Pilihanraya kecil Hulu Selangor bakal menyaksikan pertembungan antara kemahuan diri dan kesejahteraan parti. Kalau ikutkan hati dan nafsu yang melonjak..aku rasa dan hampir pasti semua di antara kita mahukan calon dari UMNO dinamakan sebagai calon di Hulu Selangor. Itu suara dan kemahuan hati. Tapi bila direnungkan dan setelah berbincang dengan ramai kawan..nampaknya kepentingan parti secara keseluruhan iaitu BN harus menjadi pegangan dan matlamat kita.
Kita harus bertanding di Hulu Selangor sebagai parti Barisan Nasional. Atas dasar setiakawan dan menjunjung tradisi yang telah tercipta kerusi di Hulu Selangor harus kita kembalikan kepada MIC. Itu tradisi. Dan di dalam keadaan politik sekarang yang tidak menentu, kita diasak oleh Pakatan dan kita tidak mahu kebuntuan dan kecelaruan ini terus melonjak dengan menidakkan kebolehan dan kerusi yang sememangnya disandang oleh MIC. Jangan hanya kerana kita teremosi kita melupakan semangat setiakawan yang telah terjalin. Jangan hanya satu kerusi Parlimen semangat setiakawan antara UMNO dan MIC tercalar. Secara adil, harus kita berikan ruang kepada MIC untuk membuktikan kepada kita semua bahawa mereka mampu membantu.
Matlamat kita yang utama jauh dari pilihanraya kecil Hulu Selangor adalah Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Itu fokus kita dan jangan sesekali kita lupakan. Di Hulu Selangor, kita perlu bergerak bersama-sama demi memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional. Apapun barang perlu diingat bahawa secara komprominya kita kembalikan kerusi itu kepada MIC tetapi MIC haruslah membayar kepercayaan kita semua dengan meletakkan muka baru dan tidak lagi Datuk G. Pengorbanan haruslah dibayar dengan pengorbanan.
Semuanya terserah kepada kebijaksanaan Presiden BN di dalam membuat keputusan. Kita hanya mampu memberi pandangan. Aku harus kembali kepada matlamat asal iaitu Pilihanraya Umum ke 13. Aku tidak mahu 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran' dan aku tidak mahu 'sudah terhantuk baru nak tengadah'. 'Menarik rambut di dalam tepung' kita bergerak seperti aur dengan tebing kerana ular menyusur akan tidak akan hilang bisanya dan mengalah bukan kalah.
Kesetiaan kita semua sebagai ahli dan penyokong Barisan Nasional bakal teruji dan ditagih. Demi sebuah perjuangan atas nama Barisan Nasional kita sama sama pastikan kemenangan milik Barisan Nasional.
No comments:
Post a Comment