Saturday, January 15, 2011

Beranikah Anuar?


Belum sempat Nuar Berahim mendapat jawapan dari Najib berhubung isu debat ekonomi, Ummi Hafilda pula timbul mencabar Nuar Berahim untuk berdebat.

Kalaulah cabaran Ummi Hafilda yang hanya merupakan rakyat biasa pun Nuar Berahim tidak berani apalah sangat kemampuan Nuar Berahim untuk berdebat dengan Perdana Menteri.

Nuar Berahim harus menggunakan peluang ini untuk membersihkan namanya. Kita cadangkan kepada mana-mana stesen tv untuk menjadi penganjur kepada debat terbuka Ummi Hafilda dan Nuar Berahim. Kalau Nuar Berahim mahukan publisiti dengan keluar di kaca tv inilah masa yang sesuai..Dedahkan kepada rakyat Malaysia yang dia difitnah berhubung salah laku seks atau mungkinkah pekung di dada Nuar Berahim akan dihambur keluar oleh Ummi Hafilda yang khabarnya banyak mengetahui 'rahsia' Nuar Berahim.

Kalau Nuar Berahim tidak berani menyahut cabaran Ummi Haflida jelaslah siapa yang benar dan siapa yang salah. Berani kerana benar..kalau takut kerana apa pula? Salah?

Alangkah eloknya jika debat Nuar Berahim dan Ummi Hafilda ini dapat diadakan..Macam dalam cerita P. Ramlee...MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!!!

No comments:

Post a Comment