Selesai satu lagi episod di Hulu Selangor apabila tadi telah disahkan wujudnya pertandingan 4 penjuru di pilihanraya kecil Hulu Selangor.
Aku cuma nak sentuh apa yang aku perhatikan pada proses penamaan calon tadi. Keganasan dan kata-kata kesat dah jadi macam makanan ruji kepada penyokong puak hati hitam. Kalau tak ada benda ni semua, taklah jadi puak hati hitam namanya. Khabarnya sampai ada laporan polis tapi puak-puak hati hitam ni pastinya akan tersenyum bangga kerana berjaya menarik perhatian.
Golongan penyokong puak hati hitam yang berstatus muda ni rata-rata bukan ada asas perjuangan. Mereka masih mentah dengan asas perjuangan yang telah berkurun lamanya hasil dari perjuangan datuk nenek terdahulu. Atau dengan kata lain, puak hati hitam yang masih mentah dan muda ni BUTA SEJARAH. Di dalam mengejar kemerdekaan, ramai datuk nenek yang terkorban. Golongan puak hati hitam inilah yang menjadi perosak kepada asas perjuangan yang telah kita pertahankan.
Rata-rata yang aku nampak tadi, golongan muda puak hati hitam ni baik dari PAS mahupun PKR muka semua tiada seri. Muka kelabu asap. Pastinya muka-muka ni jugaklah yang banyak menimbulkan masalah pada zaman sekolah dulu. Kalau masa di sekolah dulu takut dirotan oleh guru disiplin tapi kali ni bila ada kepala kepala perosak yang berstatus VIP sebagai penggalak maka menjadi jadilah perangai bodoh puak-puak hati hitam ni. Tengok pakaian mereka pun sudah membayangkan perangai dia orang ni. TIDAK ADA ASAS DI DALAM PERJUANGAN SEKADAR NAK MENUNJUKKAN SIFAT PANAS BARAN DIA ORANG.SEKADAR NAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIALAH GANGSTER BESAR. SEKADAR NAK TUTUP KEBODOHAN YANG ADA DI DALAM DIRI DIA ORANG.
Penyokong puak hati hitam berstatus TUA BANGKA pulak, rasanya tidak ada sebab lain apabila dilihat ke hulu ke hilir mundar mandir membawa bendera berlambang bulan. Aku tak salahkan mereka kerana pada mereka hanya terbayang saat malaikat maut mencabut nyawa. Jadi, apabila ditawarkan syurga oleh puak pencipta syurga macam ayah Pin mereka lantas bertaut di bendera berlambang bulan. Biarpun lambang bulan penuh sebenarnya tidaklah menggambarkan Islam. Apabila wanita DATANG BULAN, SUAMI TIDAK DIBENARKAN MENDEKATI ISTERI. ORANG MENGAMALKAN ILMU HITAM SELALUNYA MENJALANKAN ILMUNYA PADA WAKTU INI. SERIGALA MENYERU KUAT PADA MALAM BULAN PENUH. Kalau dulu bulan penuh dirindukan pungguk tapi keadaan sekarang mungkin menyebabkan pungguk sudah tidak rindukan bulan kerana bulan penuh mudah dilihat di mana-mana waimah di tong-tong sampah sekalipun.
Bulan penuh a.k.a lunartic selalunya diibaratkan sebagai penuh kegilaan dan mata satu selalunya dikaitkan dengan dajal. Kembalilah pada Islam yang sebenar!
No comments:
Post a Comment