Showing posts with label Ummi Hafilda. Show all posts
Showing posts with label Ummi Hafilda. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

Beranikah Anuar?


Belum sempat Nuar Berahim mendapat jawapan dari Najib berhubung isu debat ekonomi, Ummi Hafilda pula timbul mencabar Nuar Berahim untuk berdebat.

Kalaulah cabaran Ummi Hafilda yang hanya merupakan rakyat biasa pun Nuar Berahim tidak berani apalah sangat kemampuan Nuar Berahim untuk berdebat dengan Perdana Menteri.

Nuar Berahim harus menggunakan peluang ini untuk membersihkan namanya. Kita cadangkan kepada mana-mana stesen tv untuk menjadi penganjur kepada debat terbuka Ummi Hafilda dan Nuar Berahim. Kalau Nuar Berahim mahukan publisiti dengan keluar di kaca tv inilah masa yang sesuai..Dedahkan kepada rakyat Malaysia yang dia difitnah berhubung salah laku seks atau mungkinkah pekung di dada Nuar Berahim akan dihambur keluar oleh Ummi Hafilda yang khabarnya banyak mengetahui 'rahsia' Nuar Berahim.

Kalau Nuar Berahim tidak berani menyahut cabaran Ummi Haflida jelaslah siapa yang benar dan siapa yang salah. Berani kerana benar..kalau takut kerana apa pula? Salah?

Alangkah eloknya jika debat Nuar Berahim dan Ummi Hafilda ini dapat diadakan..Macam dalam cerita P. Ramlee...MARI KITA TENGOK SIAPA YANG KENA!!!

Friday, December 17, 2010

Ummi Hafilda

Sudah agak lama tidak bersembang dengan Ummi Hafilda..Mungkin lebih dari 10 tahun..Mengenali Umi secara peribadi semasa di sebuah kolej di ibukota membuatkan aku yakin bahawa Ummi adalah seorang wanita yang tabah dan cekal.

Ummi yang aku panggil Kak Ummi memang seorang wanita yang berfikiran jauh dan penuh dengan wawasan. Kalau tidak silap aku, semasa di kolej lagi beliau telah bercadang untuk menubuhkan Karisma Advertising dan apa yang aku dengar syarikat beliau benar-benar telah ditubuhkan. Sejauh mana perkembangan syarikat itu aku sendiri tidak tahu, maklumlah sudah lama tidak berpeluang bersembang dengan wanita ini.

Ummi yang aku kenal adalah seorang wanita yang serius dan agak pendiam. Susah hendak bersembang dengannya kalau tidak kena pada topiknya. Mungkin aku yang melalut pasal usia baru setahun jagung dan topik yang aku tanyakan agak bodoh pada Ummi membuatkan Ummi cuma tersenyum. Budak hingusan bhai..!!!

Membaca pendedahan Ummi di Utusan Malaysia yang mahu Azmin bertaubat aku rasa Ummi tidak silap membuat percaturan. Ummi yang aku kenal adalah seorang yang berfikir banyak kali sebelum berkata sesuatu termasuklah ketika bertanya soalan kepada pensyarah. Ummi bukan seorang yang mahu dilihat bodoh dengan mengemukakan pendapat tanpa fakta dan asas.

Apapun aku percaya tentunya banyak rahsia yang terkandung di dalam kepala Ummi berhubung Nuar Berahim. Kita tunggu sajalah apa yang akan Ummi dedahkan seterusnya.

Salam ukhwah...