Monday, March 29, 2010

Dulu jual roti sekarang pakai Mercedes mata belalang

Hebat Gobalakrishnan sejak jadi Ahli Parlimen...Dulu jual roti sekarang dah boleh pakai Mercedes mata belalang..Ini bukan aku yang cakap tapi Zulkifili Nordin yang cakap semalam masa perbahasan titah Diraja di Parlimen. Yang menarik Gobalakrishnan tak pulak menafikan apa yang Zul Nordin cakapkan semalam.

Kalau anak dara bila orang meminang dan dia diam maknanya dia setuju..Gobala aku tak tau pulak diam tu tanda apa..malu-malu kucing kot.

Pembangkang bukan main gah cakap nak memperjuangkan nasib rakyat..Kalau dengan gaji Ahli Parlimen nak dibandingkan dengan puluhan ribu pengundinya memanglah tak mampu nak pakai Mercedes..Cukup ke gaji dan elaun sebagai MP nak tanggung tu semua..pengundi lagi..mata belalang lagi? Kadang-kadang ada duit jatuh dari langit..

Kalau nak kira adil dan memperjuangkan nasib rakyat...Ahli Parlimen pakai Mercedes mata belalang..pengundinya kena pakai setidak-tidaknya Proton Mvyi SE..takkan nak naik basikal..Pemimpin pembangkang kan adil seadil-adilnya..

6 comments:

  1. mate si gobala pun aku tengok dah mcm mate belalang jugak. al maklumlaaa..anak emas si cifut barbie doll katekannnn ekekek

    ReplyDelete
  2. ustaz gobala memang mata dia macam tu..selalu tahajjud..tak cukup tido agaknya

    ReplyDelete
  3. Haa..haaa... jiran aku dulu masa mula-mula jual nasi lemak kayuh basikal jer. Tapi lepas 5 tahun jual nasi lemak, boleh pakai mercedec mata belalang, kalah aku yang mengaji tinggi sampai PhD, pakai proton waja je. Mata belalang jiran aku tu second hand, nampak cam baru. Harga??? RM 90,000. Alaa...baru tahap harga honda city, bayar bulan 700/800. CIkgu sekolah pun mampu pakai Honda stream sekarang ni. Cuma yang peliknya, kalau abang jadi PM, adik beradik boleh jadi antara orang terkaya Malaysia.... ada komen ka? Anwar tu kalau lah ada terambil barang 10 sen pun masa dia jadi TPM, mesti dah kecoh dalam court. Dah tak de apa sangat nak tuduh, buat je lah tuduhan yang hanya Allah dan tuan empunya diri yang mengaku diliwat dan dituduh meliwat yang tahu.

    ReplyDelete
  4. Kenapa susah sangat nak bersumpah?dulu dulu masa kecik2 kat kampung selalu orang cakap..berani kerana benar..takut kerana salah..bukan aku yg cakap tapi orang tua2 yang cakap..Kalau abg jadi PM..adik kena jadi penjual tomyam ke?Mesti ke adik miskin biarpun si adik tu bijak? Kalau kaya pun Melayu..kan kan kan..ke dah lupa asal usul Melayu?

    ReplyDelete
  5. Hee..he... sumpah itu disimpan untuk Pilihanraya seterusnya... Itulah strategi agaknya..

    ReplyDelete
  6. CUma terkejut...KAYA mengejut.....

    ReplyDelete