semangat setiakawan yang telah terjalin. Jangan hanya satu kerusi Parlimen semangat setiakawan antara UMNO dan MIC tercalar. Secara adil, harus kita berikan ruang kepada MIC untuk membuktikan kepada kita semua bahawa mereka mampu membantu.

Matlamat kita yang utama jauh dari pilihanraya kecil Hulu Selangor adalah Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Itu fokus kita dan jangan sesekali kita lupakan. Di Hulu Selangor, kita perlu bergerak bersama-sama demi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional. Apapun barang perlu diingat bahawa secara komprominya kita kembalikan kerusi itu kepada MIC tetapi MIC haruslah membayar kepercayaan kita semua dengan meletakkan muka baru dan tidak lagi Datuk G. Pengorbanan haruslah dibayar dengan pengorbanan.

Semuanya terserah kepada kebijaksanaan Presiden BN di dalam membuat keputusan. Kita hanya mampu memberi pandangan. Aku harus kembali kepada matlamat asal iaitu Pilihanraya Umum ke 13. Aku tidak mahu 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran' dan aku tidak mahu 'sudah terhantuk baru nak tengadah'. 'Menarik rambut di dalam tepung' kita bergerak seperti aur dengan tebing kerana ular menyusur akan tidak akan hilang bisanya dan mengalah bukan kalah.

Kesetiaan kita semua sebagai ahli dan penyokong Barisan Nasional bakal teruji dan ditagih. Demi sebuah perjuangan atas nama Barisan Nasional kita sama sama pastikan kemenangan milik Barisan Nasional.