Dua tiga hari ni aku dok fikir..berulang-ulang kali aku fikir..apa yang berlaku dalam Pakatan sekarang ni bukanlah kayu pengukur tentang kekuatan UMNO dan Barisan Nasional.. Semua kita tahu matlamat dari apa yang berlaku sekarang yang pusing sana pusing sini sekarang, yang nampak macam bermasalah besar, semuanya hanya akan diukur pada pilihanraya umum ke 13.
Apa pun yang berlaku sekarang dah macam dirancang untuk melekakan kem UMNO dan BN. Mungkin jugak Pakatan nak tagih simpati rakyat kononnya dianiaya oleh UMNO dan BN. Lagi mainan persepsi yang dijalankan oleh Pakatan terhadap rakyat. Sedikit sebanyak rakyat mesti terfikir biarpun tak betul yang apa yang berlaku terhadap Pakatan sekarang adalah mainan UMNO dan BN. Ada yang kata semuanya konspirasi terancang UMNO untuk melemahkan Pakatan. Pakatan kan handal dalam bab pusing-pusing dan mainan persepsi ni dan bagi rakyat yang malas nak berfikir mesti termakan mentah mentah percaturan politik macam ni.
Rakan-rakan bloggers pun dan macam terleka dengan keadaan ni. Dengan melompat sana melompat sini ahli-ahli Parlimen Pakatan, kita seakan mendabik dada dengan kecelaruan ni. Pandai susun atur yang Pakatan buat untuk melekakan kita dengan sambungan perbicaraan Nuar Berahim pada 25 Mac ni.Sampai kita lupa perkataan-perkataan seperti Mokhtar dan CIFUT. Ini agenda yang amat penting kepada Pakatan kerana biarpun PKR bukan lagi majoriti di dalam Parlimen untuk geng-geng Pakatan tetapi Nuar masih memegang jawatan ketua pembangkang.Nampak sangat pentingnya Nuar kepada Pakatan justeru ramai pemimpin Pakatan yang rela berkorban untuk memenangkan Nuar di mata rakyat di dalam perbicaraan pada 25 Mac ni. Atau mungkin acara lompat beramai-ramai ni hanya untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada memerhati dan memikirkan pelan tindakan Pakatan?
Jangan kita fikir, air yang tenang tidak ada buaya..dan jangan hanya kerana guruh di langit air tempayan kita curahkan..jangan hanya menang sorak kampung akan tergadai...kita harus kembali fokus untuk pilihanraya umum ke 13. Jangan sampai kelalaian dan keghairahan menghukum kita...
Saya amat bersetuju dengan Jebat Berkokok. Kita jangan butakan mata kepada perkara yang tersirat. Kita dinampakkan hanya kepada benda yang mereka mahu kita nampak sahaja, pengurusan dibelakang tabir kita tidak tahu. Mereka bergerak dengan tujuan dan fokus, dan apa kelemahan mereka yang kita nampak sekarang mungkin hanya permainan mereka demi mencapai tujuan yang telah dirancang.
ReplyDeleteKita sebenarnya yang perlu kembali fokus dengan tujuan kita