Sunday, January 16, 2011

Apabila Najib bersuara


Aneh tetapi kelakar pula bila membaca beberapa buah blog yang mula mempersoalkan kemampuan Najib di dalam soal memilih calon untuk menentang calon PAS di Tenang.

Apa yang tidak benar dengan kenyataan Najib yang mahukan calon yang boleh menang untuk diletakkan sebagai calon BN di Tenang? Ada pula yang mempersoalkan kemampuan Najib untuk melaksanakan hasrat beliau yang mahu meletakkan calon yang boleh menang kerana wujudnya dakwaan akan ada campur tangan daripada isteri beliau, Rosmah Mansor.

Sebagai Presiden parti bukan sahaja BN malah semua pimpinan parti akan meletakkan calon yang boleh menang sebagai calon..Ada ke pucuk pimpinan parti yang mahu meletakkan calon yang akan kalah sebagai calon? Mungkinkah PAS akan meletakkan Normala Sudirman sebagai calon di Tenang sekiranya PAS sudah mengetahui Normala akan kalah di situ?

Ada blog pula yang mendakwa bahawa isteri Najib akan menjadi penentu kepada soal calon yang akan diletakkan sebagai calon BN di Tenang. Di mana logik dakwaan blog sebegini? Kenalkah blogger tersebut secara peribadi kepada isteri Najib? Kalau setakat dengar-dengar elok lupakan saja dakwaan tersebut. Persepsi minda tidak akan dapat mengetahui apa yang sebenarnya sedang berlegar di kepala Najib. Bahkan minda yang sedang bermain di kepala orang yang hampir dengan kita pun sukar untuk ditelah. Apatah lagi minda di kepala Najib yang tidak pernah kita temui secara empat mata..Jangkaan atau telahan tidak selalunya betul.

Kepada blogger yang mempersoalkan kemampuan Najib inginlah kita bertanya..Hebat sangatkah mereka sampai mahu mempersoalkan kemampuan Najib yang telah terbukti berjaya..setidak-tidaknya berjaya menjadi Presiden parti bahkan menjadi Perdana Menteri..apa yang saudara boleh banggakan dengan diri saudara?

Cakap memang murah..Mengkritik lebih mudah dari membuat keputusan..

No comments:

Post a Comment