Separuh dari teka-teki tentang isu calon di Hulu Selangor dah selesai. Semua dah tahu yang Barisan Nasional akan mengekalkan tradisi berkenaan pengagihan kerusi di Hulu Selangor kepada MIC dan jauh lebih dari tu Barisan Nasional telah mengekalkan pemuafakatan dan sifat hormat menghormati sesama parti di dalam komponen.
Aku harap kita tidak lagi bermain teka-teki dan teka silangkata selepas pengumuman yang dibuat tadi berhubung isu calon di Hulu Selangor ni. Jangan pulak ada yang gatal otak nak menduga kalau dah calon MIC di Hulu Selangor siapa pulak namanya? Sudah-sudahlah kita jadi nujum. Tak ada untungnya...
Kepada yang telah berikrar taat setia akan menyokong penuh sesiapa jua calon yang dikemukakan oleh Barisan Nasional, masa untuk mencongak dan menghitung telah tamat. Eloklah kita menghitung dan mencongak sumbangan yang akan kita berikan kepada Barisan Nasional di Hulu Selangor.
Adakah Palanivel akan dikekalkan atau Kamal akan mencuba nasib di Hulu Selangor?Hahahahah...aku tau penantian satu penyiksaan dan mesti ada yang akan terus menduga siapakah yang akan diumumkan sebagai calon rasmi Barisan Nasional di Hulu Selangor..Jangan ikut rasmi Permatang Pauh menang kerusi Parlimen dah bercita-cita nak jadi Perdana Menteri..
No comments:
Post a Comment