Monday, April 12, 2010

Hulu Selangor:PKR akan letak Zaid sebagai calon jika BN letak Palanivel

Malam tadi terbaca crawler di siaran televisyen yang tulis PKR akan letak Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor sekiranya BN letak Dato G sebagai calon. Bila Tan Sri Muhyiddin cakap wakil BN di Hulu Selangor adalah di kalangan anak jati Hulu Selangor..siapa pulak yang PKR nak letak sebagai calon di Hulu Selangor kerana sah Dato G. bukan anak jati Hulu Selangor.

Kalau ikut spy leman yang dah banyak bersepah di Hulu Selangor dan ikut poster Zaid yang ada di Hulu Selangor rasanya PKR pasti akan letak Zaid sebagai. Jadi, kalau ikut sifirnya siapa pun calon BN di Hulu Selangor lawannya hampir pasti Zaid.

Jelas, percaturan Zaid tinggalkan UMNO dan Barisan Nasional berbaloi hari ni. Selepas kalah dalam perebutan jawatan Ketua Bahagian UMNO Kota Bahru, nampaknya nyawa politik Zaid kembali berdenyut. Kalau diletakkan sebagai calon di Hulu Selangor, lagi terang hayat politik Zaid. Kalau menang Zaid di Hulu Selangor....Anwar dah tak perlu risau dengan hala tuju PKR kerana Zaid dikatakan akan menerajui PKR. Ada pulak kawan-kawan dari Kota Bahru kata yang Zaid akan bertanding di Parlimen Kota Bahru pada pilihanraya umum yang akan datang. Jadi, apa perlunya Zaid bertanding di Hulu Selangor, macam melepaskan batuk di tangga nampaknya.

Orang-orang Hulu Selangor perlu bijak mengundi calon yang merupakan anak jati Hulu Selangor kerana apa jua permasalahan senang disampaikan kepada wakil rakyat. Kalau ikut apa yang Tan Sri Muhyiddin katakan bahawa calon BN di Hulu Selangor adalah anak jati Hulu Selangor tidak ada sebab kenapa pengundi di Hulu Selangor tidak mengundi BN.

Mungkinkah Azmin Ali setuju dengan Zaid Ibrahim sebagai calon di Hulu Selangor?Jika memang benar Zaid diletak sebagai calon dan menang pula di Hulu Selangor..mungkinkah Azmin perlu menunggu lagi untuk menerajui PKR. Macam aku cakap dulu, Azmin sebenarnya lebih layak menjadi Menteri Besar Selangor. Kesian Azmin berjuang untuk PKR tapi selalu tertinggal bas.

1 comment:

  1. Salam.
    Hanya Allah tempat kita berserah. Ayuh semua pejuang bangsa kita adakan sembahyang hajat agar allah memberikan kemanangan kepada BN. Semoga dengan kemenangan itu YBK akan dapat balik tanahnya dan kampus UiTM akan kembali ke Serendak.

    Kalau PR menang lagi di Hulu Selangor.
    1. Kedai arak dan jualan arak akan menjadi business utama.
    2. Rumah urut dan sex akan dibuka 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun di hulu selangor.
    3. Surau-surau dan masjid tidak di benarkan pasang speaker.
    4. Orang melayu boleh sembahyang di gereja dan orang bukan islam boleh sembahyang di surau atau masjid.
    5. Kongsi gelap dan samseng mendapat kawasan baru.
    6. Aktiviti meliwat di benarkan di hulu selangor.
    7. Hulu selangor akan mendapat penasihat ekonomi yang bertuankan Yahudi.
    8. Hulu selangor tak perlu ada Polis,sebab polis akan tembak siapa yang dia tak suka.
    9. Hulu selangor tak perlu ada Polis,Badan Kehakiman dan SPRM sebab PR tak percaya pada polis,badan kehakiman dan SPRM.
    10.Hulu Selangor akan dapat pakar bedah Prono yang di import dari Thailand.
    11. Semua tuntutan IFC akan di laksanakan di P094 hulu Selangor.
    12. Kalimah allah boleh di gunakan oleh semua orang Hulu Selangor tanpa mengira agama.
    13. Anak-anak perempuan yang belum datang bulan di cagarkan / di nikahkan dengan ahlul Pakatan Ajaran Sesat.
    14. Wakil rakyat boleh langgar pelajar dengan kereta lepas minum arak.
    15. Kelab tak pakai seluar dalam akan ditubuhkan oleh Eli di Hulu selangor.

    ReplyDelete