Monday, January 17, 2011
Tenang: Antara realiti dan hipokrit
Sudah terang lagi bersuluh..CIKGU Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS di dalam Pilihanraya Tenang.
CIKGU..Jawatan yang membolehkan Normala mengkategorikan dirinya sebagai kakitangan kerajaan. Menyampaikan dasar kerajaan di dalam usaha memartabatkan anak bangsa.
Siapa yang membuat dasar? Tentunya kerajaan dan kerajaan itu adalah Barisan Nasional. Tetapi kiblat Normala ke mana arahnya?
Persoalan..berjayakah Normala menyampaikan dasar-dasar kerajaan yang telah digariskan di dalam Dasar Pelajaran Negara dan digubal oleh kerajaan Barisan Nasional jika kiblat Normala cenderung ke arah PAS?
CIKGU Normala juga pernah menggondol Anugerah Guru Cemerlang..Selama ini pimpinan Pakatan mendakwa bahawa seluruh anggota kerajaan didominasi dan mengikut telunjuk kerajaan Barisan Nasional. Tetapi dengan pencalonan Normala jelas membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional bukanlah hipokrit sehingga menafikan hak seseorang untuk memilih ideologi politik masing-masing biarpun seseorang itu adalah KAKITANGAN KERAJAAN.
Kerajaan Barisan Nasional bukanlah parti pimpinan yang buta dan tuli. Bukan kerajaan Barisan Nasional tidak tahu dan sedar bahawa Normala adalah orang kuat PAS tetapi atas dasar keterbukaan dan demokrasi kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil sebarang bentuk hukuman kepada Normala.
Bukan kerajaan Barisan Nasional yang memecat Normala tetapi beliau yang meletakkan jawatannya demi mencapai agenda politik yang cukup besar. Setelah bertahun-tahun lamanya Normala mengecap rezeki yang Allah kurniakan melalui kerajaan Barisan Nasional akhirnya hipokrit Normala terpancar jua. Mungkinkah Normala akan melepaskan jawatannya sebagai guru sekiranya tidak dicalonkan sebagai wakil rakyat?? Kenapa baru sekarang beliau melepaskan jawatan gurunya jika benarlah beliau merasakan dasar-dasar yang dibawa oleh Barisan Nasional sudah tergelincir dari landasan..Sekali lagi diulang soalan...KENAPA BARU SEKARANG???
Realitinya adalah untuk mencapai agenda politik yang besar dan hipokritnya adalah bertahun tahun bertopengkan dacing padahal di dalam hati merindukan bulan..
Jika pungguk merindukan bulan..biarlah dacing menjadi pengimbang sama ada rindu si pungguk adalah realiti atau hipokrit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
siapa kamu mempersoalkan tugas seorang guru...yng penting niat ikhlas untuk mendidik anak bangsa mengenal penciptaNya sudah cukup..itu antara dia dengan tuhan...you siapa???? Yng penting dia buat jujur tiada korupsi macam puak-puak umno dah rezeki halal...rezeki bukan umno yg bagi...
ReplyDeleteBenar rezeki bukan UMNO yang bagi..tetapi medium rezeki yang Tuhan berikan adalah UMNO. Tidak ada rezeki datang bergolek jika tiada usaha..dan usaha memartabatkan guru adalah UMNO..mungkin saudara pernah mendengar pepatah 'tidak mengenang budi'..Kita tidak membicarakan tugas guru di sini cuma kita mempertikaikan kenapa tidak mengenang budi???
ReplyDeletekalau 'kenapa tidak mengenang budi'??itu lagi sesuai utk kat puak-puak umno..siapa yng bagi rezeki Allah swt..dah berapa lama umno memerintah?sudah kah islam menjadi dasar pemerintah kini..sekurang-kurang di Kelantan, pas ada matlamat menjadikan islam sebagai dasar pemerintahannya..
ReplyDelete