Friday, April 16, 2010

Hulu Selangor: Kasihan PAS dan PKR Hulu Selangor

Selepas pengumuman Parlimen Kamalanathan sebagai calon tampak ada benarnya dengan keputusan pucuk pimpian Barisan Nasional. Puak Pakatan buntu nak mengaitkan Kamalanathan dengan sebarang isu yang boleh menjejaskan kredibiliti Kamalanathan.

Kalau ikut kebiasaannya kredibiliti calon-calon BN pasti dihentam teruk oleh puak Pakatan. Siapa yang boleh lupa bagaimana Rohaizat dimandikan di Permatang Pasir dan Wan Farid di Kuala Terengganu. Tak ketinggalan Isa Samad di Bagan Pinang. Semuanya dihentam berhubung peribadi masing-masing.

Di Hulu Selangor lain ceritanya. Nak dihentam peribadi Kamalanathan, isu berhubung peribadinya langsung tak ada. Inilah kelebihan calon BN yang meletakkan muka baru dan bebas dari segala masalah peribadi. Berbanding dengan calon Pakatan yang dikhabarkan ada kegemaran tersendiri seperti kata Dato' Sharir Samad.

Alangkah malangnya nasib ahli-ahli PKR di Hulu Selangor kerana tidak diberikan ruang untuk mengisi kekosongan sebagai calon di dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor ini. Bertahun berjuang di dalam parti tetapi agak mengecewakan apabila kekosongan yang ada di tempat mereka ditawarkan kepada ahli PKR yang baru setahun jagung di dalam parti. Lebih malang terpaksa diimport dari Kelantan. Adakah tidak ada di kalangan ahli-ahli PKR di Hulu Selangor yang layak untuk menggalas jawatan sebagai Ahli Parlimen atau adakah pucuk pimpinan PKR dan Pakatan merasakan ahli-ahli PKR Hulu Selangor kurang mahir di dalam politik dan pentadbiran?

Pastinya dan sudah acap kali sebenarnya kita dapat melihat betapa jentera-jentera PAS yang terpaksa memerah keringat untuk kerja-kerja di bawah sinar matahari terik. Kalau hendak dibandingkan dengan jentera PKR memang seperti langit dan bumi. Jentera PAS jauh lebih hebat dari jentera PKR. Dan sejak berkawan dengan PKR yang baru setahun jagung di dalam kancah politik negara PAS terpaksa melepaskan beberapa kerusi yang bertahun disandang mereka hanya untuk memberikan laluan kepada PKR. Jelas dan semua orang tahu, dengan jentera PAS yang kuat, PAS telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu berdiri sendiri. Dan dek kerana bersekutu dengan PKR, jentera PAS terpaksa melipat gandakan kerja mereka kerana PKR bijak berpaut pada PAS. Biarlah PAS yang buat kerja tetapi jawatan Perdana Menteri hendaklah diserahkan pada PKR?Adakah adil kepada jentera-jentera PAS?

Tak apalah...mungkin jentera-jentera PAS akan dihidangkan dengan beberapa BOTOL air zam-zam di Hulu Selangor. Eh! Kenapa pulak air zam-zam dalam BOTOL?Mungkin air zam-zam dari syurga ciptaan PAS...takebeer!!!

3 comments:

  1. Huh kalau cam tu, next election, BN kena tukar PM orang lain lah pulak, PM sekarang banyak isu peribadi (C4 & ????).

    ReplyDelete
  2. PM sudah pun bersumpah dengan mengatakan yang dia tidak pernah mengenali orang yang dimaksudkan..Sahabat kita yang kemaruk nak jadi Perdana Menteri tu bila pulak nak bersumpah?Adakah saudara kurang yakin dengan perkataan sebaik-baik hakim adalah Al-Quran?

    ReplyDelete
  3. Jangan lah membuang masa melayan penyokong2 PR (pakatan Rasuah ni). Pada mereka setiap FITNAH itu benar walaupun tiada bukti. Org yg ditugaskan membuat fitnah pun dah mengaku.
    Penyokong2 PR memang takde akal. Macam haiwan.

    ReplyDelete