Sunday, January 23, 2011

Tenang: Panas di Air Panas



Beli Tenggalan di kuala kota
Mari diisi di dalam raga
Biar BULAN terbit melata
Tak ada elektrik bergelap juga


Itu isyarat oleh penduduk dan pengundi di Kampung Air Panas untuk calon PAS, Cikgu Mala tak kenang budi.

Pantun itu dibacakan oleh Dato Mohamad Aziz, Ahli Parlimen Sri Gading. Untuk makluman pantun itu telah diberikan kepada Dato Mohamad Aziz oleh BILAL di kampung itu semasa Dato Mohamad Aziz sedang berucap.

Kata Dato Mohamad Aziz, bendera PAS yang banyak di kampung itu bukan dipasang oleh penduduk kampung itu tapi dipasang oleh orang-orang upahan PAS.

Cukup menarik bilamana orang-orang kampung Air Panas dengan terbuka menyatakan sokongan kepada BN dan mereka berterima kasih kepada BN yang telah banyak membantu meningkatkan taraf hidup mereka. Biarpun seribu janji yang PAS lemparkan kepada mereka tetapi seperti pantun yang disediakan oleh Tok Bilal di atas jelas mereka tidak akan terpengaruh dengan janji kosong PAS. Tahniah penduduk Kampung Air Panas.

Ketua UMNO Bahagian Seremban, Dato Sahak pula sanggup datang ke Air Panas semata-mata kerana tidak mahu penduduk Air Panas ditipu hidup-hidup oleh PAS. Dato Sahak berkata, kalau tidak kerana jasa daripada Barisan Nasional, rakyat Malaysia tidak mampu untuk hidup sejahtera seperti sekarang.

Dato Sahak menganggap calon PAS, Cikgu Mala sebagai tidak kenang budi kerajaan. Sudah bertahun makan gaji dan mengecap lain-lain kemudahan sebagai kakitangan awam tetapi akibat kerana mabukkan kuasa beliau telah melupakan budi kerajaan dan sekarang mahu membangkang dasar-dasar kerajaan. Memang Cikgu Mala tak kenang budi.

Dulu masa PAS mula-mula memerintah Kelantan kata Dato Sahak, Nik Ajis tidak mahu menghantar qariah ke tilawah membaca Al Quran kerana pada masa tu Nik Ajis kata suara wanita adalah aurat dan tidak boleh didengarkan kepada bukan muhrim.

Sekarang kerana politik Nik Ajis pusing 360 darjah dengan meletakkan perempuan iaitu Cikgu Mala, tak kenang budi sebagai calon. Bayang saja dalam ceramah yang pendengarnya juga terdapat lelaki tidakkah Nik Ajis mahu menyekat perkara ini? Dasar hipokrit.

Kepada rakyat Tenang, kalau nak memilih wakil rakyat, pilihlah yang ikhlas..Jangan pilih yang tak kenang budi dan yang hipokrit.


1 comment:

  1. Saya sokong artikel di atas.
    jika kita sokong orang yang tak kenang budi, jangan harap dia nak kenang budi kita yang menyokongnya.

    ReplyDelete