Friday, January 28, 2011

Tenang: Puncanya Ayam?



Sungguh terhutang budi aku dengan lagu nyanyian Jalil Hamid ni tentang ayam.

Banyak pengajaran yang boleh kita pelajari dari tabiee ayam:

Makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng yam....

Pengajaran dari ayat di atas: Kalau dah bersanding kepala teleng..ada kemungkinan menyebabkan anda akan bersanding lagi (kahwin barulah)

Makan tongkeng ayam nanti mulut tak reti diam..

Pengajaran dari di atas: Kalau mulut dah tak reti diam ada kemungkinan anda akan sibuk menawarkan diri menjadi calon wakil rakyat..

Kalau makan ajak-ajak ayam..

Pengajaran dari ayat di atas: Masyarakat harus berhati-hati dengan keadaan ini..ajak makan bersama semasa kempen pilihanraya saja..selepas itu..kau orang boleh makan tahi ayam dia akan makan peha ayam...

Kalau nak tidur..tidur-tidur ayam..

Pengajaran dari ayat di atas: Kalau nak tidur kenalah tidur dengan nyenyak kerana jika tidak anda akan dilanda penyakit DEPRESI atau KEMURUNGAN yang akan menyebabkan anda MC selama berminggu-minggu..(takpe kalau anda ada klinik milik sedara-mara)

Kalau tak nampak, itu rabun ayam..

Pengajaran dari ayat di atas: Untuk sesiapa yang ingin mengambil SPM penyakit ini harus dipandang serius oleh ibu bapa, jika tidak anak-anak anda akan gagal dalam MATEMATIK..mahukah anak melihat anak anda mendapat SAP?

Akhir kalam..Ayam punca jodoh dan ayam punca perceraian..Apa lah kau ni ayam..Sumbangan ayam pada sektor pertanian tetap ayam: KAU NI MEMANGLAH...TAHI AYAM!!!

Moral: Jangan guna nama Jebat Berkokok..kesannya anda akan amat mahir pada soal ayam..Gunalah nama GOMO untuk kesejahteraan kerana Menggomo isteri anda boleh mengelakkan penyakit depresi atau kemurungan.

Wallahualam...

2 comments:

  1. KEHKEHKEH MMG BEST BRO!!..MORAL OF THE STORY: JGN MKN AYAM BYK SGT. KANG TAK PASAL2 MLM2 BERKOKOK NAK MENGAWAN. SIANN LAKI CIKGU TU BANGUN PAGI MERENG SEMCM HUHUHU

    P/S - AKU SUKE MKN KEPAK AYAM JEK BROO

    ReplyDelete
  2. Bro Jeffry..aku pun suka makan kepak ayam..berminyak dan manis bro..melekit kadang2 kah kah kah..ayam mengawan waktu BULAN mengambang..

    ReplyDelete