Saturday, January 29, 2011
Tenang: Selamat Mengundi
Kurang dari 12 jam daripada sekarang, rakyat Tenang yang berdaftar sebagai pengundi akan keluar menunaikan tanggungjawab di dalam memilih wakil rakyat mereka.
Setelah puas berkempen, jam 8 pagi sehingga jam 5 petang nanti akan menyaksikan siapakah yang akan dinobatkan sebagai YB bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang.
Bukan kepalang tanggungjawab yang diberikan kepada pengundi Tenang. Jika tersalah pilih wakil rakyat, seluruh rakyat Tenang akan pastinya ketinggalan dari arus kemodenan dan kemajuan Malaysia.
Intai-intailah sejarah kemerdekaan Malaysia..Nilai-nilailah siapa yang telah banyak berjasa kepada Malaysia termasuklah jasa kepada Tenang.
HARI MENGUNDI BUKANLAH MASA YANG SESUAI UNTUK MENCUBA MEMBUAT PERCATURAN DENGAN MENGAMBIL RISIKO KERANA RISIKONYA TERLALU TINGGI IAITU HARGA SEBUAH NEGARA.
BERDOALAH SEMOGA ANDA TIDAK TERMASUK DI DALAM SENARAI ORANG YANG MEROSAKKAN KEAMANAN NEGARA KITA YANG TELAH SEKIAN LAMA TERCIPTA.
DACING AKAN KEKAL SEIMBANG DAN BAHAYANYA BULAN JIKA DITIMPA GERHANA..
Labels:
BN,
Johor,
Malaysia boleh,
Negara,
Pilihanraya kecil Tenang,
UMNO,
UNDI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment