Showing posts with label Dato' Sri Najib. Show all posts
Showing posts with label Dato' Sri Najib. Show all posts

Monday, January 9, 2012

Anwar kena mohon maaf pada Najib dan rakyat



Kalau sebelum ini riuh di sana sini Nuar Berahim berkata yang mahkamah dan apa jua sistem perundangan di Malaysia dikawal dan dikudakan UMNO khusunya Perdana Menteri keputusan mahkamah yang membebaskan Nuar semalam telah menerangkan segala-galanya.

Jika benarlah dakwaan Pakatan bahawa UMNO dan Barisan Nasional boleh mengkudakan mahkamah seperti mana PAS dikudakan DAP tentunya semalam Nuar Berahim sudah ke Sungai Buloh. Tanyalah kepada mana-mana individu yang pro kerajaan tentulah mereka mahukan Nuar 'melanjutkan pelajaran' ke Sungai Buloh. Tetapi keputusan semalam yang jelas memihak kepada Nuar menagih suatu penjelasan daripada Pakatan tentang dakwaan mereka berhubung pengawalan sistem perundangan negara oleh Barisan Nasional.

Pengumuman keputusan mahkamah jelas menampakkan semangat kedewasaan di kalangan penyokong kerajaan. Tidak ada sebarang bantahan yang melampau dan keterlaluan. Biarpun ada yang mengeluh dengan keputusan itu tetapi mereka menerima dengan dada yang lapang dan redha. Bayangkan sahaja jika keputusan semalam memenjarakan Nuar. Tentulah ianya akan mengundang 'malapetaka' yang sememangnya sudah boleh dijangka.

Kita hormati keputusan mahmakah dan terpulanglah kepada barisan pendakwaraya sama ada mahu menfailkan kes ke Mahkamah Rayuan atau tidak dan kita percaya kepada ketelusan sistem perundangan kita.

Sudah terlalu lama rasanya Nuar dan Pakatan mendakwa sistem perundangan dikawal oleh Barisan Nasional dan khusunya Perdana Menteri, justeru kita menagih Nuar memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri akan kelantangan dan dakwaan yang tidak berasas sama sekali.

Saturday, October 1, 2011

Celarukah 1 Malaysia? Malaysian Malaysia?



Orang Melayu kaya dengan kiasan dan pepatah. Kadang-kadang kiasan itu membawa kecelaruan yang membarah dan kadang-kala kiasan itu menjadi ruang untuk pihak yang bijak mengambil kesempatan.

Slogan 1 Malaysia yang Najib perkenalkan sebenarnya memberikan ruang yang luas kepada insan 'kreatif' seperti Namewee berkarya. Tidak ada halangan dan tidak ada sekatan. Justeru atas nama 1 Malaysia itulah insan 'kreatif' dan lain cara pemikirannya (seperti kata Najib) bebas bercakap apa saja.

Kecelaruan 1 Malaysia itulah yang membuatkan Namewee kesempatan berjumpa Nazri Aziz. Makanya barang siapa yang berkeinginan untuk berjumpa Menteri hanya perlu mengistiharkan dirinya sebagai seorang penyokong Gagasan 1 Malaysia. Zahirkan pendirian anda walaupun dengan menggunakan perkataan kesat kerana sesungguhnya penggunaan perkataan kesat adalah pendekatan dan cara pemikiran kreatif yang berbeda untuk menzahirkan rasa cinta pada negara.

Tampaknya 1 Malaysia akan menjadi beban besar yang tertanggung di atas bahu Najib sama seperti slogan Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Slogan Islam Hadhari akhirnya menjadi seperti kayu balak yang terpaksa ditarik sendirian oleh Abdullah Ahmad Badawi kerana sehingga ke hari ini tidak ramai yang faham dengan slogan itu.

Dalam minda yang tersepit dan sempit, Namewee bingkas bangun mengatakan yang dia adalah seorang penyokong 1 Malaysia dan seperti orang yang baru bangun tidur dan seperti kanak-kanak yang terlalu inginkan gula-gula Najib tidak punya banyak pilihan justeru melabelkan Namewee sebagai pencinta kepada 1 Malaysia. Itulah tanda bahawa Najib akan tersepit seperti Abdullah Ahmad Badawi hanya kerana slogan.

Janganlah kita merasa hairan jika suatu hari nanti, semua rakyat Malaysia akan hilang adabnya dan hilang tatasusilanya dan mencarutlah apa sahaja sesuka hati dan halkum kerana percayalah 1 Malaysia tidak mengambil kira apa jua bahasa yang anda gunakan asalkan anda cukup berani mengistiharkan dirinya anda sebagai PENYOKONG 1 MALAYSIA.

Apakah peserta BERSIH selepas ini akan mengistiharkan diri mereka sebagai penyokong I Malaysia sebelum mula berbondong bondong menyesakkan jalanraya di Kuala Lumpur? Mungkin saja Najib akan tersepit kerana tidak mahu dikatakan 'double standard' di antara peserta BERSIH dan Namewee?

APAKAH JIKA BLOGGER PRO KERAJAAN DAN UMNO MENGISTIHARKAN DIRI MEREKA SEBAGAI PENYOKONG KUAT KEPADA SLOGAN 'PAS FOR ALL' TIDAK AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN OLEH PIMPINAN PAS SEKIRANYA MEREKA MENCARUT KEPADA PIMPINAN PAS? 

Jebat Berkokok adalah seorang penyokong kuat kepada slogan 1 Malaysia malah jauh lebih kuat kecintaannya berbanding Namewee...Bilalah agaknya boleh berjumpa Najib?

Tuesday, January 11, 2011

Cakap macam hamPAS

Nik Ajis cakap kalau kerajaan pusat nak bangunkan Kelantan perlu ikhlas dan tak perlu sehingga menawan Kelantan.

Baik..sekarang mari kita tanya Nik Ajis..Kalau benar nak bantu kerajaan pusat untuk membangunkan negara tak perlu sampai Nuar Berahim nak berdebat dengan Najib..Kenapa Nik Ajis tak mahu ingatkan Nuar Berahim pasal perkara ini. Kalau nak ikhlas biar dalam semua perkara ikhlas.

Kalau benar nak tubuhkan negara Islam dan Hudud tak perlu dengar apa Kapal Singh cakap..buat sahaja demi Islam..Kalau benarlah ikhlas..

Kalau Nik Ajis nak bantu bangunkan ekonomi tidak salahnya kalau sekadar menghantar kertas cadangan kepada Najib..Kalau Nik Ajis tak tau pasal ekonomi tak salah rasanya kalau Nik Ajis sekadar menasihatkan Nuar Berahim untuk hantar kertas penambaikan ekonomi kepada Najib. Yang sampai nak berdebat kenapa? Publisiti murah..Kalau macam tu jelas tak ikhlas..

Tak cukup dengan Nuar Berahim cabar Najib berdebat Dewan Pemuda PAS pula meminta Khairy Jamaluddin berdebat dengan Dewan Pemuda PAS..Kalau nak bantu bangunkan negara seperti kata Nik Ajis biarlah ikhlas tak payah sampai berdebat.

Kalau macam inilah caranya..jelas puak puak hamPAS tidak ikhlas..Inilah cara orang hamPAS bila bercakap...

p/s: Rupanya KJ ni masih mentah dalam politik..menawarkan diri membuta tuli untuk berdebat dengan Nuar Berahim..tidakkah KJ sedar bahawa puak Pakatan adalah satu puak yang opportunis untuk kepentingan politik mereka..Yang KJ nak melatah kenapa?

Debat Najib-Anuar


Apa standard Nuar Berahim nak debat dengan Perdana Menteri? Nuar Berahim ni siapa nak cabar Najib? Setakat penasihat ekonomi bergaji RM 1 elok lupakan aje niat tu.

Bukan isu ekonomi sebenarnya yang hendak didebatkan tetapi sekadar nak mencari publisiti..Semua orang tahu puak Pakatan dalam keadaan menanti tersembam ke bumi maka salah satu cara mencari publisiti dan menarik minat rakyat adalah melalui debat.

Betul sangat apa yang disarankan oleh Senator Ezam yang mengatakan Najib tidak perlu melayan permintaan Nuar Berahim tu..Sekadar 'membuang masa'.

Nuar Berahim tak perlu nak tunjuk pandai dengan nak mengajar Najib bagaimana nak mengurus ekonomi negara. Nuar Berahim jangan lupa yang dia merupakan penasihat ekonomi negeri Selangor..Jalan terbaik kalau nak tunjuk pandai jana ekonomi negeri Selangor dulu. Tak perlu nak menebeng muka di dalam TV mencari publisiti.

Tidak mungkin kita lupa bilamana Nuar Berahim berdebat dengan Shabery Cheek suatu ketika dulu..Kesannya tidak ada yang membantu membangunkan ekonomi negara. Sekadar menyapa minda rakyat menentukan siapa menang dan siapa yang kalah..Siapa yang lebih loyar buruk..Tidak ada lebih daripada itu.

Ada suara yang kedengaran di kalangan profesional yang mengatakan Shabery Cheek lebih berjaya di dalam debat itu dan pada puak-puak perut hijau tentunya mengatakan Nuar Berahim lebih hebat.

Dalam soal menjana ekonomi membuktikan kemampuan adalah lebih baik dari setakat menggoncang tin kosong. Najib dan Nuar Berahim punya platform tersendiri..Najib di kerajaan pusat dan Nuar Berahim berplatformkan negeri Selangor untuk membuktikan kemampuan menjana ekonomi..

Setidak-tidaknya Najib sudah membuktikan kemampuan dengan peningkatan indeks komposit di Bursa Malaysia dan lain-lain dasar.....Nuar Berahim apa yang sudah dibuktikan di Selangor?

Cakap memang murah..Kalau ada kepentingan cepat sahaja Nuar Berahim ambil kesempatan ajak berdebat..kes di mahkamah tidak pula mahu dicepatkan..Angkat sumpah dan kemudian debat..Ada bran?

p/s KJ, lu muda lagi tak payah nak melayan permintaan dari Nuar Berahim ni..Orang muda amarahnya sukar dibendung..ingat saja pesan gua dan pesan orang tua..ikut hati mati, ikut nafsu lesu..Pemimpin akan menjadi hero di mata rakyat bila berkhidmat untuk rakyat dan debat tidak akan menjadikan pemimpin itu sebagai hero...

Wednesday, December 15, 2010

Bulan April Pilihanraya Umum ke 13?

Andaikata Pilihanraya Umum ke 13 diadakan seawal tarikh itu, maka orang yang paling gembira adalah puak-puak Pakatan. Saban hari siang malam mereka berdoa agar pilihanraya umum diadakan seawal mungkin. Kalau boleh esok diadakan pilihanraya lagilah besar manfaat buat Pakatan.

Sebabnya mudah..lebih lewat diadakan pilihanraya umum ke 13, bermacam lagi bentuk pekung mereka yang akan dibongkar. Lebih lewat pilihanraya umum diadakan makin berkuranglah ahli dan rakyat yang akan mengundi mereka. Silap haribulan, mungkin tinggal anak beranak Nuar Berahim, Kit Siang dan Kapal Karam saja yang akan mengundi Pakatan. Bukankah dalam Pakatan ramai anak beranak yang duduk sama bapak mereka di dalam Parlimen..Kroni yang akan menjadi kronik!!

Kita minta pada Perdana Menteri jangan bubarkan parlimen dulu. Biarkan 'ditelanjangkan' satu persatu pekung yang sedang melanda Pakatan. Biarkan dulu sehingga selesai kes liwat Nuar Berahim..biarkan Nik Ajis betul-betul sihat, biarkan Din Puduraya sudah tidak naik bas lagi, biarkan ada 'totey' yang basah akibat permainan di dalam koc keretapi benar-benar kering, biarkan hutan simpan Elli kembali menjadi rahsia, biarkan Azmin menjalani ujian DNA berhubung anaknya, biarkan Nuar menjunjung Quran mengangkat sumpah..fuhh..banyak rupanya perkara yang sedang menjadi taik kepada Pakatan. Semuanya belum selesai dan taik-taik itulah yang menggusarkan Pakatan.

Cukup khuatir dengan keadaan itu maka digesanya diadakan pilihanraya umum ke 13 diadakan dengan seberapa segera yang boleh. Setidak-tidaknya wakil-wakil rakyat Pakatan akan dapat pencen penuh kalau berjaya menjadi wakil rakyat selama dua penggal kerana mereka yakin masih ada segelintir rakyat di luar sana akan mengundi mereka. Pakatan cukup khuatir kerana mereka menjangkakan populariti mereka akan terus melingkup di dalam tempoh setahun dua lagi.

Apapun, tentu saja Perdana Menteri memahami strategi Pakatan. Kita tidak dungu seperti yang mereka jangkakan. Penantian adalah penyiksaan!!!!

Wednesday, December 1, 2010

Takkan Melayu hilang di dunia

Melayu jenis apa yang tolak ketuanan Melayu? Bukan sedikit keringat yang datuk nenek curahkan untuk mempertahankan hak Melayu. Sejak dari penentangan terhadap Malayan Union, penentangan terhadap Jepun, penentangan terhadap komunis dan bermacam-macam anasir yang cuba merampas hak ketuanan Melayu, kini Melayu pula yang sewenang-wenangnya menidakkan ketuanan Melayu.

Dulu Nik Ajis mengatakan beliau tidak berbangga menjadi Melayu..Sekarang, Nuar Berahim pulak seperti menolak ketuanan Melayu. Benar, ada Melayu yang masih menjadi pencuci longkang tetapi tidak semua Melayu yang merempat di tanahair sendiri. Dalam jutaan rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu adalah mustahil untuk semua mencapai kekayaan. Itu lumrah dan di dalam lumrah itu adanya takdir Allah s.w.t. Telah ditentukan sama ada seorang itu menjadi Perdana Menteri mahupun pencuci longkang. Baik Dato' Sri Najib bahkan Nuar Berahim sendiri tidak akan mampu mengubah takdir. Jangan Nuar ingat dia mampu mengubah takdir..jalan ke Putrajaya juga semakin kelam kerana takdir Allah.

Tak cukup dengan itu..ada pulak suara yang mencadangkan Lim Kit Siaang untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri..idea dan cadangan gila apakah ini?Rakyat Malaysia masih tidak lupa apabila ada puak yang mencadangkan untuk dibawa balik Chin Peng..bapak komunis..ada pulak Melayu yang menyokong cadangan itu. Apa sudah jadi dengan Melayu?

Jangan hanya kerana merasakan sokongan pengundi Melayu sudah semakin berkurangan kita harus tunduk kepada segala jenis kegilaan..Jangan hanya menang sorak kampung tergadai...

Mujurlah Melayu masih ada Sultan dan jawatan Sultan tidak boleh dipertandingkan..Kalau tidak mungkin lebih buruk akibatnya..

Pengundi dan rakyat Malaysia di luar sana...jika tidak mahu berjuang sekalipun..ingat-ingatlah dan kasih lah pada ketuanan Melayu...

Wednesday, November 24, 2010

Cinta Monyet

Masa zaman sekolah dulu dalam satu hari boleh jatuh cinta sampai 10 kali. Mana ada budak perempuan yang lawa dan menarik pasti budak-budak lelaki akan jatuh cinta.

Bila dah dapat lain pulak ceritanya. Kawan tak sampai 10 hari nampak budak perempuan lain yang cantik cinta terus beralih arah. Mulalah memburukkan awek lama tu. Segala yang buruk pasal awek lama tu menjadi mainan dibibir. Itulah yang orang namakan CINTA MONYET.

Apa yang berlaku dalam PKR sekarang bolehlah diibaratkan sebagai CINTA MONYET. Tengok saja apa yang berlaku pada Zaid Ibrahim. Tak sampai setahun, beliau dipuji dan diangkat sebagai hero kepada PKR di dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Masa tu Zaid Ibrahim dilaungkan sebagai hero kerana sanggup melepaskan jawatannya dalam kabinet kerana asas perjuangannya yang disifatkan oleh PKR sebagai pejuang rakyat.

Itu cerita dulu..lain pulak ceritanya sekarang. Mana pergi gelaran hero yang diberikan pada Zaid Ibrahim? Hilang gelaran hero timbul pulak macam-macam gelaran..Trojan Horse lah apalah semua yang tak enak didengar dilemparkan.

Semuanya pasal kerana rasa tidak percaya di dalam pemilihan pucuk pimpinan PKR. Itu baru soal parti. Bayangkan kalau mentadbir negara..Mau ribut dibuatnya.

Kita serahkan pada rakyat untuk menilai..Yang menarik semua yang tak elok dalam pepatah Melayu diserahkan pada monyet..'Macam monyet dapat bunga' 'Cinta Monyet'..

Agak-agaknya orang-orang Melayu memang suka tengok telatah monyet. Jangan ikut perangai monyet sudahlah..Cinta Monyet memang tidak akan ke mana mana..

Thursday, April 8, 2010

Hulu Selangor: Pengorbanan seorang pejuang wanita UMNO




Sahabat blogger herokecik.blogspot.com telah mengambil inisiatif untuk meninjau reaksi penerimaan ahli-ahli UMNO di Hulu Selangor berhubung isu calon Barisan Nasional di pilihanraya kecil Hulu Selangor seperti yang diumumkan Najib semalam.Melihat kepada gambar di atas aku menarik nafas sedikit lega kerana tampaknya semangat juang ahli-ahli UMNO tidak luntur dengan pengumuman itu.
Menurut sahabat blogger herokecik, bilik gerakan seperti gambar di atas itu telah dibangunkan oleh seorang wanita UMNO di Kampung Serigala di Hulu Bernam. Sebenarnya ruang yang digunakan untuk mendirikan bilik gerakan itu digunakan oleh wanita UMNO tersebut untuk menjalankan aktiviti perniagaan menjual kuih muih. Wanita itu telah mengambil keputusan untuk menutup sementara kedainya bagi membolehkan ruang itu digunakan sebagai bilik gerakan. Satu semangat juang yang harus kita contohi dan menjadi teladan kepada semua ahli-ahli UMNO.
Menurut rakan blogger herokecik lagi, walaupun secara peribadinya wanita itu sedikit terkilan dengan keputusan Najib tetapi beliau dan ahli-ahli UMNO di tempatnya tetap yakin dan percaya dengan keputusan Najib itu dan mereka pasti bahawa Najib telah memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan itu. Pada mereka, mereka akan tetap menyokong sepenuhnya keputusan Najib dan berikrar untuk membantu siapa juga calon yang akan diletakkan di pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 25hb ni.
Mudah-mudahan semangat juang wanita ini akan kita jadikan contoh teladan dan akan terus berjuang untuk memenangkan Barisan Nasional.

Wednesday, April 7, 2010

Hulu Selangor:Mari kita bertenang

Kau orang tentu ingat cerita P.Ramlee 'Seniman Bujang Lapok'..masa screen test tu Aziz Satar ada cakap 'wah..betul punya marah orang tu'..Macam tulah kisah di Hulu Selangor sekarang ni..Rata-rata sahabat bloggers dan UMNO Hulu Selangor marah dengan keputusan Najib yang mengumumkan kerusi di Hulu Selangor akan dikekalkan untuk MIC. Sampai ada yang tergamak kata Najib dengan kata-kata yang tak sepatutnya.

Ini yang aku pelik..sebagai ketua Najib berhak membuat keputusan. Rata-rata bloggers sudah beri pandangan dan cadangan tentang calon di Hulu Selangor ni tetapi kenapa bila Najib buat keputusan ramai yang hendak melenting dan melolong macam orang di rasuk hantu.

Untuk orang UMNO..ingatkah lagi dengan slogan 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat'? Mana setia tuan-tuan dan puan puan pada pemimpin tuan-tuan dan puan-puan? Tidakkah boleh bertenang dengan keputusan yang Najib ambil?Apakah hanya kerana pandangan tuan-tuan dan puan-puan tidak didengar maka haruslah beralih kiblat? ADAKAH SEORANG AYAH HARUS DISALAHKAN SEKIRANYA MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TERBAIK UNTUK ANAKNYA BIARPUN KEPUTUSAN ITU TIDAK SELARI DENGAN KEHENDAK DAN KEMAHUAN ANAKNYA? KEPUTUSAN SEORANG AYAH HANYA AKAN TERBUKTI BAIK UNTUK ANAKNYA DIKALA ANAKNYA SUDAH BESAR DAN BERJAYA DI DALAM HIDUP.

Susah ke untuk kita bersatu di dalam ketika kita menghampiri detik pembuangan undi di Hulu Selangor? Mengapa harus kita bersorak marah dengan keputusan Najib yang memberi ruang kepada Fuckatan mentertawakan kita? Tidakkah kita sedar...Zulkifli Nordin dipecat dari parti kerana menghentam dasar dasar kawannya di dalam parti...Adakah pemecatan Zulkifli ini dihentam oleh blogger-blogger sebelah sana?Adakah suara-suara dari pencacai Fuckatan yang menghentam Fuckatan dengan tindakan ini? Semua orang tahu bahkan kita jugak tahu, tidak ada pencacai Fuckatan yang menghentam parti mereka sebaliknya mengatakan tindakan parti mereka memecat Zulkifli adalah tindakan yang betul?

Jadi secara warasnya kita mesti menyokong tindakan Najib..Kita harus percaya tindakan Najib itu dibuat setelah memikirkan semasak-masaknya...Hulu Selangor dan UMNO Hulu Selangor...bertenanglah..mari kita kembali kepada matlamat asal...

Sunday, January 17, 2010

Datuk Ahmad Maslan:Sebutir Permata yang sedia digilap



Tahniah kepada Datuk Ahmad Maslan di atas kurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk..Walaupun agak terlambat untuk mengucapkan tahniah tetapi ucapan tahniah ini biarpun lambat tetapi ikhlas, seikhlas hati Datuk Ahmad Maslan di dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang digalaskan dia atas bahunya.

Membaca artikel sesi bual mesra Datuk Ahmad Maslan dan pihak Agendadaily di http://agendadaily.com/, Jebat tersenyum sendirian kerana Jebat telah mendapat sebab yang munasabah mengapa Presiden UMNO melantik beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia. Jawapan yang diberikan oleh Datuk Ahmad Maslan agak bersahaja tetapi jelas menunjukkan kewibawaan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO. Mungkin mengenangkan susur galur kehidupannya yang amat memeritkan pada masa lampau membuatkan Datuk Ahmad Maslan bercakap dengan berpijak di bumi yang nyata dan tidak sekadar membuat omongan kosong.
Kita akan terus memerhatikan kewibawaan pemimpin muda ini di dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Penerangan di kala UMNO tercalar luka. Jebat juga percaya pastinya ada sebab yang tersendiri apabila Datuk Ahmad Maslan diizinkan Allah s.w.t untuk memegang jawatan penting ini. Mudah mudahan tugas sebagai Ketua Penerangan ini akan digalas sebaik mungkin dan benar benar merealisasikan UMNO sebagai Juara Rakyat.

Kita percaya Datuk Ahmad Maslan adalah ibarat sebutir permata yang sedia digilap dengan kerjasama seluruh ahli UMNO khasnya dan seluruh rakyat yang akan mendoakan beliau sebagai penterjemah aspirasi UMNO untuk negara tercinta.

Saturday, December 26, 2009

Bagaimana Najib terlepas pandang??



Macam tulah tajuk yang Harakahdaily gunakan di dalam kes kehilangan enjin kapalterbang semasa Najib menjadi menteri pertahanan.

Jebat pula nak gunakan tajuk 'Bagaimana seluruh rakyat Kelantan dan seluruh pengikut PAS terlepas pandang' semasa Nik Aziz melantik menantu kesayangannya menjadi CEO?

Seorang menteri mungkin terlepas pandang di dalam menjaga segala inventori yang berjumlah beribu ribu unit malah mungkin berpuluh ribu unit di kementeriannya tetapi bagaimana mungkin seluruh rakyat negeri Kelantan dan ratusan ribu penyokong PAS terlepas pandang apabila Nik Aziz melantik menantunya, orang yang begitu hampir dengannya menjadi CEO.

"Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak" aduhai..ramai yang buta..Tak hairan kalau setakat buta mata tetapi buta mata hati lebih merungsingkan..

Monday, November 30, 2009

Adakah ulamak mendoakan musibah??



Dari dulu sudah Jebat katakan bahawa Nik Aziz bukanlah ulamak sebenar..dan Jebat tidak pernah menganggap Nik Aziz sebagai ulamak..Banyak peristiwa dan tingkahlaku Nik Aziz yang menggambarkan bahawa dia bukanlah ulamak..Jebat selalu pusing satu Malaya berjumpa dengan orang orang yang diakui alimnya..cuma untuk penulisan di sini tidak perlulah didedahkan nama nama orang yang diakui alimnya kerana Jebat rasa orang orang yang diakui alimnya itu tidak mahukan publisiti kerana sepanjang Jebat berjumpa dengan orang orang tersebut tidak sekali pun kedengaran di telinga Jebat yang mereka mengakui kealimannya sebaliknya banyak merendah diri dan memuji muji kealiman orang lain.

Berbeza benar tingkahlakunya dengan Nik Aziz yang semacam sudah terlalu riak dan angkuh dengan ilmu agama yang di pelajarinya..Dan sekarang Nik Aziz mendoakan kebinasaan Perdana Menteri Malaysia..Kita tolak tepi soal politik cuma kita sama sama renungkan yang Nik Aziz doakan kebinasaannya adalah seorang pemimpin negara dan lebih dari itu yang Nik Aziz doakan kebinasaannya adalah seorang ISLAM.

Jika benar Nik Aziz itu ulamak sudah barang pasti dia tidak akan berdoa sedemikian rupa sebaliknya haruslah mendoakan kesejahteraan pemimpin. Dan apakah Nik Aziz lupa yang dia bukanlah Tuhan yang boleh menjatuhkan hukum dan membinasakan orang lain?

Jika benar Nik Aziz ulamak sudah berapa kali dia mendoakan kehancuran UMNO dan BN tetapi sehingga artikel ini ditulis UMNO dan BN masih lagi menjadi parti pemerintah. Doa orang yang tidak dimakbulkan Tuhan sudah barang pasti ada yang tidak kena dengan orang berdoa itu. Semua orang tahu keadaan ini. Tidak adakah karamah pada Nik Aziz yang dianggap ulamak oleh orang orang PAS kerana sudah beberapa kali berdoa tetapi doanya tidak dimakbulkan Allah.

Jika benar Nik Aziz ulamak dan alim adalah lebih baik dia mendoakan Kelantan agar jauh dari bencana banjir yang boleh mengancam kesejahteraan rakyat Kelantan..Atau adakah doa Nik Aziz hanya tertumpu kepada doa mencari kedudukan di dalam politik?

Marilah kita mendoakan kesejahteraan Malaysia dan para pemimpinnya diberi hidayah oleh Allah untuk terus memimpin dengan sebaik mungkin..Percayalah Allah jua yang maha mengetahui dan Nik Aziz tidak punya upaya untuk membinasakan makhluk Allah..Ajal maut adalah ketentuan Allah dan tidak perlu kita gusar dengan doa Nik Aziz tersebut..

Friday, October 23, 2009

Bajet 2010: Benarlah, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan



Sekalung tahniah kepada YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan kerana telah membentangkan belanjawan atau bajet untuk tahun 2010 yang telah dibentangkan di parlimen pada sebelah petang semalam.

Dengan mengambilkira kepentingan rakyat sebagai perkara pokok dan menjana pertumbuhan ekonomi untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat jelaslah kepada semua bahawa seruan YAB Perdana Menteri untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia bukanlah hanya sebagai satu momokan atau retorik yang bersifat gula-gula politik.

Dengan jumlah RM 191.5 billion dan hampir menyentuh untuk menyumbang kepada semua lapisan masyarakat adalah suatu usaha murni untuk menjuarai
kesejahteraan hidup.Suatu berita yang amat mengembirakan apabila ekonomi negara dijangka pulih dengan pertumbuhan 2-3% tahun depan berbanding negatif 3% pada tahun 2009.

Bajet kali ini turut mengambil kira kebajikan rakyat dengan mengambil kira kebajikan seluruh rakyat baik di bandar mahupun desa hinggalah kebajikan pemandu teksi dan pesara adalah bertujuan murni untuk menjuarai kebajikan dan periuk nasi rakyat.

Alhamdulillah dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan terima kasih juga kepada Barisan Nasional.

p/s: Pasti akan ada suara suara sumbang dari sebelah sana yang mengatakan cacat cela di dalam bajet kali ini. Tapi apapun jelas kerajaan BN menunjukkan kesungguhan untuk membela nasib rakyat. Sebelah sana pula asyik berpolitik dan mengheret rakyat ke arah keganasan dan berkeliaran di tengah jalan. Rakyat fikirlah dengan waras siapa yang membantu dan siapa yang menghancurkan negara.

Friday, October 16, 2009

UMNO perlu berubah atau ahli UMNO yang perlu berubah?

Selesai sudah Perhimpunan Agong UMNO 2009, yang paling jelas dari perhimpunan kali ini ialah UMNO sudah punya seorang jeneral yang cukup bijak untuk mentadbir.

Rata-rata perwakilan membawa intipati bahawa UMNO perlu berubah sekaligus membawa harapan untuk kembali menawan hati rakyat pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Pada Jebat UMNO tidak perlu diubah kerana perjuangan dan landasan UMNO telah digariskan sewaktu UMNO ditubuhkan lagi. UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Nama nama seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein dan beberapa nama besar lain jelas menggalas tugas itu dengan baik. Jadi apa yang perlunya UMNO berubah?

Tiada apa yang perlu diubah dengan UMNO sebaliknya ahli ahli UMNO lebih lebih lagi etika orang orang UMNO yang perlu diubah. Berubah untuk tahu menjadi orang yang bersifat rendah diri, tahu bercampur gaul dengan rakyat marhaen dan yang paling penting sentiasa mendampingi rakyat. Jangan hanya sibuk ke sana ke sini menunjukkan lagak dengan kemewahan yang sepatutnya dikongsi dengan rakyat.

Ahli-ahli UMNO perlu bersyukur dengan adanya seorang jeneral seperti Dato' Najib. Jangan kerana etika bodoh yang diamalkan oleh ahli ahli UMNO, UMNO akan nampak bodoh dan Dato' Sri Najib turut akan terpalit aibnya..

Sama-sama kita saksikan adakah benar ahli ahli UMNO akan berubah selepas ini atau hanya omongan kosong pelengkap jadual perhimpunan..

p/s:Jebat tetap sayang pada UMNO..tiada parti yang lebih baik dari UMNO..