Tahniah kepada rakan-rakan bloggers kerana bermati-matian berjuang untuk negara tercinta. Biarpun kerajaan diasak bertubi-tubi oleh puak sebelah sana, pendirian dan pegangan serta perjuangan rakan-rakan bloggers tidak pernah luntur bahkan tetap utuh. Inilah bentuk semangat yang kita mahukan.
Cuma agak terkilan apabila ada di kalangan bloggers sendiri khabarnya berpuak-puak. Wah..hebat bloggers dah jadi macam parti politik..ada erdogan dan ada ulamak..Jebat ingin persoalkan pada rakan-rakan bloggers..apa perlunya berpuak-puak?Bukankah tujuan dan matlamat yang dijulang adalah sama?Bukankah wadah perjuangan juga adalah sama?Bukankah panji yang dijunjung adalah panji yang sama?
Agak menjengkelkan apabila perjuangan bermatian-matian mempertahankan kerajaan di hancurkan oleh rakan-rakan bloggers sendiri apabila bloggers berpecah belah sesama sendiri. Puak sebelah sana bukanlah selemah yang kita sangka. Mereka amat pintar menggunakan kesempatan yang ada. Mana mungkin perangkap melupakan pelandok.
Tidak ada gunanya benda-benda yang kecil di perbesarkan. Sebesar mana sekalipun perbedaan pendapat janganlah sampai kita luahkan di dunia blog yang sememangnya tidak ada sempadan. Pastinya ada ruang untuk berbincang sesama sendiri. Benar, pertelingkahan ini ibarat carik-carik bulu ayam tetapi kesannya pada perjuangan tetap akan ada. Ingatlah puak sebelah sana pasti menjadi seperti orang mengantuk di sorongkan bantal.
House PK dan bloggers Perak yang lain: buang yang keruh ambil yang jernih. Cubit peha kanan peha kiri terasa sakitnya, bagai aur dengan tebing, ular menyusur akan tidak akan hilang bisanya,carik-carik bulu ayam, air dicincang takkan putus, tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri, meludah ke langit terkena muka sendiri...
AYUH KEMBALI RAPATKAN SAF..TIADA SIAPA YANG BENAR DAN SIAPA YANG SALAH. DAMAILAH DEMI SEBUAH PERJUANGAN..
No comments:
Post a Comment