Ramai orang yang suka tuding jari kepada UMNO kerana kononnya orang-orang UMNO yang selalu buat duit. Macam dalam dunia ni semuanya UMNO yang salah. Aku mintak kau orang bukak kepala luas-luas dan cuba fikir akan perkara ni. Tak aku nafikan mungkin ada segelintir orang UMNO yang buat duit macam yang rakan GAP ceritakan itu hari bahkan puak sebelah sana pun kalau dah memerintah tak ada bezanya..sama je..kerana kebanyakkan pemimpin mengejar kuasa hanya untuk buat duit bukan untuk berkhidmat kepada rakyat. Kalau takkanlah politik boleh dianggap sebagai satu karier..bila karier mesti mendatangkan pendapatan. Tapi apa kata kita intai-intai orang yang biasa selamat dengan berselindung di balik nama UMNO dan orang-orang politik.
Orang-orang politik ni biasanya mengeluarkan SURAT SOKONGAN untuk mendapatkan satu-satu kontrak. Nama pun surat sokongan bukan surat arahan atau surat mesti dapat. Kadang-kadang seorang menteri pun terlupa pasal projek-projek ni maka wujudlah kes di mana ada lebih dari satu surat sokongan yang menteri tu keluarkan untuk projek yang sama. Soalnya siapa yang meluluskan dan siapa yang bijak membuat susun atur?
Seorang sahabat pernah berjumpa dengan aku untuk bercakap tentang soal ni. Sahabat aku ni berniaga kecil-kecilan atas kapasiti lesen membersih dan mencuci kawasan dan bangunan. Dan dia mendapat tahu ada suatu pejabat kerajaan membuka tawaran sebutharga untuk membersih kawasan. Dan seperti lazim orang berniaga dia pun pergi ke pejabat kerajaan tu untuk mengambil borang. Alasannya..dia ada kawan di pejabat tu jadi tak salah dia mencuba kata dia.
Mengambil dan mengisi borang selain dari membuat 'costing' agak memenatkan jugak..itu belum lagi soal lawatan tapak. Tapi oleh kerana kononnya ada 'orang dalam' sahabat aku tu begitu yakin.Sahabat aku bercerita lagi yang dia ada beberapa kali membawa orang dalam itu untuk makan di kedai-kedai mewah dan jugak ke tempat 'ringankan kepala'. Dan lazimya orang berniaga ni takkan masuk menggunakan satu syarikat bahkan ada yang masuk untuk kontrak yang sama sampai lima buah syarikat. Nama syarikat je lain tapi tuan punya yang sebenar adalah indvidu yang sama.
Selepas beberapa lama 'entertain' orang dalam tu, sahabat aku mendapat tahu yang dia tak berjaya untuk mendapat projek tu. Sahabat aku cuba mendapatkan maklumat siapa yang dapat projek tu dan sahabat aku terkejut rupanya syarikat yang dapat projek tu mempunyai hubungan yang rapat dengan orang dalam yang kononnya nak membantu sahabat aku tu. Wah makan keliling rupanya orang dalam tu.
Inilah bijaknya orang orang dalam kerajaan. Sebagai mengambil langkah mudah dalam menjaga namanya..dia orang ni menuding jari kepada para menteri dan ahli politik. Yang busuknya nama UMNO..yang kayanya dia orang. Kononnya, syarikat yang dapat tu adalah syarikat yang dipunyai atau proksi kepada orang-orang UMNO. Kau orang tengok macam mana bijaknya orang-orang dalam ni menyusun strategi. UMNO yang akan dikambing hitamkan untuk menjaga kepentingan orang-orang dalam ni.
Wajarkah UMNO yang disalahkan di dalam soal ni?
Cerita orang dalam ni memang familiar di pejabat-pejabat kerajaan yang berkaitan dengan meluluskan sesuatu atau memberi lesen untuk sesuatu. Selain orang dalam ada juga ejen-ejen yang ada kaitan dengan orang dalam yang memberi khidmat pemudah cara, itulah keluhan sesetengah orang.
ReplyDeleteSepatutnya mereka yang dah terkena, disediakan satu saluran untuk mengadu hal,( dengan bukti ).
Bagi yang belum apa-apa dah 'beri', tu nasiblah, kalau ramai yang tukang beri,pemberian yang paling banyaklah yang menang!