Friday, January 28, 2011

Tenang: Surat terbuka buat GOMO


Apa yang lu merapu papagomo.com/2011/01/ekslusif-18-sx-edisi-tenang-normala-kfc.html

Gua sebenarnya bukan tak chenta sama dia..gua cuma bosan makan ayam..Tiap kali dating dan sampai dah berumahtangga dia asyik kasi gua makan ayam..Sekali sekala gua nak jugak makan nasi lemak..

Setibanya gua di maktab, gua berkenalan dengan abang misai yang sudi temankan gua sekerap boleh..biarpun dia terpaksa ambil MC untuk tuang kelas..lagipun dia kacak dengan misai kucingnya. Ada kawan-kawan dia yang beritahu gua walaupun dia poyo tapi gua tak ambil port itu semua kerana memang gua dah bosan makan ayam..

Gua cuma nakkan seorang lelaki yang boleh bantu menjadikan gua calon..Menang belum tentu tapi tak apa, gua memang dah tak larat nak makan ayam. Lu bayangkan Gomo sampai bila gua nak makan ayam..takkan selepas bersara nanti gua nak ternak ayam pulak..Gua tak sanggup jika nanti anak-anak gua terpaksa makan ayam setiap hari. Laratkah kalau setiap pagi gua terpaksa makan roti telur ayam dan telur ayam setengah masak..Tengahari makan kari ayam..dan malam makan ayam lagi..Gua jemu Gomo..Lu cubalah faham.

Takkanlah kemahiran gua cuma perlu berkisar pada ayam..Lu bayangkan kalau dalam tempoh berkempen gua cuma boleh bercerita pasal ayam..Takkanlah peruntukkan yang gua dapat gua cuma mampu rakyat Tenang bina reban ayam? Sampai bila Gomo sampai bila?

Lu tahu Gomo..Gua sudah seakan badi dengan ayam..Kalaulah gua menang di dalam Pilihanraya ini gua tak mahu terbang seperti ayam..sekejap terbang dan kemudiannya jatuh..gua mahu jadi seperti burung..Lagipun daging burung lebih mahal berbanding daging ayam..

Di dalam ruang sesempit reban ayam ini..Ketahuilah Gomo bahawa gua bukan tak chenta sama dia cuma gua sudah terlalu alergik dengan ayam..Berdamailah kita Gomo dan gua takkan kedekut ilmu jika lu mahu mendalami ilmu ayam..

Tahniah Gomo dan kerjalah dengan iklhas di Tenang..Jangan buat-buat sakit dan minta MC walhal sebenarnya lu sihat..Ketahuilah Gomo..memalsukan MC hanya akan menyebabkan lu makan duit gaji haram.

Yang benar,

Aku bukan penchenta ayam..

24 comments:

  1. KAH KAH KAH KAH
    WAAAAAAAAAAAA..
    BARULAH GUA FAHAM !
    CILAKO CILAKO CILAKO....
    LU....
    CARILAH BURUNG AYAM AYAM !

    ReplyDelete
  2. SAMPAI JEBAT PUN BERKOKOK. HAHAHAHHA

    ReplyDelete
  3. hangpa ni memang kena tipu kat gomooo oooiii, semak la betul-betul cik gu Maarof tu belajar kat maktab mana. Aku ni rakan sekelas dia kat lembah pantai.....

    ReplyDelete
  4. berdebar baca surat normala tp last sekali terketawa haha

    ReplyDelete
  5. Lu ape hal.. ape yang salah besarnya sgt haa..
    cuti demi agama Allah, demi agama Tuhan, mati pun x pe... demi menegakkan syariat Allah.. menentang kezaliman dan taghut..

    ReplyDelete
  6. hahaha... artikel menarik.. mohon jasa baik tuan link kan blog kami didalam blog tuan..
    www.malaysianutd.blogspot.com
    TQ

    ReplyDelete
  7. anom 7.26

    kepala hotak hang...perjuangan kepala bana apa yang hang dok ckap ni.

    bukankah mengerjakan amanah satu perjuangan..

    bukankah mencari rezki yang halal satu amanah..

    bukankah berlaku ikhlas dalam mengerjakan tanggungjawap satu perjuangan?

    bukankah memberi anak bini makan dari sumber yang halal itu satu perjuangan?

    perjuangan yang macam ni pun dok kena kencing ngan iblis..jangan dok cerita pasal jihad dan syahid..

    ini sekadar satu contoh keji puak2 ketayap atas kepala dok takbir sana sini,dok kapirkan orang lain,tapi perangai mengalahkan iblis..

    so elok hang pi check otak karat hang tuu.

    ReplyDelete
  8. Anon 7:26, yg salahnya bukan cuti demi agama Allah, tp menipu tu tetap salah, buat2 tuhan gilakan dia betul2, kesian kat Mala... dah le kalah, balik umah tengok laki pulak dah cakap sorang2... mintak dijauhkan.

    ReplyDelete
  9. nonymous said...

    Lu ape hal.. ape yang salah besarnya sgt haa..
    cuti demi agama Allah, demi agama Tuhan, mati pun x pe... demi menegakkan syariat Allah.. menentang kezaliman dan taghut..

    kotee hang hah,hang tngok betui2 mc dia tu,doktor declare dia sakit tapi dok ikut bini sana sini,kalau sakit dudok umah,kalau nk cuti minta cuti tanpa gaji sebulan ka setahun ka,ni tidak gaji jalan cikgu lain dok ganti kelas dia,makan gaji buta,sepak juboq baru tau

    ReplyDelete
  10. Sabar-sabar sekelian saudara..Janganlah pasal ayam kita bertengkar..Ini surat pasal ayam bukan pasal jihad ke apa ke...Jangan cepat salah sangka..keh keh keh..

    ReplyDelete
  11. Kalau dah sampai tipu MC sampai 21 hari, tu dah tipu duit gaji. Halal atau tidak gaji tu?

    Kalau ikhlas, ambik cuti tanpa gaji. Hipokrit punya penyokong PAS bangsat.

    ReplyDelete
  12. Kepada rakan2 PAS;

    Tidak salah membantu kempen isteri,mnjd tanggungjwbnya menjg keselamatn & menemani isterinya berkempen.

    Bagaimanapun apabila MC hingga berbelas berpuluh hari alasan penyakit mental (hanya tuhan yg tahu) tp kelihatan 24jam bersama isteri meredah hujan & panas, org akan mempertikaikan.Bagaimana dgn pembelajaran di sekolah apabila guru2 terpaksa menggantikan tempatnya yg sedikit sbyk akan mengganggu kelancaran proses pengajaran.

    Mengajar di sek kerajaan, menerima gaji yg dibayar oleh kerajaan, belajar di maktab perguruan yg disediakan kerajaan & sbg kakitgn kerajaan anda tertakluk kepada undang2.Terpulang nk pangkah apapun tp hormatilah majikan anda & tahu erti BERSYUKUR..

    Harus diingat matlamat tdk menghalalkan cara.Berbohong tetap berdosa & sekiranya anda berbohong bermakna anda ada ciri2 munafik.

    Kita sesama islam menasihati bukan mendoakan bala akan diturunkan kepada sesama islam...

    ReplyDelete
  13. Inilah cikgu contoh yang patut di puji kerana pandai buat helah untuk sama ikut bini .. yangb murung bukan maarof tapi burungnya yang murung kerana musim banjir dan bini penat mengimpen jadi murung lah dia dapat cuti sakit kemurungan anggota .. maaf cakap ..

    ReplyDelete
  14. Oh tenang, prk dun tenang, ... umno boleh tidur lena... pas terus berjuang menongkat arus,.. harga sebuah dakwah & jihad,.. bagaikan nabi noh, nabi ibrahim, para rasul yang berdepan dengan kaumnya... pun begitu... air yang tenang jangan sangka tiada "buaya"... kudrat & iradat Allah taala mengatasi segalanya!

    Keimanan, kesabaran & keikhlasan Cikgu Mala & pejuang2 barisan hadapan yang lain .. akan menarik rahmat & pertolongan Allah... melalui jundullah disetiap "medan tempur" untuk melenyapkan kebatilan, kebiadapan & ketakburan UMNO/BN ... Kami pohon nusrah Allah untuk Cikgu Mala & PAS dengan sesuatu keajaiban diluar kudrat manusia... Amiin.

    ReplyDelete
  15. he he he....kau ni jebat bikin aku cuak je..ha ha ha
    apa pun class...

    ReplyDelete
  16. niat tidak menghalalkan cara.. semoga Allah memberikan kemenangan kepada pihak yang lebih baik.. hidop BN!

    ReplyDelete
  17. allah telah berjanji,yg mana berzina akan di pasang kan dengan yg berzina juga.kapada org. tenang,jgn gadai kan masa depan dun tenang.kalau dah mula dgn x betul,akhir nya x betul juga.bak kata perpatah melayu anjing kalau pernah makan tahi,x makan cium pasti ada.

    ReplyDelete
  18. sian...Cikgu Mala tukar nama jadik Cikgu Malang....

    ReplyDelete
  19. Salam..semua.. saya sokong tipu tetap salah... jgn lupa Nabi Muhamad s.a.w pernah berpesan "BERKATALAH YANG BENAR WALAUPUN PAHIT"..maknanya disini kenapa perlu takut untuk berkata yang benar.. amanah mana yang dibawa, strategi kempen itu perlu tapi jgn sampai meletakkan kepentingan diri di ata kepala kebenaran disisihkan simpan dalam uncang .. jgn andaikan masyarakat ini bodoh untuk menilai.. mereka lebih tahu apa yang berlaku disekeliling..

    ReplyDelete
  20. anom,, lu sundal mcm mala gak

    ReplyDelete
  21. lawak ah citer pasal ayam..
    tgk gambaq pon dah lawak. siap 18sx lg

    tp ape2 pon, tipu tetap tipu dan tipu tetap salah.

    http://mywordismythinking.blogspot.com

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah, doa dimakbulkan ALLAH. kemenangan berpihak kpd BN dgn majoriti lebih besar. ALLAHUAKBAR!!

    ReplyDelete
  23. Wahai Blogger upahan UMNO yang keji...
    Janganlah nak perbodohkan rakyat soal surat dan cerita ayam ni...Memang BN jahat..dulu..,kini dan selamanya...
    Bahasa surat ni , tulisan orang tak sekolah tinggi dan mat rempit agaknya..
    Mana ada bahasa tulisan seorang guru opsyen Pengajian Melayu, pemidato dan penceramah hebat macam ni..
    Nampak sangat ni tulisan Papa Gomo dilaknat Allah...
    Di akhirat nanti, merayau- rayaulah dia mencari Cikgu Maarof dan Cikgu Normala kerana nak minta maaf di Padang Mahsyar akibat menabur fitnah demi mengelirukan pengundi...
    Mampus UMNO!!!Jahanam UMNO!!!!

    ReplyDelete
  24. Tentang cuti sakit tu , lagi tak logik...Nak perbodohkan oramg UMNO memang boleh..Tapi anaka muda generasi baru dan ahli PAS tidak mungkin terpengaruh dengan fitnah Blogger Upahan UMNO ni...
    Istilah Cuti sakit bukan bermakna terlantar sakit macam orang demam atau masalah jantung..
    Bukankah dia dilklasifikasikan sebagai 'stress' akibat Wak Markom Pengarah Pelajaran yang jadi barua UMNO cuba menukarkan Cikgu Maarof tanpa sebab..
    Jadi, Doktor yang ditauliahkan oleh kerajaan telah memberikan beliau cuti untuk menghilangkan 'stress'.Terapi yang paling baik adalah melakukan aktiviti yang menghilangkan sterss iaitu menemani isteri.Bukan berceramah atau berkempen.
    .Jadi, kenapa UMNO sakit hati sangat ni..???
    Oh..Kalau ahli UMNO bercuti berbulan- bulan dan berkempen boleh pulak???
    Ke Perhimpunan UMNO 5 hari sampai guru besar sekolah ,kerani sekolah dan cikgu sekolah tak mengajar kenapa boleh...???
    Memang UMNO NAK MAMPUS !!!Keji..dulu, kini dan selanmaya...

    ReplyDelete