Segala teka-teki tentang calon Barisan Nasional yang akan menentang calon PKR dari Kelantan di Hulu Selangor sudah selesai. Tahniah kepada mana mana nujum yang membuat tekaan yang tepat. Tidak ada hadiah kepada sebarang tekaan yang tepat. Jangan hendaklah lepas ni ada lagi nujum yang nak menilik bahawa ada calon lain yang lebih baik seharusnya diketengahkan oleh BN di Hulu Selangor. Kita terima seadanya pilihan pucuk pimpinan.
Masa untuk berilusi sudah selesai, sekarang masa untuk kita sama sama bekerja keras memastikan kemenangan calon Barisan Nasional, P.Kamalanathan. Tidak ada kompromi di dalam hal memenangkan calon Barisan Nasional. Harus kita pasang tekad itu sebaik mungkin dan harus kita buang segala yang terpalit di dalam kepala otak untuk memperkatakan isu calon ini. Nujum-nujum sudah boleh simpan kemenyan di bawah katil.
MIC jangan lagi nak mempersoalkan kehendak pucuk pimpinan di dalam memilih P. Kamalanathan sebagai calon. Kehendak dan kemahuan MIC untuk kerusi Hulu Selangor dikekalkan untuk kuota MIC sudah dilangsaikan oleh Barisan Nasional dan semestinya MIC perlu bekerja kuat untuk membantu memenangkan P. Kamalanathan, yang juga orang MIC. Jangan pulak ada yang mahu Samy Vellu bertanding di Hulu Selangor. Dato' G. pun seharusnya membantu P.Kamalanathan di Hulu Selangor. Kalau Dato' G. sibuk mahu menjadi calon di Hulu Selangor atas alasan mahu membantu orang-orang Hulu Selangor, maka pencalonan P.Kamalanathan sebagai calon harus digunakan oleh Dato' G untuk membantu P.Kamalanathan kerana membantu P.Kamalanathan bererti membantu orang-orang Hulu Selangor secara tidak langsung.
Optimis..kita akan menang di Hulu Selangor kerana suara orang-orang Hulu Selangor mahukan muka baru bagi menggantikan Dato' G telah tercapai. Janji orang-orang Hulu Selangor akan sama sama kita tagih kerana kemahuan mereka telah kita tunaikan.
P. Kamalanathan....Huruf P di depan namanya sama-sama kita terjemahkan sebagai PARLIMEN dengan memenangkannya di dalam pilihanraya yang akan berlangsung pada 25hb ni..
Buat kerja biarlah yang ikhlas & benar. Dua hari lepas terserempak dengan beberapa pemuda UMNO sedang cut & paste gambar Zaid & botol arak. Bila dicantum, nampak real, lepas tu diprint untuk diedarkan ketika kempen. Kalau nak berkempen, biarlah perkara yang betul, jangan jatuhkan maruah UMNO (nanti nampak macam terdesak sangat). lagipun, benda menipu ni akhirnya akan terbongkar juga
ReplyDeleteada bukti ke itu kerja pemuda umno.. AMK pkr sedang sibuk cah keting zaid berahim jugak
ReplyDeleteBro, apa yg penting BN mesti memenangi Hulu Selangor...... buangkan sifat-sifat chah keting dan tamak untuk menjaga maruah UMNO yg menerajui BN.....
ReplyDeleteSetuju dengan Yang Gambi, kita harus buang apa jua prasangka demi memenangkan Barisan Nasional. Saya setuju kerja dan berjuang harus iklhas tetapi kerja dan berjuang harus elakkan diri dari menfitnah..
ReplyDeletetakde calon tempatan ke PKR ni?,pergi letak calon dari kelantan buat ape?melompong orang-orang kuat PKR hulu selangok.
ReplyDelete